Malam tadi penat gak aku main tukar-tukar chanel, kejap nak nengok Super Spontan, kejap lagi ke Versus pulak, maklumlah final kan kedua rancangan tersebut.
So, rasanya semua pun dah tau sapa pemenangnya. Tahniah untuk Zizan sebagai juara dalam rancangan Super Spontan, persaingan memang agak sengit untuk tempat pertama dan kedua tu kan, dan ternyata rezeki menyebelahi Zizan. Aku ok je kalau Zizan atau Johan menang, dapat Camry lagi tu, bertuah sungguh..
Dan tahniah jugak untuk band Hujan yang menang dalam rancangan Versus. Sebenarnya tak expect pun band Hujan menang, aku target band Go Gerila, tapi namapun rezeki kan..Dapat 200 ribu tu tapi kena bagikan antara group la kan..bertuah mereka-mereka ni yea..:)
So, selamat berhujung minggu untuk semua, masih ada seminggu lagi untuk bawak anak berjalan-jalan, dan pastinya aku tak ke mana, ni dapat banyak undangan kahwin ni, hai kenyanglah makan nasi minyak, hiks~
Pelakon yang kacak berusia 30 tahun, Remy Ishak
berkongsi keterujaan beliau dalam menjayakan watak sebagai Budi bagi
filem yang dibintanginya untuk KRU Studios bertajuk "29 Februari".
Filem ini merupakan filem pertamanya berlakon bersama bintang baru, Jojo
Goh yang merupakan aktres berbangsa Cina dan dimana gabungan mereka
memberikan seribu satu kelainan bagi filem terbitan KRU Studios ini.
Ikuti temubual lebih lanjut mengenai filem ini bersama Remy Ishak.
Lama tidak mengetahui perkembangan Remy selepas membintangi
filem "Nur Kasih The Movie", kongsi kepada peminat anda apa yang anda
sedang lakukan buat masa ini?
Saya baru sahaja habis penggambaran filem "Bravo 5". Kalau dapat lihat
kulit saya bertambah gelap dari sebelumnya disebabkan filem Komando
pertama di Malaysia ini. Untuk filem ini juga, saya digandingkan bersama
dengan Beto Kusyairy. Yang terbaru, filem pertama saya bersama KRU
Studios ialah "29 Februari".
"29 Februari" merupakan filem bergenre cinta bukan? Boleh ceritakan dengan lebih lanjut watak anda dalam filem ini?
Saya memegang watak Budi dimana dia lahir pada tahun lompat (29
Februari). Oleh yang demikian, tumbesaran otaknya jauh lambat berbanding
orang lain. Yang membezakan dia hanyalah saiz badannya yang membesar.
Filem ini secara keseluruhan adalah mengenai kisah percintaan diantara
Budi dan Jojo Goh yang memegang watak seorang gadis berbangsa Cina yang
akhirnya jatuh cinta pandang pertama pada Budi.
Apakah kesukaran yang dihadapi sepanjang penggambaran filem ini?
Kesukaran yang paling saya rasai adalah memikul tanggungjawab memegang
watak sebanyak 5 peringkat usia. Dalam cerita ini, karakter Budi banyak
perubahan, namun pemikirannya masih kebudak-budakkan kerana lambat
matang. Selain daripada itu, kesukaran paling tidak boleh dilupakan
adalah ketika sesi penggambaran di Dataran Merdeka, dimana saya terpaksa
berlakon dalam set penggambaran yang besar.
Senang tak berlakon dengan Jojo Goh, kerana dia merupakan pelakon baru bukan?
Ya, betul dia masih baru dalam bidang lakonan dan rezeki dia kerana
berjaya mendapat tempat di dalam filem tempatan. Saya boleh katakan
senang bekerjasama dengan dia kerana sikap profesional yang dia miliki
walaupun kadang-kadang dia tidak menepati kehendak pengarah. Kami banyak
berinteraksi sesama sendiri untuk mendapatkan keserasian bersama.
Di dalam filem ini, Remy dikehendaki menyanyikan lagu di dalam
sebuah babak percintaan, adakah sukar untuk menghayati watak sambil
menyanyi?
Ini pertama kali saya menyanyi di dalam filem. Walaupun pernah ada
pengalaman menyanyi di pentas teater muzikal, namun perasaan dan
pengalamannya jauh berbeza. Saya terpaksa menyanyi sambil berlari
diiringi dengan tangisan ketika itu. Itu merupakan antara babak nyanyian
yang saya tidak boleh lupakan. Terpaksa lakukan tiga perkara dalam satu
masa yang sama. Filem ini betul-betul menguji kredibiliti saya sebagai
pelakon kerana penat bermain dengan emosi. Mungkin juga, ini pengalaman
pertama saya bekerja di bawah Edry Abd. Halim, disebabkan itu saya tidak
dapat fahami apa yang pengarah mahukan. Namun semuanya berakhir dengan
jayanya diatas kerja kuat dari produksi KRU Studios.