Salam Khamis untuk semua.
Kejap je dah hari Khamis kan..Esok dah weekend yeay..
Lately ni kan memang penat sangat.
Ikutkan tadi pun penat, macam malas nak masak. Harini pun tak bawak bekal, huhu.
Zarif ada sukan masuk lontar peluru kat sekolah peringkat sekolah-sekolah la kot.
Zara kata taknak bawak bekal pulak.
Mrhubby pulak ada maulud nabi kat sekolah.
Tapi aku paksa diri masak lunch - sup ayam je. Aku beli roti je untuk alas perut pagi ni.
Yaya pun takde bekal takpela huhu, sorry anak-anak ibu.
Ok, nak cerita pasal result UPKK Zarif yang dah dapat semalam [15/02/2017]. Peperiksaan UPKK ni diambil masa darjah 5 sekolah agama tahun lepas.
Bagi yang tak tau apa tu UPKK, baca ni;
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau lebih dikenali dengan UPKK
merupakan peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid KAFA sama ada yang
belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan
Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum
KAFA JAKIM. Matlamat diadakan peperiksaan UPKK
adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang
pembacaan dan hafazan serta dapat beramal dengan cara hidup Islam yang
sebenar.
kredit : Website JAKIM
Bermula tahun ni result boleh disemak melalui online ataupun SMS.
Aku memang tak mengharapkan sangat Zarif ni sebenarnya. Dia ni kalau nak periksa macam main-main. Lepas tu kalau tanya sokmo betul jawabnya senang je..Kalau nengok jawapan, macam confident kan..
Aku memang bersedia dengan apa je keputusan yang keluar pun.
Mrhubby yang check kan melalui sms dan alhamdulillah.
Syukur, sungguh tak sangka keputusannya tu, hehe.
Tahun ni ada lagi exam yang penting tapi aku jenis yang redah je la. Korang tau la kan macamana gaya budak laki ni belajar. Memang beza sangat la dengan budak ppuan. Aku kalau kat rumah nengok Zarif dan Zara belajar memang beza sangat la.
Untuk exam UPSR Zarif ni aku dah nampak kelemahan dia pada beberapa subject. So aku akan lebih tekankan pada latihan semata-mata. Dia pun dah ada kelas tambahan setiap kali balik sekolah rendah termasuk tuisyen hujung minggu. Aku taknak tambah lagi tuisyen lain semata-mata nak fulfill kehendak aku nak dia dapat A semata-mata. Yang penting apa dia buat dia faham. Insya allah sebagai parents aku akan cuba bantu dia ikut kemampuan yang aku ada.
Doa aku semoga segalanya dipermudahkan.
Sekian, thanks sudi baca.
End.
Bye.
Alhamdulillah..
ReplyDeleteTahniah