10.6.15

Bila huda masak

Ohh pemalasnya nak update..Nak cerita pun tak tau nak cerita apa, sebab sama je. Ada jugak cerita tertunggak pasal adik aku kahwin tu tak abis lagi, hoi malas betul laa, nak jadik apa ni..

Ni la namanya cuti sekolah so update pasal makanan je la. Betul la kata orang makin anak besar, makin kuat makan, yang kecik tu pun bukan main lagi serupa jugak macam abangnya kuat makan. Yang Zara tu payah betul nak makan. Kadang aku terpaksa buat makanan yang hampir serupa je sebab ikut selera anak-anak. Ikutkan selera aku ni lain tapi kang anak-anak taknak makan terutama Zara tu la..Nak nengok dia makan banyak memang kena ikut selera dia jugak la. Kadang penat gak nak buat lauk lain-lain, so pasrah je la aku dengan mrhubby makan apa yang ada hehe.. 

 Puding roti ikut resipi emak Hanis Zalikha

 Roti jala yang kata adik aku kurang jaringnya
Memang first time ever buat ni, tapi mrhubby kata rasa pahit - maybe pada kuah kari kot

 Nasi Goreng Belacan simple jer

 Ayam masak halia dan telur mata masak kicap - dinner malam tadi

 Roti bunga inti tuna suka hati namanya :)

Mihun singapore dan lempeng kesukaan Zara dan sambal ikan bilis sikit
Zara n Zarif suka makan dengan gula..

Aku ni masaklah banyak kali resipi yang serupa tetap kena bukak hp (yang aku dah screenshot) ataupun aku google jer. Sampai mrhubby tegur, "eh b, dah selalu masak pun nak kena google jugak ke?" hahaha..Maybe level confident aku low kot pasal tu kena google, bila masak ikut cara aku cam tak sedap je...Yang penting prinsip aku tak sakit perut dah ok la tu..Setakat komen-komen jujur, ikhlas lagi berbisa dari mrhubby dan anak-anak ku telan jua..:)

Sekian..
Thanks sudi baca - #bilahudamasak






6 comments:

  1. Rajin nya masak hari2..saya yang tak kerja ni pun bukan hari2 tau memasak..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mood rajin, memang la memasak, cuba kalau tak rajin hehe

      Delete
  2. hehehe...roti jala tu yang sedap. lain kali buat cicah nga "kuzi ayam" pulak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...