23.8.17

Tahniah Hafiz Jantan!

Salam.

Ok masih lagi hot dengan Sukan Sea 2017.

 Tahniah Khairul Hafiz Jantan
Bangga!

Tahniah!
Its ok walaupun perak jer but still a medal right?
Bangga!

Aku upload yang aku nengok jer.
Aku tak dapat nengok pun polo yang si KJ dan Putera Mateen tu lawan semalam.
Tapi takpela..

Di saat kita semua rakyat Malaysia tengah seronok dan gembira saksikan acara Sukan Sea ni boleh pulak ada cerita dan gosip pasal pernikahan selebriti tu.

Hmm..Kalau kau bukak media sosial fb dan apa2 la mmg kisah tu je la diperkatakan.
Aku malas nak masuk campur pun tapi malu ok,huhu.

Aku dari taknak tau dan takminat pun terus terfollow cerita dia, haihh laa
Semalam aku terus tanya dan mintak pendapat ustaz ok hehe..

Tapi kan aku tetap rasa perkahwinan diaorang sah..
Aku rasa la..
Sebab pengesahan cerai tu diaorang tu dari segi dokumentasi saja.

Kalau rukun nikah tu cukup semua dah sah.
Kesilapan di sini tidak mengesahkan perceraian dan tiada dokumen. Moga urusan mereka dipermudahkan hendaknya.

Aku malas nak ulas lebih-lebih. Biarlah pakar dan hakim tentukan segalanya.
Kita doakan yang baik-baik saja ok.

Okla, tu je nak bagitau
Thanks la sudi baca ok.

End.



 







21.8.17

Bila cuti rehat dan nengok acara Sukan Sea 2017

Salam.

Semalam aku cuti rehat sebab rasa macam letih sangat pasal baru balik dari KL hari sebelumnya. 
Macam la aku yang drive kan hehe padahal duduk sebelah jer.
Mrhubby rileks je dengan budak-budak boleh kerja dan sekolah lagi.
Eh, tapi kan sejak naik cuti raya yang lepas baru aku perasan takde cuti langsung, oklah ni baru cuti.

Oklah disebabkan cuti semalam so dapatlah aku nengok beberapa acara sukan sempena Sukan Sea 2017 ni.

Eh aku bukan kaki sukan ok, kaki bangku lagi.
Tapi bila nengok atlit-atlit ni beraksi satu perasaan yang sukar digambarkan apatah lagi mewakili negara.
Terus terbayangkan Zarif yang sedang beraksi **berangan [mana tau jadi kenyataan kan]

Sebelum tu aku nak share jugak aksi atlit diving kita si Dhabitah yang comel ni masa nak nyalakan obor. Eh comel sangat tauu..


Masa mula-mula tertanya jugak, eh kenapa si Dhabitah ni kan?
Tapi aku terfikir pasal dia muda lagi kot so sesuai la dia yang terbang gituu..
Yang lain dah berumur so payah la kan..

Dan mrhubby kata, pasal dia atlit diving mestila dia tak takut tinggi kan..
Ha ye jugak kan..
Baca ni kenapa KJ pilih Dhabitah nyalakan obor --- [KLIK]

Tahniah diucapkan kepada para pemenang pingat emas semalam, antara yang aku nengok acaranya ialah;


 Memang menarik sangat game bola jaring semalam ni tau
Malaysia vs Singapore [final]

 Game ragbi ni pun best
Walaupun sebelah pagi tu kalah dengan Thailand huhu
Tapi final dengan Singapore terbaik la

Dan acara recurve memanah ni
Aku dapat rasakan tekanan dia petang semalam
Nengok atlit dari Vietnam tu rileks jer
Anyway congrats at least dapat perak dah terbaik jugak tuu..


So sebagai rakyat Malaysia jomlah beri sokongan pada semua atlit Malaysia yang berjuang untuk kejayaan pasukan Malaysia.

Sukan SEA KL 2017 akan berlangsung dari 19-30 Ogos 2017.
Nak tau maklumat lanjut korang boleh [KLIK] 


Sekian..
Thanks sudi baca.
End.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...