Sekarang ni hujung minggu pun macam tak cukup masa jer nak beraya..Selagi raya tak abis selagi tulah kena beraya...
Jumaat dan Sabtu lepas puas beraya itupun tak abis lagi siap ada part 2 pulak Jumaat akan datang ni. Sabtu ni macam plan nak bukak rumah untuk kawan-kawan tapi tengah berfikir-fikir ni..Niat di hati nak memasak sendiri tapi tu la kena nengok kemampuan sebab bila ada baby yang banyak ragamnya tak semua kerja boleh settle on time.
Haritu kawan-kawan mrhubby datang aku nak memasak pun tak senang si Aisyah ni dok peluk kaki aku kat dapur sambil menangis-nangis (mrhubby masa ni keluar beli barang kat kedai).. Dari nak masak yang best terus aku buat nugget dan sosej je dan cucuk kat lidi, sempoi kan..Sambil goreng sambil kendong si Aisyah ni..
Ok, Sabtu lepas jugak saja amik masa sikit nak bergambar kat whiteroom studio..Orang lain dah kecoh amik gambar, aku baru terhegeh-hegeh nak gi studio..Minggu pertama raya tak sempat nak bergambar, so Sabtu lepas baru ada masa..
Sila layan gambar yang tak seberapa ni..Ala amik gambar buat suka-suka jer, kebetulan kedai ni buat promosi RM50 selama 20 minit dengan unlimited shoot pulak tu..Promosi yang best tak boleh dilepaskan..Oh yea kedai ni namanya LENS ALYZA tempatnya di Taman Universiti Parit Raja memang kat taman rumah aku ni jer..
Sebenarnya masa shoot ni semua boleh ikut arahan kecuali si kecik tu la..Penat photographer nya nak pujuk dia..Oh ye photographer nya perempuan tau memang baik sangat orangnya...
Kat atas tu nampak sopan je semua si Aisyah kan padahal kak Alyza (photographer) bersungguh sambil amik gambar sambil main mainan loceng nak attract baby cam Aisyah ni ler..
Meh la nengok time dia dah mula mengamuk padahal sebelum pegi studio ni dia baru bangun tido cuma tak puas minum susu jer..Abis kain terselak semua..
Hahah redha je laa..
Sekian terima kasih sudi baca!
wah cantiknya gambar.... memang sweet....
ReplyDeleteOh...skrng mmg glamour pula pesen ambik gmba dlm studio cmni...
ReplyDeleteSweet pulak bila anak dara kecik tu tak tantrum - boleh senyum manis. Bila dah marah memanglah kain pun terselak hihi..
ReplyDeleteKakak tak pernah ambil gambar family kat studio photo Huda. Nampak cantik kan..
Dulu adalah sebelum allahyarhamah mak kakak meninggal lepas tu tak pernah lagi..
senyum si kakak tu menawan sungguh..
ReplyDeleteTahun ni keluarga kakcik takde gambar di studio. Tahun lepas pun takde...
ReplyDeletecun.. sy pun teringin nak amik white studio tapi xtahu kt mana masa kt kluang tu.. amik dlm rumah je. hehe
ReplyDelete