24.6.13

Jaga kesihatan | Abang & Baby

Dengan cuaca yang berjerebu sekarang lebih baik semua orang berhati-hati yea..Jangan lupa pakai mask bila nak keluar rumah..

Hari ni mrhubby dan anak-anak masih lagi bercuti (arahan dari PPD semalam suruh bercuti disebabkan keadaan cuaca yang belum ok lagi). Tapi cuti ni cuti berganti la..Better macam tu sebab aku sendiri susah hati selagi cuaca tak ok tapi diaorang ke sekolah. Mudah-mudahan hujan akan turun dan keadaan jerebu ni akan hilang sebab ia betul-betul menyesakkan nafas dan memeningkan kepala..

Officially aku dah balik ke rumah sendiri petang semalam. Dan disebabkan hari ni semua orang pun bercuti lagi marilah kita mengemas rumah sesama yea..Rumah yang ditinggalkan hampir sebulan memang dah tak macam rumah laaa, bukanlah sepah mana pun tapi berhabuk ok...Walaupun aku dalam pantang tapi jangan risau aku buat kerja yang ringan-ringan jer...:)

Oklah malas nak bebel banyak, kita nengok gambar pulak yeaaa..Oh yea, sebab selalu letak gambar Zara dan baby Aisyah, takut orang lupa yang aku ada anak bujang ni, hehe. Zarif ni makin besar makin susah nak bergambar tau..Ni pun aku paksa dia sebelum dia solat jumaat hari tu..Tiga minggu dok rumah atuk nenek makin melebar badan dia..


Sebab semua orang kata muka baby Aisyah ni sama dengan abang Zarif so kita letaklah gambar mereka berdua..Sama ke??

Selamat bekerja untuk yang bekerja yeaa dan jaga kesihatan!

5 comments:

  1. Kalau nak kata dari mould yg satu sikit-sikit iras mesti ada Huda. Baru org tahu ini adik Zarif. Marah Zara ni kalau tahu:)

    Sikit-sikit berkemas tak apa Huda tapi jgn buat kerja lasak.

    ReplyDelete
  2. Dulu ms sy pantang kat BP, kepala otak ni selalu je pk psl umah kat KL. Pk kan habuk yg setebal bape inci ntah. Asyiklah niat balik BP, nak cuci segala yg kotor tu. Mmg tak betahlah pk psl umah. Heheheh...

    Zarif ni comel tau. Suka tgk die. Mmg same le Aisyah ngan Zarif. Heheheh.....

    ReplyDelete
  3. comelnya baby.... rasa nak baby, tapi bila teringat tak tidur malam... issshhhhhh

    syok cuti, tapi yang tak syok tak tau pun selangor cuti!!!

    ReplyDelete
  4. tengoklah si adiknya Huda..pandai jelirkan lidah..comel

    take care juga..

    ReplyDelete
  5. alololo comelnya baby jelir lidah camtuh.. geram acik tgk tau.. mmg ader iras la kak ngan abgnya..

    Alhamdulillah jerebu kat JB nih dh semakin baik.. arap2 kwsn lain pun sama.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...