19.8.14

Moist Choc Cake seperti dijanji

Ok hari ni dah naik kerja, walaupun ada merah sikit je lagi tapi aku dah jumpa dua dr pagi ni so semua mengesahkan aku boleh g kerja, insya allah tak berjangkit..Aku pun dah excited nak kerja kan, ha amik, kerja laa dengan list kerja yang banyak so tabah je la..

Seperti dijanjikan jomlah nengok moist choc cake seperti dijanjikan semalam tu..Eii bangga betul nak tunjuk kat blog tau..

Tadaaaa....

Amboi retak merekah tak agak-agak, haha..


Sebenarnya kek ni baiknya kukus je la, tapi sebelum ni aku dah pernah kukus kali ni aku nak cuba bakar la pulak..Sekali amik kauuu..

Eleh senang je nak cover rekahan tu letak jelah topping kat atas tu, tapi bila yang dah letak topping aku tak amik gambar la pulak. Topping tu memang sedap, topping je la yang sedap, tapi keknya ni bila dibakar kureng sikit kot rasanya berbanding dengan kukus..

Takpe, korang nak gelak, gelak laaa, tak marah pun hehe..Biasalah orang tak pro buat kek, tapi aku tunai janji nak letak kat blog..Ni buat tatapan diri sendiri dan jugak tatapan buat mak yang baca blog aku ni..

Tapi bila bagi mrhubby dan anak-anak makan, sedap jelah jawapannya..Berani cakap tak sedap???

Aku ikut resipi Kak Hana ----- KEK COKLAT MOIST

Dia punya kek punyalah molek cantik je kan, sekali aku punya tak tau nak kata apa..Itu lah bezanya tangan yang berseni, orang yang pro dan tak pro..

Sekian tq sudi baca!

6 comments:

  1. lieya kalo buat ni kejap je licin kat umah nie...anak2 suke betul coklat cake..... kalo kukus moist die lain mcm compare dgn bakar kan....penah gak try yg kukus....

    ReplyDelete
  2. Seni ke tak berseni yg pasti kakak tahu hari ini dah licin tak nampak bayang pun kek itu kan Huda..

    ReplyDelete
  3. Tgk kek kak huda br perasan dh lama x buat kek coklat :)

    ReplyDelete
  4. Aummm.. sedapnya.. melelh coklat dia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...