5.2.13

Makan malam

Cuaca dari semalam sampai hari ni punyalah redup dan mendung, memang sesedap untuk tido. Kalau hujung minggu ni confirm dah tido..Nak buat kerja punyalah slow apatah lagi la nak update blog. Tapi aku update gak la satu entry ni pasal takmo layan ngantuk.

Aku tak sabar nak balik kerja petang ni sebab nak masak kima daging..Tau kima daging? Korang google je la ok..:)

Ni aku nak follow resipi dari blog CMG. Terliur air liur aku nengok gambar Kima Dagingnya, sedapp ooh nak makan dengan roti je. Kima Daging Mat Gebu.

Habit aku ni sekarang ni kalau makan nasi sehari je sekali padahal aku pregnant. Entah kenapa bila malam je terus takde selera nak makan. Macam malam tadi aku cuma makan buah dan minum air je. Hmmm tak taulah kenapa, kalau tak pregnant ni mau dah kurus aku, chewahh..:) Kalau malam korang macamana? Masak ke atau beli kat luar je?

Ok dah tu je short update dari aku, cuaca ni betul-betul mempengaruhi aku tau...

Majlis santai petang Sabtu 2/2

Sabtu lepas buat majlis yang santai lagi simple untuk Zarif. Birthday dia jatuh hari Khamis. Mulanya nak buat dengan family je tiba-tiba tukar plan nak jemput kawan-kawan kitaorang (bukan kawan Zarif, hehe).. Takper, bukan selalu pun, rezeki yang ada kita share dengan kawan-kawan yang ada..:)

Gambar memang tak banyak sebab tuan rumah sangat bz ke hulu dan ke hilir melayan tetamu, hehe. Majlis bermula dari jam 3.30 hinggalah ke lewat petang (maklumlah tetamu datang bukannya serentak). Terima kasih pada semua yang sudi datang, senang kata semua yang dijemput dapat datang termasuklah keluarga aku sendiri :) Dan terima kasih jugak bagi pihak Zarif atas segala hadiah yang diberi.

 Kek macam biasa oder dari Lovely Cakes

Potong kek dengan kawan-kawan yang ada tapi lilin takde, kira halal je ek..

Yeay, rainbow kek ok..

 Menu yang ada - Mihun goreng dan roti jala je 
Cream puff dan cheese tart pun ada tapi tak diambil gambarnya

 Goodies untuk kanak-kanak

 Kawan-kawan mrhubby dan birthday boy

 Zarif dapat hadiah hamster dari adik aku..

Mujurlah haritu cuaca pun baik dan segalanya berjalan dengan lancar. Majlis yang simple, penat tapi berbaloi dan rasa happy sangat.

Last but not least, orang yang diraikan tu....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Keletihan yang amat sebab main je mengalahkan yang mengemas ni, huhu
 
 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...