3.1.12

Esok - moga dipermudahkan

Dup dap..dup dap...Wah aku berdebar-debar sangat ni..Cuma menghitung masa je..

Esok akan bermula la satu fasa baru, yeay..Dan hakikatnya aku suka sangat esok dah sekolahh, hahaha (gelak jahat..). Di saat mrhubby rasa macam, "kenapalah esok dah mula sekolah, aku pulak sangat sukanya dah mula sekolah.."

Dan zarif pulak pastilah bersemangat nak memulakan sesi persekolahan, yelah serba serbi baru..Dia pun boring dok lama kat rumah, haruslah suka bila nak sekolah kan..

Dari sekarang aku dah prepare mental dan fizikal ni, hoho..Macamanalah keadaan esok hari yea? Haraplah semuanya dipermudahkan.

Malam ni semua kena tido awal (tapi ada banyak citer best kat tv...camana ni?) Esok seawal jam 5 pagi nak bangun, konon nak prepare breakfast dan macam-macam lagi (perasan ibu mithali ni..), harap-harap bolehlah bangun..Jangan aku dok main snooze je alarm tu, huhu...

Semoga selamat semuanya bagi mereka-mereka yang bakal menghantar anak ke darjah satu esok.. Nanti kita share cerita kat blog ye..

Di kampung Kesang

Ini banyak muka zarif jer, dia kan memang suka dengan suasana kampung, jakun kot tak penah nengok sawah dan sungai depan mata..Maaf kualiti gambar tak berapa jelas, gambar dari hp abah aku.

Realitinya aku sendiri pun tak pernah turun ke sawah..




ni belakang rumah atuk aku ni

ni kat kesang tapi kat sungai mana ntah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...