Ni update masa birthday Zarif yang ke 14 tahun pada 31 Januari 2019 yang lepas.
Simple celebration saja.
Kebetulan hari lahirnya jatuh pada hari Khamis iaitu hari sekolah maka balik sekolah haritu macam ni je la.
Ringkas.
Sebenarnya aku dan suami plan lain end up jadi lain.
Takpelah kadang kita mampu merancang tapi Tuhan tentukan.
Ini pun dah lebih bersyukur.
Beli je Dominos Pizza yang baru je bukak cawangan kat Parit Raja ni (kebetulan kat taman rumah aku je ni) dan beli kek.
Dah tu je.
Kek pulak tu suami je belikan.
Dengan aku tak ikut dia ke kedai.
Ok je la.
Janji sedap dan boleh dimakan.
Muhammad Zarif dilahirkan pada 31 Januari 2005 pada jam 9.49 pagi.
Cepatnya masa berlalu.
Ini la anak sulung dan satu-satunya anak lelaki aku.
Anak yang mula mengajar aku erti tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Anak yang mengajar aku erti kesabaran.
Pastinya aku nakkan yang terbaik dalam hidupnya.
Ibu selalu marah sebab ibu sayang dan ibu nak Zarif jadi anak yang baik dan punya adab dan budi bahasa yang tinggi.
Sekalipun kita ada kekurangan biar kita punya akhlak terpuji.
Jadilah manusia yang saling hormat menghormati.
Ibu dan abah akan selalu ada untuk memandu Zarif ke arah jalan yang benar dan diredhai.
Ibu abah tak sempurna tapi kita sama-sama belajar untuk jadi yang terbaik.
Semoga Zarif sentiasa dalam lindungan Allah.
Ibu selalu doakan Zarif jadi anak yang soleh, bertanggungjawab pada agama, pada ibu bapa, adik-adik dan lain-lain.