Memang bukan senang bila anak dah bertambah. Memang salute pada yang ada anak ramai. Aku sekarang ni pun tengah membiasakan diri maklumlah waktu tidur pun dah lari. Selama 5 tahun tidur dah sedap, sekarang ni dah kena bangun awal pagi huhu..
Sebab tengah cuti so ok lagi la walaupun kena berjaga awal pagi. Nanti sok kalau dah mula kerja camana pulak gayanya kan..Dulu sebelum mengandung anak ketiga, aku selalu tanya kawan ofis, "SENANG TAK KALAU ADA ANAK TIGA NI?" Dalam hati nak, tapi macam takut-takut..Tapi realitinya sekarang dah ada pun ZAHIA AISYAH..:)
Sekarang memang aku tengah adjust everything. Mungkin sikit la kelam kabut tapi masih boleh handle lagi. Mungkin mudah sikit pada aku bila Zarif dan Zara boleh uruskan diri sendiri. Cuma aku kena lebih adil sekarang. Maklumlah anak dah tiga so perhatian kena bagi sama rata kat mereka. Mungkin sekarang nampak macam aku lebihkan baby Aisyah, yelah kan kecik lagi..
Kadang bagus jugak ada anak yang dah besar sikit ni sebab bila aku nak buat kerja lain boleh suruh mereka nengokkan baby..Tapi yang tak best bila baby tengah sedap tidur lain pulak diaorang buat sampai baby terbangun. Bila ditanya, "Apa yang korang buat kat baby?" Dijawab tanpa rasa bersalah, "Eh..takde apa-apa, kitaorang takde buat apa pun, baby yang terbangun sendiri.."
Jumaat ni sepatutnya baby Aisyah ada appointment kat hospital tapi boleh la pulak Zarif dan Zara punya hari terbuka sekolah pun waktu dan hari yang sama. Jadinya aku decide appointment hospital Aisyah aku nak tunda minggu depan.
Bukannya apa hari terbuka tu tak boleh tunda waktu lain so aku nak mrhubby tanya proses pembelajaran Zarif dan Zara. Selama ni kalau ada hari terbuka memang aku je yang akan berbincang dengan cikgu diaorang tapi kali ni kena mintak mrhubby tolong la maklumlah keadaan diri tak mengizinkan lagi..
Maaf la yea kawan-kawan aku belum berkesempatan nak terjah ke blog korang..Maklumlah tengah adjust time ni, hehe...
Yea jom kita gomol diaaaaa.......
Si abang dan si kakak mesti syok dapat gomol adik. Apa lagi peluang bila ibu suruh tolong jagakan. Kalau baby tidur tak best, tapi bila berjaya kan lagi best:)
ReplyDeleteLama-lama dah tak ada masalah Huda walau 4-5 anak sekalipun.
Huda, semua tu akak dah lalui...yang penting kena pandai bahagikan masa...In Shaa Allah
ReplyDeleteAmboi, dalam keadaan berlenggeng msg2. Digomolnya adik eh? Hehehehe...comel!
ReplyDeletemmg beb...amik mase nak sesuaikan bende baru....ni lagi2 kehadiran org baru...mmg take time jugak....mcm aku dulu time pantang langsung tak jengah blog sbb tak sempat...masuk keje baru blog berupdate balik....ape2 pun jaga diri ok.....
ReplyDeletesweet gile pic bertema gomol adik beramai2 tu hahaahahahah....untung laa adik kiri kanan ade bodyguard hah....
kenapa Zahia ada appointment dihospital Huda?
ReplyDeletepenyayang btl abang n kakak ye...
ReplyDeletesuka abang & kakak main dgn adik yer...
ReplyDeletekak... sya yg baru 2 ni pun rasa tunggang terbalik mcm mana plak yg lebih tu kan...
ReplyDelete