2.12.13

Bila Aisyah kena viral fever...

Salam Isnin untuk kawan-kawan. 

Hari ni aku cuti lagi. Patutnya aku ke Melaka dari semalam ada family day tapi aku tak dapat join disebabkan keadaan Aisyah yang tak mengizinkan. Mrhubby dan dua anak aku masih lagi di sana dan tengahari ni baru check out..

Hidup aku memang agak kelam kabut beberapa hari ni senang kata sejak minggu lepas. 4 klinik (mujurlah 3 klinik adalah Panel) dalam tempoh seminggu semata-mata nak dapatkan rawatan dan ubat terbaik untuk Aisyah. Dari Isnin sampai Rabu demam dia on off dan asyik terjaga pukul 2.30 pagi.

Klinik kedua ada bagi antibiotik Augmentin tapi pelik sebab tak baik-baik jugak..Dalam masa yang sama kat badan dia ada tumbuh macam bintik-bintik atau merah-merah, aku ingatkan demam campak ke atau denggi tapi semua klinik yang aku pergi termasuklah pakar kata bukan campak mahupun denggi. Dan doktor tu semua pun takde yang suruh amik darah pun....

Klinik ketiga (pakar kanak-kanak) bagi antibiotik Cedax (Zara yang dulu selalu demam pun tak pernah amik Cedax ni). Antibiotik ni memang mahal giler, sekotak RM87 tak taulah kat klinik atau hospital lain. Terpaksa amik ubat ni jugak sebab demam dia on off plus dia batuk pulak (semua doktor takmo bagi ubat batuk pada baby sebab dia kecik lagi)

Antibiotik Cedax ni cuma makan sekali sehari jer..Dan alhamdulillah lepas makan ni keadaan Aisyah better, tapi bintik-bintik or merah kat badan dia naik dengan banyaknya satu badan ok!

Dah aku ingat dia ni allergik pada ubat pulak..Tapi bila ke klinik keempat doktor tu kata bukan alergik ubat tapi ia adalah viral fever symptom..

Yea, mostly semua doktor yang aku jumpa kata ni adalah viral fever symptom. Sebelum amik antibiotik Cedax tu, sebenarnya memang dah ada merah-merah kat badan dia tapi tak banyak..Tapi lepas amik antibiotik tu laa, terus penuh satu badan dia..

Sekarang ni Aisyah dah makin ok, dan merah-merah kat badan dia dah makin susut. Aku kalau boleh memang takmo bagi Aisyah antibiotik tapi aku terpaksa sebab demam dia on off dan dia batuk (masih lagi sampai sekarang) dan aku takmo effect kat paru-paru. Semua doktor yang aku jumpa kata walaupun dia batuk tapi paru-paru dia ok...

Yea aku memang panik bila nengok keadaan anak aku macam ni. Fobia dengan keadaan Zara dulu masih teringat-ingat sampai sekarang sebab tu aku cuba buat yang terbaik. Sekarang Aisyah dah melepasi zon yang tak best (walaupun masih batuk lagi) dan dalam zon penyembuhan :).

Tapi kan memang sekarang ni musim sakit yea, demam zaman sekarang bukan macam demam zaman dulu, kalau tak rawat dan buat sambil lewa keadaan anak mungkin akan lebih bahaya..

 masa baru mula-mula demam...

 Petang Khamis baru lepas diurut

 Tanda merah-merah dah mula naik di belakang badan

 Kat bahagian badan

 Kat muka macam dah kurang sikit

 Seram kan...

Tapi semua ni tak gatal pun, cuma aku yang nengok je rasa gatal...Doakan semoga Aisyah cepat sembuh yea...

Ke korang ada tips macamana nak atasi dan kurangkan batuk di kalangan bayi??? Kalau ada boleh share, tq...


 Korang boleh baca pasal VIRAL FEVER..




4 comments:

  1. Mmm...dulu Aydin pnh gak kena. Demam smpi kua bintik2. Tapi bila jumpa doc yg berlainan, doc ni kate viral. Doc tu kate campak. Pening pala ms tu. Huhuhu...apapun, tq attach sekali info demam viral tu.

    ReplyDelete
  2. cian aisyah..penuh ruam kat badan rupanya...
    lega dah makin sembuh Huda...

    ReplyDelete
  3. Allah.... kesiannya kakak tengok tu Huda. Tak sampai hati pulak. Kalau macam ini memang kalau kerja pun hati tak senang dan jalan terbaik jaga sendiri setelah jumpa doktor..

    Moga cepat sembuh..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...