22.3.17

Kelas Seni Musim Cuti 2017

Ok ni aku nak kisahkan tentang Kelas Seni Musim Cuti 2017.
[Fb: Kelas Seni Musim Cuti]

No - bukan aku yang ajar tapi mrhubby aku. Kelas ni akan diadakan setiap kali cuti sekolah. Tak kiralah cuti yang panjang atau pendek. 

Macam cuti kali ni kan seminggu je kan. 
So mrhubby buat dua hari.
Kalau ikutkan kelas seni tak boleh ramai-ramai dalam satu sesi..Kalau terlalu ramai kitaorang biasanya akan buat dua sesi.
Tapi ni oklah 14 orang, mrhubby kata dia boleh handle lagi.
Ikutkan ada lagi yang nak masuk tapi ada yang bertindih dengan kelas tambahan dan program bersama keluarga.

Alhamdulillah, peserta paling jauh datangnya dari Penang. Anak kawan sekolah aku.
Dari tahun lepas lagi dia nak hantar anak dia join kelas ni akhirnya dapat jugak.

Tujuan nak buat kelas ni nak ajar anak-anak tentang teknik mewarna yang betul. Lagi satu kasi anak-anak ni hilang stress la kan, asik belajar je tak sudah-sudah so kita belajar la mewarna pulak yea tak..

Oklah layan gambar je la.

 Siapa join siap ada goodies yea..
Zara asik kata kata bestnya diaorang dapat goodies.
Ni sebagai galakan dan rasa seronok budak-budak nak belajar..


 First day masing-masing malu-malu je
Masuk second day siap dah bergelak sakan lagi..

 Ni budak yang paling muda iaitu 6 tahun
Diaorang sangat bagus dan sangat fokus ok, nak-nak yang budak laki tu, asik tanya mrhubby je lukisan dia ok dan betul tak? Sangat comel yea..


 Yea mewarna kena satu arah dan kena ada tone..
Kalau ikutkan aku memang seni ni susah..tapi berjodoh pulak dengan cikgu seni haha..


 Suka sangat nengok diaorang..
Ni group 7-9 tahun



Ini adalah mereka yang umurnya 10-13 tahun


 Yeayyy
lepas ni balik boleh apply ye teknik mewarna yang cikgu dah ajar

 Ok masing-masing dah dapat sijil dan dah settle

Terima kasih pada kawan-kawan yang support dan hantar anak ke kelas seni ni..Harap terisi masa cuti sekolah korang dan dapat ilmu yang boleh share pada kawan-kawan kat sekolah nanti. 

Ikutkan bayaran RM30 memang sangat murah untuk join kelas seni ni. Tapi niat aku dan mrhubby nak bagi anak-anak dan parents happy.
Aku pun sediakan makan dan minum pagi untuk anak-anak semua, yelah kan anak-anak ni pun aku dah anggap macam anak-anak aku sendiri, so takde masalah.

Faham sangat waktu-waktu ekonomi yang tak best ni, kadang kita sangat berkira nak keluarkan duit pada benda yang kita rasa tak perlu kan..
Tapi insya allah tak rugi datang kelas ni sebab akan dapat ilmu..
Cikgu akan direct pergi meja ke meja dan ajar korang cara mewarna yang betul.

Akan datang kitaorang akan upgrade lagi kelas seni ni dengan 3 pakej. Tapi bayaran up sikit la. Tapi don't worry, kitaorang akan buat loose package sebab taknak parents rasa terbeban dan parents dan anak-anak boleh buat pilihan yang terbaik yea.

Ini antara feedbacak dari parents yang hantar anak-anak diaorang ke kelas seni musim cuti;









Oklah, sekian.
Thanks sudi baca yea.
Bye..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...