24.12.13

Cerita balik kampung di Kesang Muar

Assalamualaikum semua...

Hampir seminggu tak update yea..Jangan risau, aku masih minat menulis blog ni lagi, cuma hari tu kan cuti...Ok la direct je yea..

Petang rabu minggu lepas balik kampung di Kesang Muar (kampung sebelah abah). Rumah kampung tu dah jadik homestay setelah kematian atuk dan nenek aku..Sebab abah nak nengok kebun dia jadik kita dok la kampung tu, kira kitaorang ni dah jadi tetamu la kan..:) Zarif dan Zara punyalah seronok dapat balik kampung..Tetiba aku pulak yang rasa seram sebab dah lama sangat tak bermalam kat situ..

 Tak taulah budak dua orang ni suka sangat panjat atas tu, jakun kottt...


Malam tu memang semua orang boleh tido lena, aku ni je yang tak boleh tido..Dalam hati asik nak cepat siang je, entah apa yang aku takutkan pun tak tau laa..Please eh...aku tak takut hantu tau..Zaman sekarang orang lebih bahaya dari hantu...

 Zara tido nyenyak betul

Aisyah pun sama, sedar sesekali nak susu je

 Pagi tu abah ajak mrhubby ke kebun kat Kesang Laut
Zarif mestilah nak menyibuk sama

Nengok kan dah kata Zara memang suka dok panjat ni


Memandangkan petang Khamis tu dah nak gerak ke KL, so kita makan luar jelah. So kalau dah dok Muar ni apa lagi mi bandung je lah..Katanya mi bandung special tu pasal ada udang galah. Ala, kalau tekak aku ni semua mi bandung kat muar ni sedap laa, asalkan kuah tu tak cair. Aku penah oder mi bandung kat BP ni tapi kuahnya cair abis putus selera nak makan.

Balik dari makan, pintu rumah pulak tak boleh bukak..Rupanya abah tersalah bawak kunci ler...Dah stuck kejap dalam 10-15 minit..Nasiblah orang yang jaga rumah aka homestay ni dok tak jauh..Abah call dan dia datang bukak kan pintu...


 Sementara tunggu orang datang bukak kan pintu

 Nasib jugak ler kat luar ni ada tempat duduk...:)


 Nanti kita sambung lagi ok, ni kira ok lah dah update kan..kan...Tq sudi baca...









5 comments:

  1. sedapnya mee bandung muar.. lama gila tak pekena :-)

    ReplyDelete
  2. mee bandung tu kt mane kak? sendiri duduk muar pun tak tahu mane ade jual mee bandung siap udang menggiurkan mcm tu..

    ReplyDelete
  3. Adik semkin gebu dan makin mesra kameralah Huda:)

    Sayangnya rumah cantik tinggal jadi homestay aje ye Huda. Sesekali balik jenguk. Masih ada kebun lagi. Siapa yg jaga? Kakak selalu dok fikir akan dtg macam manalah kebun org tua kakak... sayang sebab hasilnya banyak.

    ReplyDelete
  4. Huda, sila bgtau kedai mana yg jual mi bandung udang galah ni. Nak gak merasa. Hahahaha!

    Haihlah Aishah. Comelnya awak! Comel! Comel! Comel! geram tgk isinya yg berketul2 tu. Eiiiii!

    ReplyDelete
  5. kat mana kedai mee bandung udang galah tu? Saya nak cari...hahahaha...saya peminat mee bandung

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...