14.2.19

Anak-anak - Sesi persekolahan 2019

Salam.
Hai.

Dah hari Khamis.
Lega dan syukur. Kenapa? Sebab dah hari Khamis.
Hari yang aku (dan pastinya bukan aku sahaja), ramai yang ternantikan disebabkan esok bermulalah hujung minggu (bagi warga Johor dan mereka yang cutinya Jumaat dan Sabtu)

Bagi mereka yang bekerja pastilah kedatangan Khamis adalah hari yang ditunggu-tunggu.
Kerana Khamis bekerja separuh hari (bagi kakitangan awam seperti aku bekerja sehingga 3.30 petang).  Dan kedatangan Jumaat dan Sabtu dinanti untuk masa bersama keluarga.

Saja update post di blog ini kerana taknak biarkan blog sepi bersawang.
Banyak sebenarnya gambar-gambar yang nak di 'update'  dan cerita hendak dikongsi.
Tapi aku akan ambil masa sikit memandangkan cerita-cerita banyak yang berlaku tahun lepas.

Ni nak 'update' ringkas saja.
Nak letak gambar anak-anak masa mula sesi persekolahan awal tahun 2019 hari tu.

Buat kenangan.

Maaf la tudung Yaya senget dan kedut pulak, haih..

Tahun 2019 ini Zarif bersekolah di Tingkatan 2, Zara di darjah 5 dan Yaya masih sekolah tadika 6 tahun.

Sekejap je masa berlalu dan anak-anak menginjak dewasa. 
Saksi kepada usia tua aku juga, di mana bulan Mac tahun ini aku akan ke angka 40 tahun (moga dipanjangkan usia dan diberikan kesempatan).

Semoga Allah merahmati kami sekeluarga. 
Memberikan kesihatan terbaik kepada kami semua, Aamin.

Ok sampai sini dulu.
Jumpa lagi di tulisan yang lain.

Selamat berhujung minggu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...