18.6.13

Majlis Akikah yang simple untuk Umar dan Aisyah

Alahai makin lemau nak berblog ni padahal ada je bahan nak diblogkan tapi kemalasan la pulak. Mrhubby pun sibuk tanya, "Tak update blog ke?" Huhu..Oklah so hari ni terajin la pulak memandangkan baby pun tengah sedap tido.

Oh yea, nama baby adalah ZAHIA AISYAH. So kitaorang panggil Aisyah jer..:) Khamis lepas baru sempat buat surat beranak dia, itupun dah dekat 14 hari, kalau lewat sikit lagi confirm kena denda.

Dah..ni aku nak tunjuk gambar je. Sabtu lepas kitaorang buat majlis akikah. Majlis yang simple je dan jemputan hanyalah di kalangan sedara, jiran dan adik beradik kitaorang je..

 Yang diraikan
Kiri : Umar Daniel & Zahia Aisyah

 Ibu Zahia Aisyah (aku ler..)
Well berat dah kembali ke asal, pipi masih lagi..so tunggu jelah yea

 Abah Zahia Aisyah

 Mummy Umar Daniel

 Tq pada adik aku Mai n family yang sanggup balik dan buatkan kimono comel untuk baby berdua
Zarif dan makanan tak boleh dipisahkan

 Sepupu sentiasa bersama - Zara n Nasya, tak lama lagi Aisyah akan join the gang..

Adik aku Wan dan Yana, tq jugak sebab sudi balik dan sangat membantu malam tu..:)

By the way, baby Umar dan Aisyah takde buat majlis cukur jambul ke apa sebab mereka berdua dah dibotakkan sebelum tu lagi. Nanti aku buat entry khas kepala mereka dibotakkan. 

Ok, nanti sambung lagi ok..

8 comments:

  1. Tahniah... Geram tengok baby. Tiba2 rasa teringin nak tambah lagi.

    ReplyDelete
  2. Yg jadi tuntutan bukan cukur jambul Huda. Aqiqah yg dipinta. Cukur rambut tu timbang beratnya dah taksir duitnya utk disedekahkan... Dah aqiqah senang rasa lepas sebab berkemampuan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betullah apa akak cakap tu, cukur jambul tu memang tak dituntut..Sebab tulah diaorang dah botak dari awal, hehe. Lagipun ustaz kat kawasan rumah mak ni memang tak suka cukur2 jambul ni..Diaorang cuma bacakan doa je..

      Delete
  3. Comel! Hehehehehe....best gak bt kenduri ni kan? Heheheheh....

    ReplyDelete
  4. indahnya nama baby...
    tengok macam kembar pula Huda...

    ReplyDelete
  5. comelnya 2-2 baby... kecik jer... lama2 nnt montel la tue.. hehehe

    ReplyDelete
  6. ooo, dah buat aqiqah untuk Zahia ya. Kami hari tu pun cadang nak buat 29hb, masa birthday SRD, tapi fikir balik, ayah pun kata, buat je sekali jamuan raya pun boleh, ni tengah jerebu lagi, sesak nafas....

    Tak tahulah nak buat bila ni...huhu.

    p/s: huda akak pun dah update blog tau!..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...