30.4.12

Masih bertahan & masih mengenali

Diam tak diam hujung tahun ni genap 9 tahun aku bergelar isteri pada mrhubby. Senang kata hampir 10 tahun la aku berkahwin. No..no..ni bukan cerita pasal anniversary ke apa ke, no eh..

Saja, saja je. Sambil mengemas-ngemas kat rumah ni, sambil berfikir-fikir, eh, dekat 10 tahun jugak eh..Aku tau korang ada yang dah kawin lebih lama dari aku, tapi ni cerita aku, hehe. Bukan apa, sebelum kawin dulu, aku selalu fikir boleh ke nak mengharungi perkahwinan dalam tempoh masa yang lama. Aku selalu fikir cam tu sebab aku rasa aku ni cepat bosan orangnya. Yelah kan, nak kawin bukan kejap-kejap, nak maintain perkahwinan tu, nak kekal bahagia macam atuk nenek, mak abah aku semua.

Hurmmm, tapi bila fikir-fikir nak dekat 10 tahun kawin, rasa macam ok la kan..Takdelah teruk sangat. Maksudnya aku boleh harung lagi 10 tahun dan lebih dari tu kot, insyaallah.:) Logiklah mana ada perkahwinan yang tak diduga, kecil besar ujian tu adat. Tak bergaduh? Memang tipu, nak capai keserasian mesti ada nak gaduh-gaduh..Hidup kalau statik je memang tak best, sesekali nak jugak dilambung ombak, tapi taknak la sampai kena tsunami...

Yang pasti, aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Mengharapkan kehidupan yang lebih berkat, mudah-mudahan semuanya akan dipermudahkan untuk kami sekeluarga.....Yang pasti sampai sekarang kami masih lagi mengenali antara satu sama lain, hehe, cam pengantin baru lagaknya...:)

Apa yang aku kemas tak sudah-sudah?

Hari terakhir di bulan April. Dan aku bercuti hari ni, actually last minit apply, dan reason paling utama adalah untuk mengemas barang untuk dipindahkan pada hari esok. Pada yang tak faham meh aku jelaskan..

Rumah baru aku tak siap renovate lagi, senang kata, sebulan lagi baru siap. Rumah yang aku sewa sekarang patutnya dah kena kosongkan by today, tapi aku mintak tempoh dengan tuan rumah sampai Sabtu ni, 5 Mei 2012. Ada beberapa benda lagi nak kena settle, bukan boleh tinggal macam tu je kan. So nak menunggu kan rumah baru yang tak siap lagi ni, kitaorang harus berulang alik ke bandar (rumah mak abah aku) yang perjalanannya ke Parit Raja almost 15-20 minit.

Tapi setiap tengahari weekdays tu aku boleh lepaklah kat rumah baru aku, lepak dalam bilik-bilik je. Setakat nak mandi atau take a nap tu takde hal..Dan dalam masa yang sama aku nak pindahkan barang-barang especially baju-baju aktif yang dipakai ke rumah mak aku, bukan sikit tapi banyak untuk 4 orang ni.

Hari Sabtu lepas aku dah bertungkus lumus mengemas hampir keseluruhan perabot-perabot untuk ditolak/dijual pada kawan aku. Penatnya sampai hari ni pun tak hilang lagi tau. So istilah mengemas dan pindah aku ni bukan sikit dan bukan sekali je tapi banyak kali..Kalaulah tuan rumah bagi aku duduk rumah sewa ni sampai hujung bulan 5 ni, takdelah susah sangat, tapi dah dia bagi tempoh sampai bulan ni je, haruslah aku akur dan mengemas tak sudah-sudah. Rumah baru aku dan rumah sewa sekarang ni pun bukannya jauh, adalah dalam 400 ke 500 meter gitu, senang kata takyah tekan gear 4 la..:)

Ok, sekarang sebab semua orang kerja dan sekolah, aku kena mula mengemas, nak clearkan fridge pulok..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...