24.3.15

Istiadat Kemahkotaan Johor - 23 Mac 2015

Semalam seluruh rakyat Johor bercuti kerana majlis Istiadat Kemahkotaan Johor. Proud to be Johorean.

Awal pagi dah bangun dan on tv. Perancangan awal konon nak ke JB nak meriahkan suasana tapi batalkan niat sebab confirm jalan ke sana sesak. So baik nengok kat tv je yang dah tentu lebih puas :).

First time nengok istiadat kemahkotaan ni maklumlah kali terakhir berlangsung majlis ni pada tahun 1960. Masa tu pun aku tak lahir lagi. Lepas ni entah bila la dapat nengok lagi, entah ada kat dunia lagi ke tak..

Gambar : Berita Harian

Gambar : Mstar 

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat kemahkotaan kali ini bertempat di Bilik Singgahsana, Istana Besar, yang bakal dipertontonkan secara langsung kepada rakyat melalui RTM.

"Kali terakhir istiadat kemahkotaan ini ialah bagi Almarhum Sultan Ismail pada 10 Februari 1960. Saya percaya rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia menunggu untuk menyaksikan satu istiadat yang penuh gilang gemilang dengan budaya warisan Johor bagi kemahkotaan Sultan Ibrahim," kata beliau dalam satu temuramah di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.
 
Abdul Rahim berkata, kalau mengikut peraturan undang-undang negeri Johor, Sultan Johor dipilih, dilantik dan dimasyhurkan sebagai raja menggantikan Almarhum raja yang mangkat.
Kemudiannya, bakal raja akan mengangkat sumpah dan dimasyhurkan oleh Menteri Besar sebelum keranda diraja diusung untuk dimakamkan, yang mana ia mengesahkan perlantikan raja sebagai Raja Johor.

"Di Johor tiada pertabalan sebagaimana di negeri lain sebab kita anggapkan dengan pemilihan, perlantikan, mengangkat sumpah dan pemasyhuran itu memadai untuk mengesahkan Sultan Ibrahim sebagai Raja Johor," kata beliau.
Bagaimanapun, mengikut tradisi warisan Johor, istiadat kemahkotaan boleh diadakan pada bila-bila masa yang Sultan kehendakinya selepas baginda naik takhta.
Istiadat kemahkotaan, menurut Abdul Rahim, adalah satu tradisi diraja Johor, yang penting kerana ia memperkasakan kedaulatan Raja.

Sumber : Mstar


Suka nengok rancangan Majalah 3 malam tadi, sebab susah nak dengar mahupun nengok kisah Sultan Johor ni kecuali pada waktu yang ekslusif macam semalam.

Kata-kata Sultan Johor yang aku ingat - My aim - Johor mesti maju, Johor maju, rakyat bahagia.

Daulat Tuanku!

Semoga Johor terus maju dan makmur.




2 comments:

  1. Daulat Tuanku!

    Dan malam tadi punya Majalah 3, mmg best!!

    ReplyDelete
  2. 10 Februari 1960 = sama tarikh kelahiran En Suami kakcik...

    Memang dah lama sangat tu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...