7.12.13

Pengalaman itu amat berharga

Selamat berhujung minggu untuk semua.

Minggu ni negeri Johor bercuti selama 3 hari termasuk hari Isnin sebab cuti hol. Cuti panjang pun takde ke mana sebab keadaan cuaca yang tak menentu ni baik dok rumah saja kan..

Bercerita mengenai cuaca ni memang tak dinafikan rasa simpati pada semua mangsa banjir di Pahang dan Kuantan dan semua yang terlibat termasuklah di negeri Johor. Sedihnya tak terkata sebab aku sendiri pernah merasa pengalaman banjir di Parit Raja tahun 2006 dulu. Bukan setakat kat rumah tapi kat tempat kerja pun air naik. Cuma kat rumah masa tu air ngam-ngam jer kat porch dan sikit lagi nak masuk ke rumah tapi tak masuk..

Mujur aku ada rumah mak abah di bandar so kitaorang menumpang kat rumah diaorang selama seminggu. Kalau takde rumah mak abah confirm memang dah duduk kat penempatan mangsa banjir.

Tapi aku dan mrhubby serta Zarif (masa tu anak sorang lagi) rasa la pengalaman meredah banjir separas betis nak balik ke rumah untuk amik barang sebab kereta tidak dibenarkan masuk ke rumah lagi disebabkan air naik dengan cepat..Jenuh jugak meredah air sambil bergilir-gilir dengan mrhubby dukung Zarif.

Selain dari jadi mangsa banjir aku pun terlibat sebagai sukarelawan untuk mangsa banjir (ikut tempat kerja aku). Sedih sebab aku nengok sendiri keadaan mereka yang terlibat yang ditempatkan di sekolah-sekolah berhampiran. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kan..:(

Aku cuma harap keadaan akan kembali pulih dan semua yang terlibat agar bersabar dengan keadaan yang menimpa mereka. Dalam keadaan macam ni, mereka perlukan sokongan moral dan juga bantuan dari segi makanan, pakaian dan lain-lain untuk meneruskan kehidupan. Bantulah mereka yang terlibat mengikut kemampuan yang kita ada, tak dapat banyak sikit pun jadiklah..

Antara petikan dari buku TUHAN SEDANG MENGUJI KITA -USTAZ KAZIM ELIAS

@ Dalam menghadapi musibah yang terjadi, kita harus memegang prinsip bahawa jika sesuatu itu hendak terjadi, maka tetap akan terjadi. Kita tidak perlu menyalahkan sesiapa dan tidak perlu menyalahkan apa-apa, terima dengan redha.

@ Tuhan tidak akan menguji hambaNya dengan sia-sia. Samaada ujian berbentuk kesusahan, kesenangan, musibah atau kesakitan, Allah lebih mengetahui mengapa kita diuji. Malah Allah menegaskan agar jangan mengharap kepada syurga selagi belum diuji.











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...