31.3.14

Aisyah dan EEG

Rabu lepas bawak Aisyah untuk temujanji buat EEG.

Apa tu EEG?
Mengikut wikipedia;

Electroencephalography (EEG) is the recording of electrical activity along the scalp. EEG measures voltage fluctuations resulting from ionic current flows within the neurons of the brain.

EEG is most often used to diagnose epilepsy, which causes obvious abnormalities in EEG readings.

Fuhh, nak buat EEG ni kena menuntut kesabaran. Kalau Aisyah tak tido confirm tak boleh buat sebab Aisyah ni tak suka ada benda-benda nak letak kat kepala..(Nak pakaikan headband pun nak kena pujuk dan psiko dia ok).

So untuk buat EEG ni haritu memang Aisyah diberi ubat tido sekejap..Lepas bagi ubat tido, aku bf kan dia dan terus tido (dan memang waktu tido dia pun).

Ok, kenapa dia kena buat EEG ni? Aisyah disuruh buat EEG ni untuk mengesan epilepsy..Cerita asal aku belum tulis kat blog lagi, akan buat kemudian yea sebab panjang nak karang cerita asal tu..

 Sebelum ditampal benda alah yang banyak-banyak tu atas kepala dia


Setelah ditampal benda alah tu semua

Proses dari nak tidokan Aisyah, pasang benda alah ni, sampailah nak tunggu bacaan ni adalah dekat sejam ke dua jam kot. Memang menuntut kesabaran. Dalam tempoh ni adalah dua kali Aisyah terjaga tapi dia sambung tido semula, nasib baikkk...

Keputusan bacaan adalah dalam tempoh sebulan so tunggulah dulu..Haraplah semuanya ok saja.





30.3.14

Moga jadi iktibar

Kesian la bila baca berita pasal pasangan suami isteri kat Sweden tu didapati bersalah dan dihukum penjara..mmm, salah sapa ek anak-anak ke??

Tak tau nak cakap camana bila berlaku jadik camni..

Tapi perkara yang dah berlaku tu mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua kat Malaysia. Nak salahkan anak seratus peratus pun payah gak (walaupun diaorang bersalah).

Contoh jelah macam aku sendiri. Aku mengaku yang aku tak sabar dan bila hilang sabar mula lah nak menjerit marah-marah, stress la dan macam-macam lagi. So for me that's not a good attitude, right?? Anak-anak aku semua cakap aku garang dan dia lebih suka dan rapat pada mrhubby dari aku. Yup i have to admit it.

Tapi bila dah marah tu aku menyesal la pulak sebab aku rasa Tuhan nampak apa yang aku buat. Dan aku cuba cool down untuk baik semula dengan diaorang. Ala, setakat ibu marah pun bukanlah sampai tak tegur, tapi marah bising-bising je..Lepas tu ok balik..:)

Ni contoh - kalau aku suruh Zarif solat tapi dia sambil lewa je, so aku pun bising la, tapi diri sendiri pun ada masa solat lambat jugak camana kan? (Ni contoh untuk diri aku ler..)

Aku pun bukannya ibu yang baik sangat tapi hari-hari aku mohon pada Tuhan minta diberikan kekuatan dan kesabaran untuk mendidik anak-anak. Bukan senang, lagi-lagi dengan cabaran dan pengaruh yang ada di keliling kita. Aku harap sangat yang aku mampu jadi ibu yang baik merangkap kawan baik pada anak-anak.

Dulu-dulu kalau anak-anak balik nak cerita macam-macam, aku cam penat je nak dengar sebab lebih pentingkan rehat..TAPIIII sekarang dah tak lagi, sekarang kalau diaorang balik dari sekolah masing-masing berlumba nak cerita macam-macam so aku kena tadah telinga je walaupun cerita tu aku paham atau tak tapi aku kena menunjukkan minat dan kena respon balik pada diaorang supaya diaorang tau yang aku memang dengar cerita tu..:)

Mudah-mudahan apa yang berlaku pada pasangan Malaysia di Sweden tu akan jadi iktibar pada diri aku dan semua yang lain..Makin besar anak memang makin berat cabarannya (aku dah mula rasakan keadaan tu pada Zarif) so memang harap sangat aku diberikan kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak-anak...

Semoga Tuhan permudahkan keadaan pasangan suami isteri itu dan anak-anak mereka dan didoakan juga mereka semua dapat kembali bersatu sebagai keluarga yang bahagia, insya allah...

 


25.3.14

Allah Maha Mengetahui - MH370

Speechless..
Allah Maha Mengetahui segala yang berlaku.

Tiada yang mustahil bagi Allah.
Jika ia berkehendakkan sesuatu berlaku.

Emosi terganggu dengan berita ini, tak mampu diungkapkan merentap jiwa biarpun tiada hubungan.
Moga Allah merahmati semuanya..
Ya Allah peliharalah mereka, moga tenang dan damai di sana...

Sampai bila-bila 8 Mac akan dikenang, terus terpahat dalam sejarah..
Bukan untuk diri aku tapi untuk MH370...

24.3.14

Buat kuih dan menghabiskan masa di dapur

Terasa lamanya tak update blog.

Macamana eh nak mulakan cerita? Ada cerita cemas yang berlaku minggu lepas tapi aku kena karang dulu so esok jelah aku reveal..Sapa yang follow instagram aku mungkin dah tau tapi esok jelah aku cerita full...

Ni aku nak cerita hobi terbaru aku yang sekarang suka nak memasak dan buat kuih..:) Bangga sikitlah sebab memang aku tau aku ni pemalas dan tak suka nak buat kuih. Tapi memikirkan sampai bila nak ikutkan rasa malas dan takmo cuba sesuatu yang baru so haruslah aku bangkit, yea tak? Buang rasa malas tu dan up diri ni..Tak cuba tak tau kan??

Makanya dua minggu lepas aku memberanikan diri buat muffin coklat..



Korang nengoklah betapa comotnya muffin kita..Retak dan merekah, hehe..Eh tapi lembut dan sedap tau, tak tipu..Ni pertama kali buat, bila dah kali kedua buat dah cantik, takde merekah ni semua..:)




Nengok apam polkadot pulakk, hehe...Serius, buat ni sangat remeh tapi seronok. Kenapa aku cuba buat? Sebab Zara peminat apam polkadot ni...Dari beli baik aku buat, yea tak..Mestilah merah biru, JDT maaa...:)

Oh ye disebabkan apam polkadot ni Zara dah bawak ke sekolah dan cikgu dia tanya aku jual tak? Nak beli katanya, huhu...Baru first time aku buat, tapi aku tak jawab lagi nak jual ke tak, nengoklah nanti camana..Sebab buat pun suka-suka jer..

Ni sarapan semalam, simple jer, roti letak tuna dan cheese lepas tu bakar kejap..
Letak dalam bekas tu cam grand kononnya, haha..


Ni pasta bakar dan cheese, pun simple je main campak-campak..


Ni homemade ice cream, ala takde perisa apa plain jer, baru buat malam tadi.
Kaler merah biru lagi, merah pun dah cam pink..

Cuti sekolah ni nanti kerjanya asik cari makanan je, so buatlah something supaya adalah benda diaorang boleh makan..Pagi tadi pun aku dah buatkan jemput-jemput ikan bilis..

Memasak ni seronok tapi tulah part nak sediakan bahan tu je yang remeh lagi kalau kita sorang-sorang je yang buat semua tu..

Ok sekian dulu. 

Masih mengharapkan berita yang baik untuk MH370...

 



18.3.14

Kalaulah bulan boleh berkata...

Malam tadi bulan penuh bercahaya...

Bulan tu pasti nampak apa yang kita sedang cari sekarang..
Kalau bulan boleh berkata-kata...
Apa yang mereka sedang buat wahai bulan?
Selamatkah? 
Lena tidurnya?
Kenyang perutnya?
Kalau bulan boleh berkata-kata..
Kau boleh jadi saksi wahai bulan..
Semua penat ternanti-nanti
Khabar yang tak pasti
Berbagai spekulasi
Moga penantian ini segera diakhiri
Kalau bulan boleh berkata-kata...


Terus terang aku tak suka menunggu. Aku orang yang tak sabar. Setiap hari bangun dari tidur, perkara pertama aku capai adalah hp dan check twitter mengharapkan berita baik, "MH370 DITEMUI"

Tapi sebelas hari berlalu tanpa sesuatu. 

Ya Allah Kau Maha Mengetahui segalanya...

Kadang rasa perit nak baca segala yang ada di media sosial mahupun elektronik. Tak tau mana betul ataupun salah...Betulkah hilang?? Atau ada cerita di sebalik kehilangan ni? Tak mampu berfikir dan aku mengharapkan perkara yang berlaku ini bukan di Malaysia tapi hakikat dan realitinya YA IA SEDANG BERLAKU DI MALAYSIA!

Moga semuanya selamat dan akan kembali kepada keluarga masing-masing. Percayalah penantian sememangnya satu penyeksaan...

Tapi sebagai orang Islam dan hamba Tuhan aku tau kita kena percaya pada QADA' DAN QADAR. Moga ada cerita yang baik menanti kita semua dan kalau sebaliknya aku redha..

- Aku takde kaitan dengan sesiapa dalam pesawat MH370 -



12.3.14

Simple tapi sedap - Terima kasih mak!!!

Masuk hari kelima tapi kelibat pesawat MH370 masih belum ditemui..Moga ada berita yang akan melegakan semua pihak..Ya Allah kau permudahkan segalanya..

Ok meskipun negara mahupun seluruh dunia dilanda kesuraman dan kesedihan tapi hidup perlu diteruskan dan kuat hati ni mengatakan mereka semua masih hidup dan hilang untuk seketika..Hanya Allah Maha Mengetahui..

Jom nengok gambar makanan semasa bday aku 8 Mac hari tu..Asalnya aku nak masak-masak tapi lepas dengar berita sedih terus mood merundum dan mak dan adik aku yang baik hati tolong buatkan buatkan something yang ringkas tapi special..Thanks a lot!

 Kek Japanese Cotton Sandwich Cake (kalau tak silap ler)
Ni kalau sebiji kek ni aku sorang boleh habiskan hehe..

 Most fav - Muffin Pisang Choc Chip
Semua ni pun aku boleh abiskan sorang

 Ni lagi ler, Cheesetart tu dah tinggal sikit sebab sebelum tu aku dah makan dulu
dan ada red velvet cake sikit

 Ni je beger yang aku buat sendiri 
Sangat mudah kan
Sandwich Tuna Bakar yang adik aku buat
Sedap sangat sampai Zarif n Zara makan berkali-kali

Majlis yang ringkas tapi bermakna dengan air tangan dari seorang yang melahirkan aku 35 tahun lepas..Sungguh takde yang lebih sedap dari air tangan mak kan??

Terima kasih mak sebab melahirkan Kak Uda, terima kasih sebab selalu menggembirakan dan terima kasih atas segala-galanya..



11.3.14

Hilang dan kuasaMu Ya Allah

Yea aku tau semua masih lagi prihatin dan tertanya-tanya dengan kehilangan pesawat MH370..

Masuk hari keempat hari ni kan? Sentiasa berharap akan ada petunjuk dan moga ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun.

Jujurnya aku cakap dengan mrhubby yang aku tau pesawat ni memang hilang..Tuhan nak tunjukkan pada kita semua terutama pada orang Malaysia..

Mungkin orang kita ni banyak yang dah lupa pada kuasa Tuhan (mungkin), sentiasa bergembira, lupa pada kuasa Tuhan..Nengok negara jiran kita yang selalu diduga melalui Tsunami, Gempa Bumi, Gunung Berapi dan lain-lain..Tapi negara kita tak pernah diuji sebegitu melainkan banjir dan cuaca yang panas sekarang ni..

Jadinya Tuhan nak kita semua ingat pada dia, nak kita ni selalu berdoa dan tak lupa solat pada dia..Yea aku pun bukannya baik sangat tapi kejadian yang berlaku ni nak membuka mata dan fikiran kita bahawa TIADA YANG MUSTAHIL BAGI TUHAN..SEKIRANYA DIA BERKEHENDAKKAN SESUATU BERLAKU MAKA BERLAKU LAH IA...

Dua status dari fb, satu dari kawan aku yang menyerupai seperti apa yang aku fikirkan;



Dan satu lagi status yang sepupu aku share dari Dr Zubaidi Haji Ahmad;

 
Teruskan lah berdoa kawan-kawan semua...Aku tau semua mengharapkan ia ditemui dan berita yang baik tapi percayalah semua yang berlaku atas kuasa Tuhan..

Mereka yang pakar akan terus berusaha mengikut kepakaran dan teknologi yang ada tapi sebagai orang Islam kita memang kena percaya sememangnya ini telah ditentukan oleh Tuhan...

10.3.14

8 Mac 2014 - Antara suka dan duka

8 Mac lepas merupakan hari lahir aku yang ke 35, juga merupakan sambutan Hari Wanita..Patutnya aku rasa bersyukur dan gembira..Yea aku bersyukur padamu Tuhan kerana masih lagi bernafas..

Tapi tarikh 8 Mac 2014 tu juga merentap rasa gembira aku bila sorang staf dari tempat kerja aku meninggal dunia..Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Dan bertambah sedih lagi bukan aku je tapi SATU MALAYSIA ehh, SATU DUNIA BERKONGSI RASA DENGAN AKU SEKARANG..SEDIH!!

Yea 8 Mac yang meninggalkan persoalan hingga kini...

Pesawat MH370 yang sampai sekarang masih lagi tak dapat dikesan. Sepatutnya mendarat di Airport Beijing pada jam 6.30 pagi 8 Mac tapi hingga kini hilang tak dapat dikesan.

Semoga Tuhan merahmati semuanya, memudahkan tugas semua anggota penyelamat untuk mencari dan menyelamatkan mangsa..

Sama-samalah kita berdoa semoga semua dapat dijumpai walau dalam apa keadaan sekalipun. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui dan berkuasa atas segalanya..

8 Mac yang akan diingati sampai bila-bila...


7.3.14

Bisnes oh bisnes..

Salam Jumaat untuk semua..

Dari malam tadi aku tido awal langsung ke pagi ni ..Sedapnya tidoooo, hehe...

Ok dah takmo cerita pasal tido tapi pasal lain..

Sejak Isnin lepas kitaorang dah mula start bisnes baru iaitu jual Vitagen..Oh ok, bukan aku sebenarnya tapi mrhubby.

Aku tolong kutip duit je hehe. Mrhubby yang buat semuanya dari amik stok, packaging dan edarkan kat orang...:)

Alhamdulillah so far bisnes memang ok dan sambutan semakin hari semakin menggalakkan..Cumanya tulah stok terhad dan kitaorang tak boleh amik banyak sangat maklumlah fridge pun tak berapa besar. Rasanya macam kena carik chiller kecik je..

Hari-hari kena restock..Margin untung taklah besar tapi aku tau orang kita mestilah nak beli benda yang murah dan dapat banyak kan...Lagi best bila benda kita beli dapat dikongsi seisi keluarga terutama dengan anak-anak..:)

Ni untuk hari pertama dan sekelip mata jugak habis


Satu pek (5 botol) dijual dengan harga RM4.10 beza dengan harga pasaran antara 20-40 sen jer..Tu bisnes mrhubby...

Kalau bisnes aku pulak..Aku memang ada jual Tupperware dan Shaklee..Terkini aku tengah buat packing kerepek pisang nak dihantar kat company adik aku kat KL;



Kerepek pisang ni orang buat, aku tukang packing jer...Buat permulaan aku akan hantar tester pada company adik aku kat KL..Ala dok kat opis tu kan ada masanya lapar yea tak? So kerepek adalah salah satu makanan yang sedap untuk dikunyah-kunyah sambil buat kerja kan..

Selain kerepek pisang ada jugak kerepek lain (kalau korang nak tester kerepek lain bagitau ok)...Kalau korang yang baca blog ni mau tester jugak bagitau je aku yea 016-7931644..Tester aku tak bagi banyaklaa, sebab nama pun tester kan..:) Aku akan buat packaging untuk dijual jugak..Later aku akan cerita lagi kat blog dan instagram (huda8379) ok..


Sekian, aku nak kemas rumah ni, phewww...







6.3.14

Macamana hamster kahwin?

Soalan;

Ibu, macamana hamster kahwin?
Ha? Hamster kahwin?

Ha yelah...camana dia kahwin?
Hamster kahwin macam kucing ke?
Ha? Kahwin macam kucing?

Yelah kucing kahwin kan yang pompuan tu kat belakang, yang laki kat depan..
(istilah sebenar pompuan = betina / laki = jantan)

Haaa???
Ibu tak tau ke kucing kahwin macam tu? Sebab tu la dia dapat anak...

Hmmmm...

Ha, korang cepat hamster kahwin macamana???

Kisah ni berlaku suatu pagi dalam minggu ni..Apalah anak-anak aku punya soalan ni, sampai kucing kahwin semua dia dok selidik..
(Aku pun tak tau kucing kahwin siapa kat depan atau belakang, adui la anak...)

Tulah nak anak bijak sangat kan....


5.3.14

Zahia Aisyah 9 bulan

Sekarang nak cerita pasal baby Zahia Aisyah yang lahir pada 2 Jun 2013 yang dah pun berusia 9 bulan pada 2 Mac 2014...

Sekejap je kan masa berlalu, kalau boleh nak suh 'pause' masa jangan berlalu pantas sangat. Kalau boleh nak Aisyah ni jadik baby sepanjang masa, boleh tak??? Bau baby kan best, menenangkan jiwa dan raga..

Dah besar kan saya??

Habit paling ketara - suka menyembur dan jelir lidah..
Kadang rasa kelakar je time dia menyembur tu


Pandai main sendiri

Susah nak nengok kamera bila nak bergambar

Gigi masih dua batang lagi

 Muslimah sangat kononnya hehe

Tak suka nak duduk kat car seat
Kalau nak suh dia dok diam kena bagi susu sampai kenyang

 Suka tido jugak
Kalau gaya gini maksudnya lena betul la tu

Ini memang port kesukaan dia
Membongkar dan mengoyakkan segala magazine aku...

Yang pasti baby happy bila ada kakak dan abang yang rajin melayan
Oklah tu bagi ibu rehat sesekali ok..:)


Sejak baik sakit dari scabbies hari tu, keadaan dia makin pulih dan selera makan makin bertambah alhamdulillah..

Mostly aku masak bubur je untuk dia mahupun bagi puri buah yang sejuk buat sedap tekak dia maklumlah musim panas kan sekarang ni. Tapi apa yang kita makan pun dia nak jugak lagak macam orang dah besar je..

Baby Aisyah ni tak bising sangat, diam je cam abahnya kot, hehe. Yang dua orang lagi tu cam aku pening kepala banyak cakap hehehe.. Biarlah Aisyah ni senyap sikit, muka pun serius je susah betul nak senyum pun macam abahnya jugak, senyum mahal betul, haha..

Meniarap dah, merangkap pun dah, sekarang nak memapah pulak, jatuh tersungkur pun dah banyak kali tapi biasalah baby mana ada rasa serik, sentiasa nak mencuba..

Masih menyusu badan tapi aku dah mula campur..Bukan taknak bagi full bf tapi mental tak kuat ok..Anak dah 3 mana nak uruskan itu dan ini nak pump susu lagi huhu sangat menguji mental dan fizikal..Aku buat apa yang terdaya so end up aku fully bf hanya di rumah dan di taska terpaksa la guna susu formula...

Aku memang suka nak bf sebab malas nak buat susu formula..Lagi satu time bf tu la time aku dapat baring dan rehat sekejap..:)

So far inilah kisah budak yang dah pun 9 bulan..:)


































4.3.14

Memasak jadi senang dengan produk Asian Meals dari Tupperware Brands

Wow lambat sangat update hari ni..Bz tak sudah ok.

Rentetan entry aku hari tu tentang PRODUK ASIAN MEALS (TUPPERWARE BRANDS)

Kelmarin aku masak menggunakan produk ni yea..Satu benda yang korang patut tau aku bukan jenis yang suka guna pes-pes segera ni tapi disebabkan aku ahli tupperware so selain beli tupperware je aku pun suka la nak beli produk ni, saja nak cuba..:)

 Ni guna Pes Kari Hijau Thai

 Ni guna Pes Sos Nenas Masam Manis

Nampak macam menarik kan?? Hehehe, ikut tekak aku alhamdulillah sedap saja. Balik kerja tak cukup masa so guna pes segera ni je..

Kalau korang nak try boleh je pesan kat aku yea..Boleh rujuk entry PRODUK ASIAN MEALS (TUPPERWARE BRANDS)




3.3.14

Kisah hujung minggu kami

Kadang kan aku rasa cepat betul masa berlalu sekarang..Rasa cam 24 jam tu memang tak cukup la terkejar sana sini...Korang rasa tak apa yang aku rasakan?

Ok now kisah kami di hujung minggu lalu, cam biasalah kisah yang biasa je..


Jumaat petang Zarif ada pertandingan sparring taekwando. Dia minat sangat sparring ni, tahun lepas dia kalah bila masuk pertandingan. Kali ni dia tekad nak dapat emas, sebagai ibu aku mestilah sokong dia walaupun kalau dia kalah aku ok je..

Tapi syukur pertandingan hari tu dia layak untuk ke peringkat separuh akhir kalau tak silap aku dua minggu lagi..Well done boy!


Balik dari taekwando tu terus berkejar nak mandi manda kat kolam katanya. Tapi kolam besar yang kitaorang ada dah bocor, so terpaksa la guna kolam kecik je tapi diaorang enjoy je..Nanti ibu beli kolam lagi satu la yeaa khas untuk Zarif sorang je hehehe..

 Nengok baby Aisyah pun nak mandi jugak tapi sekejap je dia masuk situ..
Baby pun takde swimming suit lagi sian dia mandi bogel je hehe

Nengok Aisyah siap dah makan budak dua orang tu tak settle lagi mandi
Takpelah kitaorang layankan je janji diaorang happy

Bekalan makanan untuk Aisyah dalam tempoh seminggu, banyak kannn??
Bekukan je semua ni..

Mom's handmade Red Velvet, untuk breakfast aku semalam
Mana ada air tangan mak yang tak sedap kan??
Terbaik la mak!!!


Tak abis lagi kisah aku ni tau, ada lagi nanti la sambung yea..:)



2.3.14

KATALOG TUPPERWARE 17/2 - 31/3/2014

Oklah ni antara yang menarik dalam katalog terbaru bermula dari 17 Februari 2014 hingga 31 Mac 2014..So kalau ada yang menarik di mata kalian bolehlah hubungi mahupun Whatsapp saya 016-7931644..

Jemput nengok ok.. 

SILA KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS
TERIMA KASIH













PRODUK ASIAN MEALS DARI TUPPERWAREBRANDS

Salam hari Ahad..

Selamat berhujung minggu pada korang yang cuti ek..I kerja ok.

Sebab hari Ahad jadik kita letak entry ringan @ promo sikit la, hehe..Kelmarin aku beli item ni,

Ni produk Asian Meals dari Tupperware Brands

Selama ni orang asik fikir tupperware je kan, tapi dalam tupperware brands ni pun ada produk makanan jugak.

Aku pun tak pernah try so baru je beli dan baru try yang sos nenas masam manis tu..Not bad la, sedap rasanya..

Bukan ada 2 perasa ni tapi ada;

Ha ada 6 perasa ok..

  • Asian Meals Pineapple Sauce
  • Asian Meals Rendang Paste
  • Asian Meals Sambal Tumis
  • Asian Meals Stir-Fry Sauce
  • Asian Meals Szechuan Soya Bean Sauce
  • Asian Meals Thai Green Curry Paste


Dalam setiap kotak ni ada 2 peket dengan harganya RM12.80.  Pada aku harga yang berbaloi dengan rasa yang sedap. Nanti aku akan cuba masak yang Thai Green Curry Paste pulak ok.

Pada mereka yang kadang-kadang tak sempat nak masak tu ataupun nak travel ke mana-mana ke boleh beli produk ni yea, sangat memudahkan dengan harga yang murah RM12.80 untuk 2 pek..

Jangan risau produk ni;

  • No added MSG
  • No preservatives
  • No artifical colors & flavors
  • No Trans Fat
  • No - 3 MCPD
  • Non GMO
  • Gluten Free

Dan yang pastinya HALAL...----- Boleh check kat portal halal JAKIM.

Sesiapa nak oder bolehlah hubungi ataupun whatsapp di no : 016-7931644

Sekian, terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...