27.6.13

Bila ber 'anak' tiga

Memang bukan senang bila anak dah bertambah. Memang salute pada yang ada anak ramai. Aku sekarang ni pun tengah membiasakan diri maklumlah waktu tidur pun dah lari. Selama 5 tahun tidur dah sedap, sekarang ni dah kena bangun awal pagi huhu..

Sebab tengah cuti so ok lagi la walaupun kena berjaga awal pagi. Nanti sok kalau dah mula kerja camana pulak gayanya kan..Dulu sebelum mengandung anak ketiga, aku selalu tanya kawan ofis, "SENANG TAK KALAU ADA ANAK TIGA NI?" Dalam hati nak, tapi macam takut-takut..Tapi realitinya sekarang dah ada pun ZAHIA AISYAH..:)

Sekarang memang aku tengah adjust everything. Mungkin sikit la kelam kabut tapi masih boleh handle lagi. Mungkin mudah sikit pada aku bila Zarif dan Zara boleh uruskan diri sendiri. Cuma aku kena lebih adil sekarang. Maklumlah anak dah tiga so perhatian kena bagi sama rata kat mereka. Mungkin sekarang nampak macam aku lebihkan baby Aisyah, yelah kan kecik lagi..

Kadang bagus jugak ada anak yang dah besar sikit ni sebab bila aku nak buat kerja lain boleh suruh mereka nengokkan baby..Tapi yang tak best bila baby tengah sedap tidur lain pulak diaorang buat sampai baby terbangun. Bila ditanya, "Apa yang korang buat kat baby?" Dijawab tanpa rasa bersalah, "Eh..takde apa-apa, kitaorang takde buat apa pun, baby yang terbangun sendiri.."

Jumaat ni sepatutnya baby Aisyah ada appointment kat hospital tapi boleh la pulak Zarif dan Zara punya hari terbuka sekolah pun waktu dan hari yang sama. Jadinya aku decide appointment hospital Aisyah aku nak tunda minggu depan.

Bukannya apa hari terbuka tu tak boleh tunda waktu lain so aku nak mrhubby tanya proses pembelajaran Zarif dan Zara. Selama ni kalau ada hari terbuka memang aku je yang akan berbincang dengan cikgu diaorang tapi kali ni kena mintak mrhubby tolong la maklumlah keadaan diri tak mengizinkan lagi..

Maaf la yea kawan-kawan aku belum berkesempatan nak terjah ke blog korang..Maklumlah tengah adjust time ni, hehe...

 Yea jom kita gomol diaaaaa.......


24.6.13

Jaga kesihatan | Abang & Baby

Dengan cuaca yang berjerebu sekarang lebih baik semua orang berhati-hati yea..Jangan lupa pakai mask bila nak keluar rumah..

Hari ni mrhubby dan anak-anak masih lagi bercuti (arahan dari PPD semalam suruh bercuti disebabkan keadaan cuaca yang belum ok lagi). Tapi cuti ni cuti berganti la..Better macam tu sebab aku sendiri susah hati selagi cuaca tak ok tapi diaorang ke sekolah. Mudah-mudahan hujan akan turun dan keadaan jerebu ni akan hilang sebab ia betul-betul menyesakkan nafas dan memeningkan kepala..

Officially aku dah balik ke rumah sendiri petang semalam. Dan disebabkan hari ni semua orang pun bercuti lagi marilah kita mengemas rumah sesama yea..Rumah yang ditinggalkan hampir sebulan memang dah tak macam rumah laaa, bukanlah sepah mana pun tapi berhabuk ok...Walaupun aku dalam pantang tapi jangan risau aku buat kerja yang ringan-ringan jer...:)

Oklah malas nak bebel banyak, kita nengok gambar pulak yeaaa..Oh yea, sebab selalu letak gambar Zara dan baby Aisyah, takut orang lupa yang aku ada anak bujang ni, hehe. Zarif ni makin besar makin susah nak bergambar tau..Ni pun aku paksa dia sebelum dia solat jumaat hari tu..Tiga minggu dok rumah atuk nenek makin melebar badan dia..


Sebab semua orang kata muka baby Aisyah ni sama dengan abang Zarif so kita letaklah gambar mereka berdua..Sama ke??

Selamat bekerja untuk yang bekerja yeaa dan jaga kesihatan!

18.6.13

Bila baby kena penyakit kuning @ jaundice

Masa 5hb Jun lepas

Senang kata sekarang ni lepas baby lahir confirm la memang akan kena penyakit kuning..Ini nurse yang bagitau..Zarif dan Zara dulu pun ada penyakit kuning ni tapi tak serius dan takde la sampai nak kena warded ke apa ke..

Kali ni Zahia Aisyah memang kena warded disebabkan penyakit kuning yang agak tinggi (bacaan sebelum masuk wad = 16.8). Kalau bacaan lebih 15 je, confirm kena warded. So better la korang breasfeed sebanyak yang mungkin. Aku kena dok kat wad 3 hari 2 malam ok. Dah la baru lepas bersalin, balik rumah pun baru sehari je lepas tu dah kena masuk semula wad. Mencabar dan menduga emosi lebih-lebih lagi dalam pantang. Luka pun tak berapa baik lagi, haiihh tapi demi anak kenalah bersabar.

Mujur waktu tu cuti sekolah lagi dan mrhubby yang baik sanggup berulang alik ke hospital melawat aku dan baby Aisyah. Sungguh tau emosi aku terganggu dan hari-hari aku nangis. Bacaan kuning pada Aisyah pulak turunnya lambat, walaupun dah dok bawah lampu biru dan diberi susu badan yang banyak. 

Ikutkan hospital, kalau bacaan 13 ke bawah baru boleh keluar wad. Hari Jumaat, 7hb Jun aku confident la bacaan kuning Aisyah dah turun banyak, sekali bila check bacaannya 13.3 la pulak. Tapi disebabkan doktor yang baik hati, dia bagi keluar jugak sebab dia kata setakat 13.3 je dan kalau bagi bf banyak-banyak in sya Allah akan menurun..Sukanya hati aku bila boleh keluar hospital, ceria memanjang jer..:) 

Yelah Zarif dan Zara pun tak puas jumpa aku dan baby Aisyah sampai Zara menangis-nangis tepi katil baby kat rumah, tak ke aku sedih (tu salah satu sebab aku dok menangis je). Zarif pun sama siap berpeluk bantal baby je..Camanlah emosi aku tak terganggu.

Dan finally semalam (17/6) baru lah kuning baby Aishah kembali normal (6.6)..Hampir 10 hari jugak nak normal tau, huhu..Apapun alhamdulillah. Bacaan normal adalah 7 ke bawah.

Sebelum keluar hospital 7 Jun tu, aku pun adalah letak status kat fb, mintak bantuan kawan-kawan share sekiranya ada petua untuk mengatasi penyakit kuning selain breastfeed..Ramai jugak yang bagi pendapat, tq pada semua..Breastfeed adalah cara yang terbaik untuk mengatasi jaundis tapi tak salah kalau kita nak usaha cara yang lain kan cuma kena nengok kesesuaian dan tak memudaratkan baby. Yang pastinya aku hanyalah breastfeed semata..









Majlis Akikah yang simple untuk Umar dan Aisyah

Alahai makin lemau nak berblog ni padahal ada je bahan nak diblogkan tapi kemalasan la pulak. Mrhubby pun sibuk tanya, "Tak update blog ke?" Huhu..Oklah so hari ni terajin la pulak memandangkan baby pun tengah sedap tido.

Oh yea, nama baby adalah ZAHIA AISYAH. So kitaorang panggil Aisyah jer..:) Khamis lepas baru sempat buat surat beranak dia, itupun dah dekat 14 hari, kalau lewat sikit lagi confirm kena denda.

Dah..ni aku nak tunjuk gambar je. Sabtu lepas kitaorang buat majlis akikah. Majlis yang simple je dan jemputan hanyalah di kalangan sedara, jiran dan adik beradik kitaorang je..

 Yang diraikan
Kiri : Umar Daniel & Zahia Aisyah

 Ibu Zahia Aisyah (aku ler..)
Well berat dah kembali ke asal, pipi masih lagi..so tunggu jelah yea

 Abah Zahia Aisyah

 Mummy Umar Daniel

 Tq pada adik aku Mai n family yang sanggup balik dan buatkan kimono comel untuk baby berdua
Zarif dan makanan tak boleh dipisahkan

 Sepupu sentiasa bersama - Zara n Nasya, tak lama lagi Aisyah akan join the gang..

Adik aku Wan dan Yana, tq jugak sebab sudi balik dan sangat membantu malam tu..:)

By the way, baby Umar dan Aisyah takde buat majlis cukur jambul ke apa sebab mereka berdua dah dibotakkan sebelum tu lagi. Nanti aku buat entry khas kepala mereka dibotakkan. 

Ok, nanti sambung lagi ok..

11.6.13

Pengalaman melahirkan anak ketiga - Tak sempat segalanya

Lamanya tak taip kat laptop ni rasa rindu pulak. So sementara ada masa ni meh aku citer pengalaman masa lahirkan anak ketiga.

Awalnya masa 1 Jun malam (waktu tengah nengok JDT vs PAHANG) kat tv aku dah mula rasa tak best. Tapi sebab semangat nak nengok bola so aku buat-buat cool. Lagipun kalau aku ajak mrhubby pegi hospital time tu mesti dia rasa tak best lak kan. Lagipun aku masih boleh control sakit dan takmo pegi hospital awal. Malam tu senang kata aku tido pun macam tido-tido ayam jer, adalah 2-3 kali tersedar tapi still taknak ke hospital sebab takde apa-apa tanda dan aku boleh control lagi.

Ahad - 2 Jun 2013

Serius pagi ni memang aku dah mula rasa sakit, yang peliknya takde sebarang tanda. Aku mula cuak la. Kalau ikut pengalaman anak-anak sebelum ada tanda darah, tapi kali ni langsung takde. Yang aku rasa cuma sakit. Serius aku dah mula rasa kontraksi. Memula macam biasa je kontraksi ni lama-lama makin kerap. Ohh, tak tertahan ok.

Nearly pukul 11 lebih gitu mrhubby sebenarnya nak ke kenduri kawin, tapi bila nengok keadaan aku macam tak stabil dia batalkan. Dia ajak aku ke hospital tapi aku cakap tunggu lepas zohor la, kononnya aku macam boleh tahan lagi. Tapi dalam pukul 12 aku dah tak boleh tahan dah, dah rasa macam nak meneran la pulak..Betul-betul nak teran ok..

Mak aku dah bising terus suruh pergi hospital dan takyah tunggu-tunggu lagi. Masuk kereta je memang mrhubby bawak laju giler la, sebab dalam kereta pun aku nak meneran jugak..Seram jugak lah kan kalau terbersalin dalam kereta je.

Sampai hospital memang takdenya nak daftar ke apa ke, terus amik beg, amik wheelchair dan terus  ke wad bersalin. Sampai situ, nurse suruh aku check air kencing. Masalahnya aku tak boleh nak kencing pun dan aku boleh rasa nak teran kat bilik air tu. Aku cakap kat nurse, "Sorry, saya tak boleh buang air kecik, saya cuma nak teran je sekarang..."

Dia pun terus panggil doktor untuk check bukaan aku. Masa tu memang dah tak leh nak buat apa, memang serius nak teran je tapi doktor nak check bukaan dulu la kan..Mujur doktor muda dan dia sabar dengan karenah aku, huhu. Bila doktor check je, dah bukak 9 cm... Apalagi terus dia cakap, " Ok boleh naik atas katil, dan u boleh teran.."

By that time aku terus naik katil bersalin diikuti dengan doktor dan nurse or bidan ke apa semua buat persiapan. Mujur juga hari Ahad, so takde la ramai orang macam hari kerja biasa. So bila dah naik atas katil tu memang aku kata, " Saya nak teran je ni.."

Diaorang semua cakap, "Ok..teran-teran.." By that time, takdenya sempat nak buat CTG baby ke apa ke, aku pun takde dicucuk apa-apa. Tak lama tu, air ketuban aku pecah sendiri dan adalah aku push dalam 2-3 kali je terus selamat lahirkan baby ketiga...:) Bila doktor bawak keluar baby je, aku boleh tanya, "Eh, dah keluar ke?" Hahaha, segalanya berlaku dengan pantas dan sekelip mata je.

Sesungguhnya Tuhan permudahkan doa aku yang nak mudah bersalin. Memang hari-hari aku doa nak bersalin awal di musim cuti sekolah (seperti yang diharapkan oleh mrhubby), syukur alhamdulillah. Dan pastinya kali ni aku berjaya menahan kontraksi kat rumah disaksikan mrhubby sendiri.

Even mrhubby sendiri tak masuk temankan aku pun sebab memang tak sempat. Masa aku nak masuk check bukaan tu, nurse minta mrhubby daftar kemasukan aku so by the time dia naik semula lepas dah daftarkan aku, nurse bagitau dia yang aku dah selamat bersalin..

Sebelum 1.30 petang aku dah selamat serba serbinya. Selamat dijahit dan segalanya laa..Oh, kali ni trauma sikit bila bab jahit, tapi still ok.

Hari ni dah 10 hari alhamdulillah kesihatan makin ok. Aku berpantang kat rumah mak in sya allah sampai minggu depan lepas tu akan balik dan berpantang di rumah sendiri. Yea kali ni pantang special sikit sebab bukan aku sorang je tapi dua orang dengan adik aku sekali yang bersalin lima hari awal dari aku. Dan rumah mak pun dah macam nursery dengan adanya dua orang baby comel.. 

Ikutkan aku memang la nak pantang sendiri yea, takmo susahkan mak..TAPI mak berkeras minta aku pantang di rumah dengan adik aku sekali. Yelah kan bukan senang nak pantang double..So aku turutkan je permintaan mak. Alhamdulillah keadaan aku pun dah ok sikit so mana kerja-kerja ringan aku tolong buat KECUALI mandikan baby. Ermmm..aku tak yakin nak mandikan lagi baby, selalunya mrhubby yang akan mandikan dulu baby dari aku, huhu..

Ok..nanti kita sambung lagi yea...


















6.6.13

Alhamdulillah atas kurniaan Tuhan

Bagi yang follow instagram aku pastinya dah tau berita kelahiran anak ketiga aku.. Alhamdulillah Ahad, 2 Jun 2013 pada jam 12.56 tgh aku selamat melahirkan anak yang ketiga.. Seperti yang diberitahu dalam entry sebelum ini baby girl ok.. :-)

Aku tak boleh nak celoteh panjang sbb taip pun guna hp dan waktu aku taip ni dari Hospital sebab baby jaundice.

Later on bila keadaan dah tenang dan reda aku akan tulis lagi di blog ok.. Doakan supaya baby aku cepat sihat dan boleh keluar dari hospital dengan segera.. Ni pun aku belum berurut, berbengkung dan lain lain lagi.. Yang aku harapkan baby kembali sembuh. Kalau baby dah ok barulah aku boleh fikir untuk diri sendiri, sekarang ni agak tertekan dan tak boleh fikir pasal benda lain.

Sekian...


Published with Blogger-droid v2.0.10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...