Assalamualaikum,
Salam sejahtera untuk semua.
Amboi istiqamah sangat ler aku kan nak update blog huhu. Gamaknya bulan Januari tu tiga entry tu jela, sabar je la kan..Tengah kuatkan semangat ni, hehe.
Ni memang penting untuk dimasukkan dalam entry meskipun dah terlewat beberapa hari, sabar dan pasrah la yea. Entry ini ditujukan khas untuk anak sulung aku Muhammad Zarif yang menyambut hari lahirnya ke 12 tahun pada 31 Januari lepas.
Kat blog je entry lambat tapi kat Instagram dan facebook memang on time [walaupun niat asal nak publish on time masa dia lahir pada jam 9.59 pagi tapi terlewat sejam lebih untuk publish].
Zarif bising bila aku upload gambar ni maklumlah dia pakai seluar pendek [sebab lepas sesi bergambar ni diaorang terus nak berenang dalam kolam], cerita pasal ni aku akan tulis dalam entry lain...Lupa la anak dah besar dah tau memilih. Kalau time kecik-kecik tu tak kisah kan, sekarang dia pun antara stalker ig aku huhu..
Hari Ahad 29hb tu kakak ipar aku buat majlis makan-makan sempena birthday anak dan menantu dia yang jatuh pada bulan Januari. So Zarif pun menumpang la sekali hehehe..Alhamdulillah makanan semua sedap-sedap belaka. Januari ni memang banyak makan la, so kalau nak buat baju baru nanti jangan komen gemuk dah ler, sila sedar diri..
Terima kasih pada kakak ipar yang sediakan tempat dan sponsor segala jenis makanan, aku bawak nugget je [ tu pun licin sekelip mata].
Untuk Zarif,
Percayalah Zarif membawa rezeki untuk ibu dan abah. Sebelum kelahiran Zarif ibu masih menganggur lagi tapi tak lama lepas Zarif lahir ibu dapat temuduga di tempat kerja sekarang dan tak lama lepas tu terus dapat kerja sebagai Setiausaha.
Tau tak saingan masa tu hebat sangat. Yang datang semua cantik-cantik belaka, tapi ibu pakai baju kurung biasa [tak silap pinjam baju mak dan kasut mak] konon nak nampak gah sekali sampai situ lagi ramai yang gah. Masa tu rasa macam dah tak yakin, dan confirm tak dapat.
Tapi Allah dah kata anak tu pembawa rezeki. Alhamdulillah ibu diterima bekerja sehingga sekarang.
Zarif, ibu abah nak Zarif membesar sebagai anak yang patuh pada perintah Allah, taat dan saling hormat mereka yang lebih berusia dari Zarif. Jadilah abang yang baik dan pelindung pada adik-adik. Semoga Zarif dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa.
Belajar rajin-rajin dan usaha lebih untuk UPSR 2017. Masih ada masa untuk Zarif untuk capai kejayaan.
Ibu, abah, Zara dan Yaya sayang Zarif..
Sekian.
Thanks semua sudi baca.
Panjang umur kalau tak ada aral tahun depan nampak gaya Zarif kalau kena duduk asrama tinggal dualah anak di rumah Huda...
ReplyDelete