6.12.12

Puteri Harbour Family Theme Park - Final

Ok aku ada hutang lagi cerita pasal Puteri Harbour Family Theme Park kat Nusajaya. Kira ni part last la. Senang buat entry ni buat rujukan untuk sesiapa yang nak ke sana.

Kisah lepas;


Ok, kat Hello Kitty Park ni, bilik terakhir yang kita masuk adalah;

Kat dalam macam ada game sikitla..

Sebelum tu macam biasa kita bergambar dulu..

Setiap group yang masuk akan diberikan sebuah (ke sebiji?) lantern untuk satu game. Kena cari simbol misteri ke apa ntah dan dapatkan satu perkataan untuk keluar nanti (Zarif je yang beria cari perkataan tu, hehe). Setiap satu lantern tu kira ada kod dan perkataan yang berbeza la..


Aku tak kuasa nak cari simbol misteri tu, so Zarif dan mrhubby jelah yang beria..Ala kalau korang takmo cari pun takper..Ni just for fun je.


 Nak jugak bergaya dengan lantern, ha oklah..:)


See Zarif berjaya dapat B, hehe..Kira oklah tu, perkataan nak dicari tu KITTY je pun. Oh ye, kalau nak dapat A tu korang kena cari perkataan tu within masa yang ditetapkan, aku lupa laa..Zarif beria tau cari simbol tu..Ikutkan aku kalau tak dapat cari pun, tak kisah la kan terus keluar tapi dia memang bersungguh-sungguh.:)

Last but not least mestilah ada gambar dengan Hello Kitty nya kan..

Sebelum keluar dari sini singgah kejap kat cafe Hello Kitty ni beli makanan yang simple je cam Sardine Puff dan seangkatannya. Oklah not bad gak rasanya. Harga bolehlah so-so. Taklah terlalu mahal, takkan nak expect harga murah cam kat luar dah kat tempat cam gini, ye tak?


Tips ringkas dari aku kalau nak ke sini;

i) Rasanya tak perlu bawak baby yang umurnya bawah setahun, sebab macam tak berbaloi. Best kalau pergi Theme Park ni bila bawak budak-budak yang dah faham..

ii) Bawak je air mineral atau roti dan biskut letak kat beg. Aku pun buat macam tu gak sebab kesian kat Zara yang cepat lapar, hehe. 

iii) Bawak duit lebih la kan, sebab time nak keluar tu lalu kat kedai souvenir, berpinar biji mata nengok macam-macam dalam tu, tapi aku tak beli apa pun..:)

Itu je kot tips ringkas, hehe. Sebab ni indoor jadi takdelah nak risau pasal cuaca ke apa kan. Rileks je boleh bersantai-santai. Akan datang aku rasa akan ada lebih banyak game dan akan ada Lat's Place pulak, mesti happening.

Sekian.

Demi Adam dan Hawa & Masterchef...

Yea disebabkan drama Adam dan Hawa dan jugak rancangan Masterchef, aku pun terpaksa upload Astro On The Go kat hp..

Ni gara-gara hari Selasa lepas la..Malam tu kan dah kena ke Kuala Lumpur, so pastinya aku terlepas episod drama Adam dan Hawa dan rancangan Masterchef tu. Kebetulan kitaorang cuti panjang dari Rabu sampailah ke hari Ahad. 

Rumah dua orang adik aku kat KL tu takde Astro sebab diaorang pakai UNIFI..Demi takmo ketinggalan rancangan favourite tu terpaksalah upload gak Astro On The Go..Nasiblah line internet kat rumah adik-adik aku tu laju so sedap sikitlah nengok channel Astro kat hp.

Kalau tak kerana nak berjalan, tak kuasa aku nak upload bagai, leceh je. Upload Astro On The Go ni tak susah pun, ikut je arahan yang diberikan. Korang boleh nengok cara-cara nak upload ni kat website Astro ok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...