15.4.15

Diet sangat la kan..

Diet? Atkins Diet?

Erm, semalam aku tak makan nasi..Yeaaa semalam aku tak makan nasi ok. Diet ke? Erm actually takla diet pasal pagi tu aku makan 2 roti canai kosong haha..

Tapi balik kerja semalam aku terus nak timbang berat, dan mrhubby bagitau 60 kg, giler ke? Aku suruh dia adjust timbang tu balik dan baca betul-betul berat tu..Dia bagitau dalam 58 ke 59kg, ok fine takde beza pun..OMG, ni memang gila sedangkan nombor 60 tu la yang aku paling benci dan paling nak dijauhkan..

Ok, so...so totally terus google dan nengok segala menu diet, baru terfikir nak diet bagai tapi terpandangkan Aisyah terus macam goyah pulak haha. Yelah aku kan still bfeed Aisyah so takmolah aku beria diet tapi Aisyah minum susu aku takde zat (walaupun dia dah makan). Tapi still aku nak bagi susu yang berkhasiat (konon la tu, alasan taknak diet haha)..

Malam tadi makan ni je weh oklah not bad :)

Takdelah, betul..Aku bukan nak kurus sangat dapat 55-50 kg pun dah ok sebab aku taknak kurus sangat. Tak cantik ok masa zaman remaja dulu aku kurus memang tak cantik, sekarang ni cantik sikit la kot :):):):) cuma nak buang la part berlemak-lemak yang tak patut tu..

Diet atkins ni takdelah susah mana sebab ikutkan time induction tu memang kena disiplin sangat ler memandangkan yang tak boleh makan tu banyak fav aku huhu. Tapi yang boleh makan time induction tu pun fav aku jugak esp ayam, daging dan telur. So takdelah susah mana tinggal jemu dengan tak je, plus macamana nak pelbagaikan menu tu. 

Less fat and all the calories, kurus tapi tak sihat pun tak guna kan. Yea aku pencinta karbohidrat dan gula juga..Tapi depends la, cuma aku kalah kalau nengok nasi dan segala lauk kampung, macam tak tentu arah gitu. Pastu pemalas nak senam, skipping pun malas tau nak melengkor jer camanalah badan tak naik.

Ok insya allah aku cuba, sebab nak ikutkan aku ni bukan pemakan sangat orangnya. Serius kalau aku dah makan sekali pagi, sampai ke petang aku boleh tahan. Even nak kunyah-kunyah pun aku rasa aku boleh tahan TAPI kalau ada orang ajak makan ke, ha tu memang lain cerita la :)

Aku belum mula diet atkins ni tapi a few days ni aku nak ajar diri jauhkan karbohidrat dan gula dulu, nengok mana yang aku boleh bertahan dan banyakkan minum air masak sebab aku memang susah nak minum air masak..Then kita ke langkah seterusnya..

Macam aku cakap bukannya nak kurus sangat, nak alter sikit here and there jer..:)

Sekian, thanks sudi baca :)


p/s - Tido lena malam tadi bila JDT menang..






5 comments:

  1. Selagi masih belum jejak 40an masih mudah nak dpt berat badan yg dikehendaki Huda
    Bila dah cecah 40 aje makin payah tau.. metabolism badan dah kian merosot.

    ReplyDelete
  2. mcm lieya dulu2...seminggu tak makan nasi laju jek turun berrat...sejak2 beranak dayyan, umur pun dah byk, kadar metabolisma kurang lambat nak turun...tu buat atkins tu....mmg berjaya....tapi lame2 muak plak hahahaah sudahnye daku puase je laa senang...berbuka mkn lauk2 jek....sebenarnye mase kite tgh pantang bersalin tu mase yg ok nak diet sebab badan cepat kecut...tapi tu laa kan dah menyusu anak lapar tahap raksasa plak haahahhahaahh

    caiyok ye huda!

    ReplyDelete
  3. betul tu kak.dya sejak dah beranak nih badan cpt sgt naik,sebelum nih tak makan nasi seminggu,berkilo2 turun,dya pun pilih berpuasa je selaim control makan jugak.hihihi

    ReplyDelete
  4. saya diet atkins ni pernah cuba buat.lepas tu pitam sampai berhari2 terus tak buat dah..nasik ni saya ok je kalau tak makan sebab memang tak diet pun nasik seminggu sekali dua je saya makan nasik.saya pun kalau boleh nak berat 50 je/.setakat ni BMI normal..kalau boleh nak kurus..heheheh..tapi tu la.bersenam malas..kalau saya jenis hari2 makan nasik mesti berat lebih dari 60.

    ReplyDelete
  5. Sama la nk diet jgk ni tp x tahan godaan perut ni.. hihi.. bile dh beranak n umur plk makin naik, berat badan susah nk turun kn..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...