12.8.14

Bila Zara sakit mata - tolong bagi petua

Harini aku cuti atau kata lainnya EL..

Zara sakit mata, ni kes jangkit dari kawan kat sekolah la..Malam tadi dah pergi klinik amik ubat semua..Dan kemungkinan yang tinggi kitaorang yang lain juga akan sakit mata, what to do, pasrah je la...

Memang sekarang lepas raya ni musim semua orang sakit mata kot. Sebab aku nengok kat status kawan kat fb, dengar cerita orang, ramai yang sakit mata. Ingatkan kitaorang ni terselamat la tapi bila minggu lepas Zara ada cakap yang kawan sekolah dia sakit mata terus aku rasa macam tak sedap hati. End up dia pun terkena jugak..

Pagi tadi aku masuk opis jap tunjuk diri kat bos bawak bukti anak sakit mata hehe..Kang rasa tak sedap la pulak, asik sms nak cuti je kan..Bawak anak biar nampak sikit aku tak tipu lagi satu ada la usaha aku nak gi opis kan..Maklumlah ni kan musim raya takut kang bos ingat aku saja-saja nak cuti sebab penat beraya malam-malam haha...

Dalam masa yang sama aku cuba tanya kawan opis cara nak elakkan sakit mata ke atau nak kurangkan sakit mata sebab aku macam kesian la pulak kalau Aisyah nanti kena sakit mata..Setakat Zarif ke atau aku dan mrhubby aku tak kisah sangat tapi kalau baby macam kesian sangat kan?

Antara yang aku dapat untuk budak kalau sakit mata - titiskan air susu ibu..Untuk Zara ni pun aku akan buat. Dia ni kan memang penakut ubat, tak pernah dia sakit mata, bila titiskan ubat mata tu siap nak menangis kata pedih la, padahal mana ada rasa apa pun kecuali tekak cam rasa tak sedap sikit kan..

Lagi satu aku ada google katanya kalau sakit mata, letak halia dalam air kolah atau besen mandi..So mandi dengan air halia tu..Tapi halia jangan keluarkan, air je boleh refill. Aku baca kat komen dalam salah satu blog yang aku google pagi tadi.

Semua aku akan cuba..Aku cuma nak Zara baik cepat dan taknak yang lain sakit mata, banyak agenda penting hujung minggu ni..

Harap Zara cepat sembuh, korang kalau ada petua tolong bagi yea...

Terima kasih...


4 comments:

  1. adui, lecehnya sakit mata... sebab boleh berjangkit!

    ReplyDelete
  2. utk kanak2, usually akan sembuh within 3-5 days...cepat sembuhnya..for adult mmg lama sikit..average 5- 10 days..ada yg boleh langkau sampai 2 weeks++

    Tips titis breastmilk tu mmg effective..personally I have tried on myself..2 kali kena sakit mata, and kebetulan masa tu wife saya tgh b/feed anak 1st, then masa b/feed anak 2nd...try la..

    ReplyDelete
  3. Moga Zara cepat sembuh hendakNYA.

    ReplyDelete
  4. titisan air susu tu pernah dgr petua tu..
    anyway, sempga cepat sembuh yee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...