28.1.18

Ke IKEA Johor Bahru

Salam.

Nak cerita sejak IKEA Johor Bahru dibuka pada 16 November 2017 lepas, baru dua kali aku jejakkan kaki ke situ.

Kali pertama pada 2 Disember 2017. Kebetulan ada wedding saudara kat sana jadi alang-alang dah sampai kena la jejak ke IKEA tu..Weh, parking luar ko..Parking dalam semua penuh, gigih tak gigih dalam kepanasan tauu jalan kaki jauh la jugak nak ke dalam tu.

Ni aku letak gambar masa aku pergi 2 Disember lepas.

 Jauhhh tapi gigih ok..
Yelah IKEA di JB kan, jadi ramai la yang masih datang..

 Abah aku pesan jam..

Posing la kejap

Serius ramai orang tau..
Bila dah ramai tu aku pun macam takde mood la..
Sebab aku tak suka sesak-sesak tapi sibuk nak pergi sini, dah kenapa huhu..

Tujuannya nak beli stools jer
Beg kuning tu nampak je lebar tapi isinya 2 bantal IKEA yang murah 


 Zara dah moody la, dengan panasnya lepas tu kena pegang barang dan jalan kaki jauh nak ke kereta, sabar la anak..

Uihh panas..
Tak tau la camana kitaorang sanggup masa ni, kalau suruh ulang balik memang tak ler..


Tu masa 2 Disember 2017.

Dan 26 Januari 2018, kitaorang ke sini lagi. Tapi tujuannya hanya untuk makan saja. Sebab masa 2 Disember tu, salah satu tujuan nak makan la jugak tapi dengan ramainya orang memang jangan harap la nak dapat tempat duduk ok. 

So kali ni dengan kegigihan lagi..

Yeayy!
Kek strawberry cheese tu sedap giler!

Kitaorang sampai dalam pukul 11 ke 11 lebih cam tu kot. Orang tak ramai dan ada banyak tempat duduk. Nak beratur beli makanan pun senang dan laju jerrr..

Memang tujuan kitaorang untuk makan je so takde la round nengok barang ke apa ke memang takde. Target nak ke sana lagi maybe bulan 3 atau 5 nanti sebab ada barang yang nak dibeli. Kalau bulan 5 nak pergi pun mungkin sebelum puasa (kalau diizinkan la) tapi tak tau la kalau gigih jugak kitaorang nak pergi time puasa huhu..

Lagi satu sebab kitaorang ke sini untuk makan-makan sempena birthday treat untuk Zarif la (birthday pada 31 Jan) so alang-alang tu meh la belanja makan kat sini dan mencari barang dia kat Sports Direct aka hadiah hari jadi terus hehe.

Ok la tu je kisah IKEA kitaorang masa bulan Disember 17 dan Januari 2018. 
Tapi memang besar la IKEA JB ni. Letih oii. Kalau ada benda nak beli memang kena target dan terus tuju ke tempatnya. 

Sekian dulu.
Thanks sebab sudi baca.

-End-












11.1.18

Result UPSR Zarif - 23 November 2017

Salam.

Cerita tentang amik result UPSR Zarif tahun lepas mesti kena masukkan dalam entry blog. Itu antara cerita dan kisah menarik tahun lepas yang perlu ditulis sebab akan jadi kenangan seumur hidup Zarif, anak sulung aku.

Keputusan UPSR 2017 diumumkan pada Khamis 23 November 2017, kira sehari sebelum cuti sekolah la.

Aku kerja dan tak cuti pun sama la macam mrhubby. Pihak sekolah akan bagi keputusan UPSR lepas jam 10 pagi. Tahun ni dah tak macam tahun-tahun sebelum ni dah takde majlis meraikan pelajar-pelajar yang terima keputusan cemerlang. Kira cikgu bagi terus keputusan pada para pelajar.Ibu bapa yang datang pun tak tau la keputusan anak-anak lain, kira pandai-pandai korang la kalau nak tau result orang lain, tapi mesti la kita nak tau result anak kita sendiri dulu kan.

Aku dah deal dengan mrhubby jangan nak check keputusan lalu SMS. Keputusan secara SMS boleh tau selepas jam 10 pagi. Elok je kitaorang deal tau. Alih-alih waktu aku tengah duduk dan tenang-tenang dengan kawan-kawan aku, boleh mrhubby whatsapp dan bagitau yang dia dah tau keputusan Zarif...Eeeh, sakitnya hati kiteee, tadi punya deal bagai..Tapi mrhubby tak bagitau aku pun keputusannya. Dia kata, 'awak tunggu je la bila cikgu bagi Zarif keputusannya...' Haihh, sabar je la aku.

 Cikgu kelas Zarif sebelum bagi keputusan

Zarif nangis, maybe dia sedih kot expect 4A tapi dapat 3A tapi untuk aku dah ok sangat
sebab aku expect dia dapat 4B atau 1 atau 2A je huhu

Dipendekkan cerita, Zarif dapat keputusan UPSR 2017 - 3A 3B.
A untuk subjek English Penulisan, BM Pemahaman dan BM Penulisan.
B untuk subjek English Pemahaman, Matematik dan Sains. 


Satu keputusan yang sangat baik untuk aku dan mrhubby. Umpama anak dapat 6A gitu. Kenapa aku cakap gitu? Sebab Zarif macam tak belajar..Dan aku dari awal memang tak boleh jangka la dia akan dapat keputusan macam tu walaupun Zarif ni target sendiri untuk dapat 4A.

Dan dari awal tahun sampai la ke trial keputusan sangat la tak memberangsangkan. Apatah lagi dengan dia yang sibuk sukan tak sudah-sudah. Bayangkan seminggu ke dua minggu sebelum trial dia boleh ke Terengganu untuk sukan bola baling peringkat MSSM ok! Itu lebih kurang sebulan ke kurang dari sebulan sebelum UPSR..Tuhan je la tau perasaan aku masa tuu...

Zarif memang sebenarnya tak le bijak sangat untuk subjek Matematik dan Sains. Tapi aku kerah dia dari awal tahun untuk selalu buat latihan. Aku cakap kat dia kalau tak dapat A takpe, B pun ok. Sebab dia selalu dapat C atau D je. Alhamdulillah dia dapat B (aku punya suka macam dia dapat A ok hehe). Kalau tanya dia macamana masa jawab soalan lepas UPSR memang dia akan jawab ok je, boleh je...Nak kata belajar bersungguh pun takde la, kira korang faham sendiri la macamana cara budak laki belajar ok.



Aku cuma nak ucapkan rasa syukur pada Tuhan dan juga terima kasih pada Zarif sendiri dengan keputusan 3A 3B tu walaupun bukan 6A tapi itu dah memadai dengan usaha Zarif.

Memang aku dan mrhubby tak mohonkan ke mana-mana sekolah asrama pun. Biarlah dia sekolah sama dengan abah dia dulu dan lagi senang kitaorang boleh pantau disiplin dia dan lain-lain perkara. In sya allah lepas tingkatan 3 kalau nak ke mana-mana pun takde halangan.

Kebetulan hari dapat keputusan tu jugak adalah hari gaji kitaorang, so malam tu aku dan mrhubby  belanja la Zarif makan di kedai Kelab Kopi Batu Pahat.

Harap ni permulaan Zarif untuk capai lebih kejayaan. Kalau usaha lebih, mesti dapat lebih kan dan jangan pernah putus asa ok.







Okla sekian dulu kisah Zarif dan keputusan UPSR nya.
Thanks pada sesiapa yang sudi baca.

-End-









4.1.18

Drama Syurga Yang Kedua (Astro Prima) dan Kekasih Paksa Rela (TV3)

Hari ni aku nak review drama tv yang aku layan sekarang ni;

SYURGA YANG KEDUA (70 EPISOD)
Zarul, Siti Elizad, Fasha Sandha..
Astro Prima 105 / Isnin - Jumaat / 6.00 - 7.00 petang



Setakat semalam dah episod ke 17. Mula-mula aku tak layan pun drama ni, tapi asal balik ke rumah mak, mesti mak tengah nengok drama ni. So cuba la layan walaupun dah pertengahan episod.

Okla not bad, boleh buat layan petang-petang sambil nak rehatkan minda balik dari kerja, sesambil masak tu, okla.

Sinopsis dari pandangan aku;
Mengisahkan Daniel (Zarul) dan Sabrina (Siti Elizad) yang dah lama berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Lepas tu mak Daniel ni tak sabar nak ada zuriat lelaki, so selalu la desak-desak Daniel dan Sabrina. Sabrina pernah mengandung dan selalu gugur, kira belum ada rezeki la tapi mak Daniel ni tak sabar. Sampai berlaku satu insiden di mana Sabrina kemalangan dan masa tu kandungan dia gugur. Mak Daniel minta Daniel berkahwin dengan Doktor Vivy (Fasha Sandha) yang merupakan bff aka kawan baik si Sabrina tu. Dan diaorang berkahwin masa Sabrina tengah koma lagi. Sampai episod 17 semalam, Sabrina masih tak tau yang dia telah dimadukan oleh suami sendiri dengan kawan baik dia...

Kalau tak sempat nengok, aku record jer, nanti bebila free aku nengok la..


KEKASIH PAKSA RELA (28 EPISOD)
Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce 
TV3 / Isnin - Khamis / 7.00 - 8.00 malam


Memula aku pun tak layan drama ni, tapi sebab ada Remy Ishak kot, kena la nengok. Masalahnya drama ni setiap pukul 7 malam. Memang tak ler mrhubby nak bagi nengok sebab ganggu waktu maghrib kan. Mujur boleh record jugak. Kalau tak sempat record nengok online je la.

Dah lama tak nengok Remy Ishak berlakon drama jadi kena la nengok drama ni..

Sinopsis dari pandangan aku;
Mengisahkan Adham (Remy Ishak) berkahwin dengan Rosnaida (Ain Edruce) tapi perkahwinan yang tak direstui oleh ayah Adham (Jalaluddin Hasan). Ros ni ikut kepala dia je dan Adham ni baik sangat ikut je si Ros. Satu hari Ros sambung belajar ke US untuk 2 tahun dan sampai episod 6 semalam si Ros tu tak balik Malaysia lagi. Senang kata Ros ni sayang suami dia tapi dia sendiri tak layan suami dia dengan baik dan abaikan si Adham tu, macam mengambil kesempatan atas kebaikan Adham pun ye jugak. 

Hanan Khaira (Intan Najuwa) ni pulak dah kematian ayah (Aman Graseka) dan duduk dengan ibu dia (Emelda Rosmila) tapi bila ibu dia kahwin baru dengan Yusman (Fizz Fairuz), ibu dia lebih sayangkan suami dia tu dari si Hanan ni.

Sampaila ada insiden si Adham ni terjumpa dengan Hanan di pasaraya waktu Hanan tu kena tangkap mencuri. Dari insiden tu bermula la cerita dan konflik yang menarik..

Geram kat Adham ni pasal muka kerek, muka takde perasaan (tapi sebenarnya dalam hati macam nak suka kat Hanan - pandangan aku). Dalam episod semalam, Adam dan Hanan dah bernikah, eii sukanya hehe..Tapi si Ros, isteri pertama Adham tu tak tau lagi ok, masih tak balik Malaysia lagi. Konflik seterusnya akan bermula bila si Ros tu balik ke Malaysia nanti.

So setakat ni, inilah dua drama yang aku layan di tv. Yang aku rasa best nak layan sebab bukan adaptasi dari novel ok. Dua drama ni ada kaitan dengan poligami yang mana isteri pertama tak tau suami dah kahwin lain, tapi dengan kes yang berbeza. So korang kalau nak layan drama-drama tv yang best kalau tak sempat nengok kat tv pergi la layan kat web KEPALA BERGETAR.

Sekian terima kasih.
-End-








3.1.18

Anniversary Shahrul & Huda - 14 tahun [27122017]

Salam
Hi..

Eh rajin lagi update, haha..
Entah la tengah kemaruk nak menaip dan menulis kot, tu sibuk nak update je. Ingat orang nak baca sangat la blog ni, eh takpe. Kalau takde orang nak baca pun tak kisah, janji aku update dan masukkan gambar-gambar berharga dalam blog ni.

Lemas aku nengok gambar-gambar banyak sangat kat hp kat desktop ni semua. Baik masukkan dalam blog dan buat cerita. Aku jarang up gambar kat fb kecuali yang penting-penting jer. Yang lain aku update kat IG atau blog ni je ha.

Ok entry ni penting walaupun dah terlewat seminggu. 
Entry anniversary kitaorang yang ke14 tahun. Wahhh, 14 tahun ok. Cam tak caya, rasa cam baru kahwin 4 tahun jer haha.

Sebenarnya takde la celebration apa pun, serius takde pun. Takde hadiah ke apa ke sebab aku dah belikan macam-macam sebelum tu, hanya mrhubby je tau ok, hehe. Tapi aku pulak takde nak apa-apa. Memang takde rasa nak apa pun.

Aku cuma cakap aku nak makan kat area kampung dalam suasana sunyi dan tenang gitu. So mrhubby bawak la ke sini. Ni kat Parit Samijan dekat je dengan area rumah aku. Memang pun masa datang sini takde orang, tapi makanannya memang sedap sebab aku pernah makan sebelum ni.


Aku punya lauk asam pedas jenahak dan mrhubby pilih gulai daging
Sayur dan sambal tu memang pakej dengan nasi gitu.

Eh memang tenang la makan cam gini dengan suasana kampung yang sunyi lagi tenang, takde havoc pun. Sesuai la dengan peningkatan umur aku dan seiring dengan usia perkahwinan kitaorang. Total semua yang kitaorang makan tengah hari ni RM16.40 jer, ok la kan..

Oh yea masa 27hb ni aku memang kerja, mrhubby pulak ada mesyuarat kat sekolah (walaupun tak sekolah lagi tapi unofficial cikgu2 dah mula kerja). Anak2? Semua kena dihantar ke rumah mak abah termasuk Yaya, sebab mrhubby mesyuarat takde orang jaga, terpaksa la hantar ke rumah mak abah. Kebetulan je ni semua dan ada la rezeki dapat berdua gitu.

Petangnya lepas balik kerja nak amik anak-anak tapi singgah hi tea kejap kat The Coffee Bean..

Hi tea kononnya..

Simple je kan hari anniversary kitaorang. Layan diri makan-makan gitu je la. Settle hi tea ni terus je la ke rumah mak jumpa anak-anak hehe. Tapi diaorang memang tau pun anniversary kitaorang sbb dah bagitau dalam group whatsapp. Ala baru ni je la dapat berduaan, bukannya lama sangat pun, tenang je rasa haha. Tapi sambil makan tu ada jugak la teringat gelagat anak-anak. Cuma kadang kita kena bagi masa untuk diri sendiri dan pasangan kan, bukannya tak ingat anak-anak pun.

 Thanks sayang for everything. 

Tak tau nak cakap macamana kan. Terus terang sepanjang 14 tahun ni macam roller coaster, ribut taufan semua ada. Ujian, dugaan kita lalui sama-sama walaupun Tuhan je tau macamana peritnya tapi takpelah kita simpan je rasa sakit dan perit tu.

Alam perkahwinan tu bukan semuanya indah semata. 

Tapi aku terima segalanya dan alhamdulillah masih bertahan lagi hingga kini.  Terima kasih atas kesabaran dari dulu hingga kini.

Kalau ada gaduh, terkasar dan terkecil hati dalam bagi pendapat tu sorry yea sayang. Harap kasih sayang kita akan terus berkekalan selamanya. Tak kisah la anak dah besar sekali pun, kalau boleh terus tunjukkan rasa kasih sayang tu biar anak-anak dapat ikut contoh yang baik.

 Part game ni, aku still tak boleh in lagi walaupun dah 14 tahun ok..
U main game i tido atau baca buku lagi baik...
Sorry k.


Ok sekian dulu.
Thanks sudi baca.

-End-














2.1.18

Kisah persekolahan 2018

Salam 2018!!!

Alhamdulillah ketemu lagi.

Lama kan tak update? Lama kan? Entah ada yang baca ke takde ni, tapi takpe nak update jugak. Sebab nak lepaskan rasa rindu menulis tu.

Macamana dengan tahun baru ni? Azam tahun baru? Azam aku? Aku sebenarnya nak kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. Lagi satu aku nak banyakkan membaca buku (apa-apa buku pun tak kisah) at least sehari satu muka surat pun jadiklah. Azam diet? Takmo cakap pasal nak kurus la, tapi terus kena buat dan jaga makan, sebab aku ni pun tak tentu, janji jaga makan dan jangan berlebihan. Aku memang sedar diri, berat dah naik walaupun sipi-sipi ke 60kg (belum cecah lagi tau tapi sipi-sipi jer) tapi in sya allah ada target la at least nak turun la 5kg, hopefully berjaya la hendaknya hehe..

Macamana dengan sesi persekolahan anak-anak yang bermula sejak semalam (Johor dan beberapa negeri ada yang mula semalam kan?)

Tahun ni Zarif tingkatan 1, Zara darjah 4 dan Yaya dah mula tadika...Ala baby ibu dah besar ok, dah mula sekolah.


Untuk tiga hari ni - dari 1/1 hingga 3/1 Zarif akan ada orientasi sebelah petang tapi sebenarnya dia sekolah sesi pagi sebab Zarif adalah antara pelajar yang terpilih dalam program ini;


Untuk pengetahuan bagi yang baca blog ni, Zarif masuk sekolah sama dengan abah dia di SMK Tun Ismail Parit Raja. Kan UPSR haritu dia dapat 3A dan 3B (aku belum blog kan lagi eh pasal ni, ok nanti la entry seterusnya kot hehe). Memang aku dan mrhubby tak mohonkan mana-mana sekolah asrama pun.

Oklah reason utamanya adalah nak pantau disiplin Zarif. No, bukan sbb Zarif anak manja ke atau aku tak boleh berpisah dengan dia tapi untuk permulaan ni aku rasa nak Zarif sekolah sama dengan abah dia supaya abah dia dan kawan-kawan abah dia boleh pantau perilaku Zarif kat sekolah. Faham je la kan budak lelaki tengah nak menginjak remaja ni, sifat ingin tau dia tu lebih tinggi kot dan macam-macam perkara nak dicuba so biarlah satu sekolah dengan abah dia sebab aku lebih kenal anak aku macamana (walaupun dalam hati ada kala tu rasa cam eh bagus jugak kalau duduk asrama kan). 

Jadiknya Zarif ni dapat la tawaran dari sekolah abah dia ke Kelas Rancangan Khas Program Kebitaraan Sukan (Ragbi). Sebenarnya belum abis sekolah rendah pun, cikgu Ragbi ni dah ke sekolah Zarif untuk tawarkan program ni pada dia. So kita terima je la memandangkan Zarif memang minat sukan. Lepas form 3 kalau nak masuk sekolah sukan takde halangan dari aku dan mrhubby. 

Semoga Zarif happy kat sekolah dan belajar rajin-rajin ok.
Ok sette pasal Zarif.

Tahun ni fokus utama adalah pada Yaya atau nama penuhnya adalah Zahia Aisyah.
Zara macam biasa je masuk darjah empat, dah tahap dua pun, means kena belajar dengan lebih rajin lagi la yea Zara.

Ni gambar semalam

Apa yang aku dan mrhubby jangkakan pasal Yaya sebelum ni semuanya lain ok. Kitaorang jangka si Yaya ni akan moody, susah bangun pagi, mengamuk la, lari keluar dari kereta takmo g sekolah rupanya semua sangkaan kitaorang salah haha..

Yaya boleh behave dan jadi sebaik-baik budak ok. Patuh je arahan dan tak nangis pun, macam pelik pun yea gak. Tapi aku rasa dia nengok kakak Zara dia elok je tu yang dia diam. Kakak Zara dia tu la idola Yaya so dia tak boleh kalah dengan kakak dia, bagus jugak cam tu hehe.

Wajibla ada gambar dengan ibu kan..

 Dengan abah pun..

Ni masa dah sampai sekolah

Tudung sekolah belum dapat lagi so pakai je tudung lain dulu. Yang pasti Yaya memang sangat baik, alhamdulillah. Harini pun dia macam nak buat perangai sikit tapi aku psiko baik punya sampai dia nak turun ke sekolah, haih anak la anak, kena banyak sabar je la..

So far untuk semalam dan harini adalah hari yang baik dan dipermudahkan. Yang pasti kena tido awal la, bila tido awal, senang la nak bangun awal. Paling lewat aku tido pun 11.00 malam. Paling awal pukul 10.00 malam sebab aku memang kena bangun pukul 4.30 pagi untuk masak dan sediakan bekal makanan.

 Ni bekal untuk semalam - 1/1/2018
Roti sosej letak sardin dengan telur (buat ala-ala roti john, senang je kan)

Ni bekal 2/1/208
Mihun Singapore je

Semoga aku terus istiqamah la bab masak untuk bekal, luch dan dinner sepanjang tahun ni walaupun aku bukanlah terer masak sangat pun, setakat google je hehe.

Okla setakat ni dulu.
Puasnya hati dapat menaip lepas rindu.
Thanks sudi baca celoteh awal tahun baru ni panjang lebar ok.

Semoga aku pun terus istiqamah la nak update blog sentiasa, yeaa..

-End-










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...