Assalamualaikum,
Salam 1 Rejab 1438 untuk semua. Semoga doa-doa kita semua didengari Allah dan semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNya.
Ok ni nak cerita aktiviti yang berlaku pada Jumaat lepas. Macam aku pernah mention [ke aku tulis dalam IG ek?], cuti sekolah yang baru lepas ni jadual Zarif terlalu padat dengan segala aktiviti dan program sempena UPSR 2017. Termasuklah Jumaat lepas dia ada Konvokesyen UPKK sebab dapat 8 A.
Sebelum ni aku pernah bagitau yang dia dapat 7A1B kan, tapi bila dia ke sekolah untuk ambil result, cikgu dia kata ada kesilapan dan sebenarnya dia dapat 8A. Alhamdulillah, satu keputusan yang tak terduga kalau nengok cara dia yang macam tak belajar.
Dan aku sendiri tak sangka yang ada konvokesyen UPKK ni dan aku dimaklumkan oleh cikgu dia, tahun ni adalah tahun pertama diadakan konvokesyen UPKK ni bagi semua pelajar yang dapat 8A dan ia melibatkan semua sekolah di daerah Batu Pahat dan tak silap aku ada lebih kurang 580 lebih pelajar yang dapat 8A tu.
Sebenarnya Zarif dah kena datang ke sekolah agama di bandar Batu Pahat [tempat pendaftaran dan semua pelajar berkumpul] seawal jam 10 pagi. Diaorang terus pakai baju sekolah agama tu, solat Jumaat kat masjid dan terus ke acaranya pada jam 2.30 petang yang berlangsung di Dataran Penggaram Batu Pahat.
Ok nasib baik dah hujan pagi tu dan sebelah petangnya cuaca baik dan panas berdenting ok. Memang bertabah je la demi anak-anak.
Oklah nengok gambar yang ada ni yea;
Nampak tak Zarif, yang paling besar tu ler..
Gigih eh aku nak gak amik gambar dalam keadaan cuaca yang panas ni..
Bertabah la anak-anak dengan pakai jubahnya lagi huhu..
Tengah beratur nak ke pentas..
Kesian nengok cikgu-cikgu yang sangat gigih ke sana sini nak memastikan semuanya ok.
Aha, ni je la port yang aku boleh amik..
Dah paling depan dah tuu..
Kira berbaloi la jugak dapat piala dan sijil
Nasib piala ko berat, kira berbaloi la tahan panas hehe
Ala si Yaya gediknyaa..
Aku memang saja tak bawak Zara sebab Zara kan jenis lembik dan masa ni dia nak demam
So lagi la dalam panas ni memang dia akan merengek penat je, so aku tinggalkan dengan parents aku je
Dia dah memang meninggi dari aku..
Inilah satu-satunya anak laki aku yang selalu kena marah ok..
Susah ok jaga anak laki sorang ni, so bertabahla baik mak, baik si anak..
Zarif dan kawan-kawan baik dia.
Suppose ada 4 orang budak laki, mana ntah lagi sorang..
Macam muka bapak tak? Ehehe..
Pada aku ni kira peringkat permulaan.
Banyak lagi yang Zarif kena usaha untuk kejayaan seterusnya terutama nak menghadapi UPSR yang akan datang ni. Kalau nengok cara Zarif belajar ni menakutkan sebab serupa macam tak belajar. Bila aku cerita dan tanya pendapat kawan-kawan yang lain diaorang kata anak lelaki memang camtu. So ada lagi lebih kurang 5 bulan sebelum UPSR so by the time sekarang memang kena pecut la, huhu..
Hopefully Zarif akan sukses dan terus berjaya.
Ibu dan abah akan sentiasa doakan kejayaan Zarif..
Sekian.
Thank sudi baca.
End.