Oklah seperti dijanjikan semalam entri ini boleh la dikatakan penutup cerita raya 2014 kitaorang.
Lepas solat Jumaat hari raya kelima minggu lepas kitaorang pun bertolak la ke Temerloh Pahang..Tak jauh rupanya dengan KL. Ok, fine aku jakun sebab first time sampai ke Temerloh..Kitaorang menginap dekat hotel kat Pekan Temerloh tu jer.
Oh yea untuk pengetahuan semua, kitaorang ke Temerloh sebab adik lelaki aku yang sorang tu nak bertunang.
Esoknya hari Sabtu, dalam pukul 11 pagi bertolaklah kitaorang ke rumah bakal tunang adik aku. Kitaorang pergi tak ramai, adik beradik kecuali adik no.2 sebab dia tak sihat, dan pakcik aku sekeluarga.
Dari hotel, bakal abang ipar adik aku tu yang bawak kitaorang..Kalau kitaorang je pergi sendiri atau nak ikut GPS mau sesat barat..Perjalanan dari hotel ke rumah bakal tunang adik aku lebih kurang setengah jam melalui jalan kampung..Aku enjoy sepanjang perjalanan tu, seronok la sangat..Entahlah yea aku memang suka suasana kampung nampak tenang sangat.
Ni adik ketiga aku tengah bz nak susun barang hantaran..
By the time adik bongsu aku masa ni nak pening kepala nak muntah bagai laa..
Ni kitaorang parking kat rumah jiran bakal tunang adik aku - nengok buah rambutan berjuntai tuuu..
Terima kasih sepupuku tolong pegangkan hantaran
Gambar ramai-ramai dulu sebelum bergerak ke rumah sebelah
See aku pegang hantaran gak :):)
Oh yea aku ulang balik pakai baju raya pertama sebab tema untuk majlis ni sebelah kitaorang memang kaler hijau mint gitu..Tapi yang takde kaler hijau mint takpe takde hal janji ton ala-ala hijau pun bolehh..
Ruang yang terhad so aku pun boleh dengar semua yang dibincangkan hehe
Alhamdulillah sesi perbincangan berjalan lancar dan semuanya dipermudahkan Tuhan. Kalau takde aral dan diizinkan Tuhan, adik lelaki aku akan bernikah pada cuti sekolah bulan Mac 2015. Tarikh tak fix lagi tunggu takwim sekolah keluar nanti baru boleh decide, yang pasti cuti sekolah laa..
Aha, ni memang sweet moment sangat ni..
Calon approved!!
Aisyah ni sebenarnya housemate aka roomate masa dok umah sewa dengan adik aku yang ketiga
Senang kata adik aku Rai tu la yang match maker dengan adik lelaki aku ni
Oh nama tunang adik aku ni Aisyah jugak so bakal ada dua Aisyah la yea..:)
Aisyah senior n Aisyah junior gitu..
Tahniah la adik aku Wan aka anak kesayangan mak, maklumlah sorang lelaki..:)
Mak memang ceria sebab bakal menantu comel lagi sopan..
Bab makan ni memang yang aku tunggu-tunggu, memang aku harap sangat ada ikan patin - most fav ok!
Dahlah semua lauk kampung cam nak tambah berpinggan-pinggan rasanya haha
Ramai sedara dan jiran yang datang, oh yea Aisyah tunang adik aku ni anak yang bongsu
Ni dah habis makan tunggu nak balik je dengan cuaca panas berdenting, lencun dah si Aisyah kecik tu..
Balik dari Temerloh tu teruslah ke Damansara rumah adik aku...Memula kitaorang decide nak balik Ahad coz asalnya mrhubby cuti Ahad tu..Tapi tetiba dia nak batalkan cuti dan ada kerja so end up kitaorang decide nak balik BP malam tu jugak..
Sebelum balik BP, kitaorang adik beradik buat makan-makan untuk mak sebab esoknya Ahad 3 Ogos adalah hari lahir mak..Happy Birthday Mak!
Sebenarnya cucu-cucu yang over excited - sorang lagi cucu dah tido
Abaikan muka aku yang serabai tu yea, maklumlah nak tido dalam kereta..
Dahlah tak pernah travel malam tapi redah jer laa..Cuma kitaorang takmo lalu jalan Pagoh la, dah lewat malam kan..Bertolak dari Damansara pukul 9.30 malam..Gitu gini dekat pukul 10 masuk highway..Sampai rumah dalam pukul 1 pagi...Gigih kan mrhubby nak kerja esoknya..Aku memang mohon cuti Ahad tu so takde hal...Zarif yang patutnya sekolah pun tak mampu nak bangun pagi so mrhubby jelah yang kerja sorang-sorang Ahad tu hehe..
Ok maka sekianlah cerita raya 2014...Kalau ada ter upload gambar raya lagi tu maaf la yea tapi tak salah kan sebab raya kan sebulan hehe..