Bila masanya korang basuh baju? Hari-hari? Dua hari sekali? Tiga hari sekali ke seminggu sekali? Siapa yang sidai baju? Siapa yang lipat baju? Bila masa pulak gosok baju? Siapa yang gosok baju? Sebenarnya benda-benda berkaitan baju ni memang aku tak suka nak buat tapi tetap kena buat..
Kalau aku, hari-hari memang basuh baju. Mungkin orang kata "ishh membazir je kalau basuh hari-hari.." Tapi aku tak boleh kumpul baju melainkan cuaca tak molek dan hari hujan. Lagi sakit mata aku kalau nengok baju bertimbun tak basuh. Biasa aku akan basuh malam dan sidai malam tu jugak.
Kalau nak lipat baju biasanya aku akan buat Jumaat malam dan Sabtu pagi. Kalau baju yang dah bersih bertimbun, aku ok lagi (walaupun sakit jugak mata ni)..:)
Gosok baju..haa yang ni memang part paling aku tak suka buat. Entah kenapa aku rasa gosok baju la pekerjaan yang paling susah ok.. Nasib baik la ada mrhubby yang suka gosok baju kalau tak.........Tapi bukanlah aku tak reti gosok baju, reti je cuma malas dan rasa susah. Ingatkan mrhubby orang yang boleh ala kadar je sekali bila bab gosok baju dia ni sangat teliti so biar dia jelah yang gosok, hehe..
Ok korang cerita la pulak kisah korang dan baju-baju ni semua ok..Lain orang lain ceritanya. Yang pastinya bila time pregnant ni aku makin galak dan suka basuh dan sidai baju, tak taulah kenapa...
Ada event fakulti aku kena attend ni, nanti sambung lagi yea..