1.2.13

Makan ringan-ringan di Secret Recipe

Semalam mrhubby ajak pergi Secret Recipe (SR) kononnya nak hilangkan stress (sebab seharian dia ada kursus data). Ikutkan aku memang malas nak keluar tapi kebetulan pulak semalam kan birthday Zarif makanya mrhubby nak belanja..So aku pun ok jelah sebab memang tak pernah makan kat SR pun..

Tapi aku tak makan berat pun, nak hi tea je kononnya - hi tea la sangat ek...

 Ni apa ke namanya lupa la, chicken puff kot - sedap...

Aku punya Chocolate Ice Blended - memang sedappp

Ni mrhubby punya - pie apa ntah lupa gak

 Ni kids meal - birthday boy punya

Ni kids meal - dak Zara punya..

Ni mak n adik aku call nak wish kat birthday boy..:)

Sejak SR tu bertapak kat Batu Pahat, ni ler first time aku makan kat sini. Selama ni  cuma tau beli n tapau kek je. Boleh tahan sedap kan makan kat SR ni (mode jakun ok..hehe). Ok lepas ni bolehlah makan berat sikit. Semalam aku makan ringan-ringan je sebab dah masak kat rumah cuma treat budak-budak jelah.

Terima kasih kat mrhubby sebab belanja makan lain kali bawak lagi eh boleh cuba makanan lain pulak, hehe. Makanan sedap harga pun sedap gak laaa...:)

Drama melayu jiwang

Best ke drama Setia Hujung Nyawa tu? Best ke? Aku tak follow la, itu pun dari novel jugak kan? Sebab pukul 7 je aku dah mula tutup tv, kalau tak leka la mengadap tv waktu maghrib kan..Dah habis belum drama tu? Sapa yang follow?

Hari tu drama Adam dan Hawa kan, ha ni drama baru pulak...


Baru baca sikit, nanti nak sambung lagi. Boleh la nak layan malam-malam, tapi perasan tak malam tadi takde pun drama ni..Kenapa ek?

Sebenarnya aku lebih prefer layan drama CINTA QASEH yang ditayangkan kat TV3 setiap hari Selasa jam 9 malam. Macam best jer..Iye, aku kan memang suka layan drama melayu yang jiwang-jiwang gitu..:)


Mrhubby memang tak layan drama melayu ni semua, certain drama je dia akan nengok tu pun dia nengok tahap kualiti drama kalau takat jiwang-jiwang karat ni memang kirim salam dia nak layan..At least he knows me, hehe....


SELAMAT HARI WILAYAH DAN SELAMAT BERCUTI PADA YANG TERLIBAT...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...