23.7.13

Kaki Aisyah ok


Masa Aisyah lahir doktor kata kaki kanan Aisyah ada bengkok sikit. So lepas sebulan doktor suruh ke hospital untuk buat follow up.

Jumaat lepas bertemankan mrhubby dan Zara kitaorang ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk checkup. Hasilnya doktor kata kaki Aisyah ok dan semua pun normal. Mungkin masa awal lahir nampak macam bengkok sikit disebabkan position baby dalam perut. Syukur alhamdulillah bila dah tak perlu follow up ke hospital lagi. Cumanya doktor suggest lepas mandi buat urutan sikit kat bahagian tapak kaki tu..









Kisah petang Ahad lepas

Kisahnya berlaku petang Ahad lalu..

Balik dari rumah mak lepas Asar tu, kitaorang terus ke Parit Raja. Mrhubby dan Zarif pergi ke kedai jap nak beli barang, sementara aku, Zara dan baby Aisyah tunggu kat dalam kereta.

Dalam beberapa minit tunggu dalam kereta tu, tiba-tiba tingkap kereta diketuk seseorang. Sorang perempuan agak berumur dan sorang budak laki lebih kurang 9-10 tahun. Perempuan tu atau senang kata aku panggil makcik tunjukkan buku-buku agama kat tangan dia. Mulanya aku takmo turunkan tingkap kereta tapi rasa macam tak baik pulak kan..

So, aku pun turunkan tingkap kereta dan makcik tu tanya la nak beli buku tak? Tapi aku cakap dengan baik yang aku takmo beli buku..Sambil tu aku pun ambik beg duit dan nak bagi derma kat makcik tu..Sekali bila nengok dalam beg duit, kosong la pulak..Aku dah bagi duit kat mrhubby suruh beli barang so dah takde duit. Tapi takkan aku nak suruh makcik dan budak tu pergi macam tu je, kesian kat diaorang..

Lepas tu tetiba aku teringat yang mak ada hulur duit RM10 untuk baby Aisyah (mak kata ada orang bagi masa majlis Akikah yang lepas). Aku ambik duit tu dan terus hulur pada makcik (memang rezeki diaorang). Sambil tu aku cakap yang aku tak perlukan buku-buku yang ada pada makcik tu (sebab kebanyakan buku yang makcik tu tunjuk aku dah ada).. TAPI makcik tu bersungguh-sungguh nak bagi aku salah satu buku yang ada pada dia..


Lepas makcik tu pergi, aku nampak dia pergi dari satu kereta ke satu kereta..Tapi kebanyakannya tak layan (waktu tu kebanyakan orang sibuk nak beli makanan kat pasar ramadan). Kesian aku nengok makcik tu..Mungkin orang taknak layan sebab sibuk nak beli makanan ataupun orang taknak layan sebab takut makcik tu tipu kot?  Entahlah, aku taknak ulas bab tipu-tipu ataupun diaorang di bawah sindiket apa-apa ke. Yang penting niat kita ikhlas dan bersangka baik, lain-lain tu atas urusan dia dengan Tuhan. 

Moga Tuhan rahmati hidup makcik tu sekeluarga. Pemberian aku memang tak seberapa pun nak dibandingkan dengan orang lain yang penting aku rasa puas apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ni..







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...