4.3.15

Kisah aku dan bisul

Semangat nak menulis makin lama makin luntur tapi aku gigihkan diri jugakla..Kata diari untuk diri sendiri kan. Ok so kat sini aku nak share kisah bisul aku ni. Terpulang pada korang kalau nak baca atau tak tapi masa aku sakit memang aku google nak carik maklumat, kata segalanya di hujung jari kan so aku memang perlukan sangat maklumat melalui google.

Ok aku perasan rasa sakit kat punggung sebelum CNY. Padahal beberapa hari sebelum tu aku ok je takde masalah apa pun, plus aku sibuk buat stok creampuff dan granola bars untuk kedai. Jadik bila kena tu aku rasa sakit sikit, tapi oklah cuba bertahan sebab aku ni memang degil sikit. Jenis yang nak rasa positif dan cuba bertahan selagi boleh.

Khamis hari CNY tu dahlah ada gathering dengan kawan-kawan mrhubby, masa tu dah sakit, nak duduk pun rasa tak best sebab sakit tapi aku cuba bertahan. Lagipun sebelum tu bila aku sentuh kat part sakit tu macam takde apa-apa..Cuma rasa sakit je.

Jumaat pergi KL lagi la bayangkan, dengan aku pangku si Aisyah yang nak menyusu lagi, dengan aku tak boleh duduk dengan betul. Phewww, kalau dikenangkan balik - Ya Allah sakitnya, hanya Tuhan yang tahu tapi macam biasa la aku cuba bertahan. Ingatkan sakit kat bahagian tulang ke apa ke kan..Tapi still takde rasa nak ke klinik nak jumpa dr ke apa ke sebab aku rasa aku masih boleh bertahan. Segala program kat KL aku lalui dengan ketabahan walaupun sakitnya hanya aku yang tau.

Senang kata, sakit yang aku alami tu memang betul-betul sakit sangat, tak boleh nak duduk, tak boleh nak baring, tak boleh orang langgar, tak boleh tergesel dengan apa saja benda, even tersentuh dengan tuala yang lembut pun aku boleh menjerit. Nak solat pun payah, time berdiri ok, tapi time sujud, time duduk tahiyat semua pun sakit..Itu antara nikmat yang Tuhan tarik untuk aku, peritnya memang tak terkira.

Semua pun aku takde gesa nak jumpa dr sebab aku rasa aku ok. Naik dari cuti CNY aku kerja cam biasa walaupun hakikatnya aku tak boleh nak duduk pun, bayangkan la sampai aku bawak segala kusyen dan bantal anak aku untuk cover duduk kat opis walaupun sebenarnya aku lebih banyak berdiri dari duduk. Hakikatnya orang tak nampak pun aku macam sakit sebab aku acting normal je tapi sebenarnya sakit ok. Konon efisyen kerja sampai sanggup datang opis kan. 

Tak silap aku 3 malam aku balik rumah aku takde mood nak buat kerja rumah. Aku habiskan masa tido je sebab memang takde mood sangat. Tak boleh nak buat kerja, sebab serba serbi sakit dan masih takde perasaan nak jumpa dr sebab rasa boleh bertahan, degil gila kan aku..

Dan masa tulah aku google macam-macam pasal bisul, yea aku suspect bisul sebab aku rasa macam ada part keras nak membengkak tapi takde mata bisul dan takde nanah pun. Itu yang jadiknya nak beli koyok katak la dan macam-macam laa..

Sampailah hari Khamis 26 Februari, kemuncaknya aku dah memang tak tertahan rasa macam nak demam, dah macam perempuan gila aku rasa..Punca sebenar taknak g klinik sebab malu ok, sebab sakit kat part yang agak sulit. Tapi sebab dah tak tahan aku gigihkan diri pergi ke klinik seawal pagi, dr pun tak sampai lagi waktu tu..Oh yea of course aku pergi jumpa dr perempuan.

Bila aku cakap dengan dr je, dr nengok dan cakap - eh ni memang bisul ni, sakit sangat ni, dr tau memang sakit sangat ni..Well, dr bagi aku antibiotik sampai dua jenis dan painkiller beserta MC. Yea dr suruh aku rehat. Tapi aku yang degil ni rehat kejap je kat rumah dan sambung datang opis lagi buat kerja - konon efisyen sangat kan aku, tapi sebenarnya aku taknak menyusahkan orang lain buat kerja aku plus bos nak ke luar negara jadik aku rasa memang dia perlukan sangat bantuan aku. Selagi boleh bertahan aku bertahan. Alhamdulillah lepas makan ubat aku rasa lega.

Tapi ingat terus baik lepas makan ubat tu, rupanya weekend tu tak baik jugak walaupun aku dah makan habis antibiotik dan painkiller. Cuma berita baiknya - mata bisul dan nanah dah keluar. Makin besar dan besar dan masih sakit..

Dipendekkan cerita hari Ahad 1 Mac haritu, nanah pecah dengan hebatnya..Pheww rasa lega, amik masa dua hari jugak laa.

Alhamdulillah hari ni masih dalam proses sembuh, dah mula kering dan aku cuci baik-baik. Paling penting aku dah boleh duduk, baring, dah boleh solat dengan sempurna, syukur ya Allah. Segala nikmat yang Tuhan tarik haritu aku dah dapat balik. Aku ada niat dalam hati yang kalau aku sembuh aku nazar nak puasa 3 hari berturut, insya allah akan disegerakan.

Percayalah inilah sakit yang betul-betul aku rasa sakit, tak pernah aku rasa sesakit macam ni. Waktu sakit ni emosi aku memang tak stabil, nak marah dan macam-macam lagi. Memang kesihatan lebih bermakna dari segalanya.

Terima kasih Allah andaikata sakit yang kau berikan tu untuk menghapuskan segala dosa-dosa yang ada. Baru sikit je Tuhan tarik nikmat untuk aku, macamana la dengan orang lain yang diduga lebih teruk dari aku kan..

Moga aku akan terus istiqamah dalam hidup ni. Yang pasti kesihatan lebih penting dari segalanya.

Thank you sudi baca entry panjang berjela ni.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...