24.11.16

Cerita birthday Mrhubby [28/10] dan Zara [17/11]

Assalamualaikum..

Oh wow, tahap nak menulis begitu merosot sekali. Apa la nak jadik ni.

Oklah aku hutang dua kisah birthday orang yang tersayang. Konon nak published on their birthdays tapi tinggal harapan..Maafkan saya yer..

Pertamanya of course la my mrhubby's birthday pada 28 Oktober yang lalu. Nak masuk sebulan baru ler nak masukkan dalam blog ek..

 Si kecik tu mengada je, birthday orang sama dengan birthday dia jugak hehe
Aku bake cake yang serupa je macam sebelum ni..Guna bahan apa yang ada jer..

Yeaa - Happy Birthday Abahh!!
Ni la semuanya anak-anak bapak hehe..

Untuk sayang - Happy 39th birthday..Next year going to 40s..Semoga terus setia dengan saya dan terus dengan kesabaran mendidik saya dan anak-anak. Dan diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu. Love u so much!


Keduanya adalah birthday anak kedua aku, Zara Afina yang ke 8 tahun pada minggu lepas iaitu 17 November 2016.

 Ok amik gambar sebelum pergi sekolah je..
Dah besar dah anak ibu ni..Rasa macam Zara ni baby je lagi, sebab tu sampai sekarang panggil dia adik lagi huhu..

Ohh ni lagi teruk ni..Buat cake hias dalam loyang je, huhu..
Ala ok jer .. kek pun simple macam aku pernah buat sebelum-sebelum ni, kan dah kata guna bahan apa yang ada jer.

Bila tanya Zara, dia nak apa untuk hadiah birthday, dia kata taknak apa..Cuma dia teringin nak makan nasi lemak ayam berempah dengan KFC je..Yup Zara peminat ayam goreng hehe. Ok, disebabkan harini hari gaji maka bolehla direalisasikan yea, hehe..

Last week memang busy so this week boleh spend quality time dengan anak-anak.

Happy Birthday Zara sayang ibu..Ibu selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak ibu. Semoga Zara terus membesar sebagai anak yang baik, solehah menghormati ibu abah serta orang lain. Moga Allah panjangkan umur Zara dan sentiasa dalam perlindunganNYA..Amin..


Lega betul dah tulis entry birthday ni hehe..
Thanks pada yang masih sudi lawat dan baca entry di blog ini.

Sekian....tata..

2.11.16

Pandangan peribadi aku tentang filem Train to Busan dan drama Surihati Mr Pilot

Memang aku agak terlambat dan ketinggalan untuk buat review ni semua. Tapi tetap nak jugak buat review ni. Memandangkan aku baru saja beli filem Train to Busan ni dari Astro first so hati sangat meluap-luap untuk buat ulasan.

1) Filem Train to Busan


Waktu semua orang semua sibuk bercerita pasal filem Train to Busan aku tak pernah kisah pun. Sebab aku dengar-dengar semua orang cerita filem ni pasal filem Zombie dan aku takde pun nak baca sinopsis atau pun review dari orang lain sampai la aku sendiri nak beli dari Astro First dan nengok sendiri. Knowing me, serius aku tak pernah minat dengan drama or filem Korea ekk, lepas ni boleh dipertimbangkan kot hehe..

Apa yang aku boleh cakap ek, sebagai pandangan peribadi aku bagi 5/5. Sebab aku rasa filem ni sangat beremosi sampai aku terbayang-bayang sampai tido. Sampai nak pergi kerja pun terbayang dan emo bagai...Lagi 10 ke 15 minit filem ni nak abis, lagi aku emooo, kenapa la ayah dia tu kena mati, kenapa?? Dan ada lagi satu pakcik ke orang tua yang pentingkan diri dalam filem ni, hoi angin betul aku, disebabkan penting kan diri, dia dah buat beberapa orang jadi mangsa zombie, at the end dia pun jadik mangsa gak tapi telah menyebabkan ayah budak ni mati, stress i..Haih entah la yea, dari mula cerita sampai la abis, semuanya serba laju dan buat aku tak tentu arah. Bukan semata-mata zombie saja, tapi filem ni sarat dengan pengajaran dan juga kasih sayang terutama kasih sayang dari ayah kepada anaknya. Aku ni kalau filem-filem yang membabitkan kasih sayang antara ayah dan anak, memang emo lebih tak tau la kenapa. Maybe seorang ayah ni susah nak tunjukkan rasa sayang dia kan, so bila dia tunjuk melalui tindakan, kita tau yang dia memang ikhlas sayangkan anaknya macam jugak dalam filem The Pursuit of Happiness tuu..Well done pada semua yang berlakon dalam filem ni. 

Bagi siapa yang tak nengok lagi boleh la nengok baik dari Astro First atau download je..Aku ni kalau bab download filem ni selalu fail tu yang terpaksa beli tuu, nyampah. Serius tak rugi langsung nengok filem ni..Segala kekurangan yang ada aku maafkan tapi aku rasa macam ok je haha..


 1) Drama Surihati Mr Pilot


Ok drama yang tengah hot meletup sekarang ni. Ok fine, bagi yang tak minat drama melayu memang akan rasa meluat dan menyampah la kan. Biasalah tipikal drama melayu kan.
Yea aku nengok ok. Walaupun aku tak pernah baca novel ni..Never ever. Sekarang macam dah tak sempat nak baca novel. Lagi satu aku bukanlah peminat Neelofa ataupun Fattah Amin. Langsung tak minat ok. Tapi tak tau kenapa bila nengok drama ni terus jadi minat, ala bukan fanatik pun, minat gitu-gitu je. Percayalah abis je drama ni semua tu akan berakhir haha.

Tak payahlah nak review kan drama ni, korang google bersepah kot orang cerita pasal drama ni. Cumanya aku pun tak tau la kenapa nak nengok drama ni maybe sebab aku suka dengan pilot tu pasal aku nengok. Memang la aku nengok drama ni tahap macam perempuan meroyan, senyum sorang-sorang tapi mrhubby aku langsung buat bodoh ok. Well knowing him dia memang tak minat dengan segala drama melayu ni. Sorry la, dia kan western haha, so layan movie omputih je laa..Tapi kan aku takde nya la tak nengok langsung filem atau drama lain. Dalam hidup ni kena fleksible la. Aku tak malu mengaku nengok drama melayu dan dalam masa sama aku layan semua rancangan even dokumentari dan sukan ok.

Memang kena terima hakikat penonton kita dah bijak, sometimes bila aku nengok drama atau filem melayu ni memang ada jugak rasa menyampah sebab ada benda-benda yang tipikal baik dari segi dialog mahupun props yang tak masuk akal. Tapi aku ignore jer, dan aku anggap diaorang tak cukup bajet je. Kalau tanya pendapat peribadi aku, rasanya lakonan Neelofa dan Fattah dalam drama ni okla dan boleh dipertingkatkan lagi...

Ok yang peminat-peminat meroyan semua nak suruh si Neelofa dan Fattah ni couple dan kahwin la, rileks2 ok. Aku rasa apa yang diaorang buat ni more to marketing strategy untuk naikkan rating drama je. Lain dari tu takde laa, saja je nak buat penonton drama ni terbuai-buai dengan khayalan haha..Well aku berpijak di bumi yang nyata ok..Like i said, I am so fleksible..I layan semua drama n movies..Dalam hidup kita ada pilihan, kalau kau rasa ok, kau layan kalau rasa tak ok then cari pilihan yang lain.

Ok, sekian dulu.
Thanks sudi baca!


19.10.16

Majlis Pembukaan Baking Studio kawan

Salam,

Gitulah niat kalau nak update cam gitu je la huhu..Mula-mula punyalah berkobar last-last terkubur jua hehe. Lately ni memang malas betul nak update, mula-mula kata sibuk lepas tu terus senyapp..Tapi disebabkan minat menulis ku turutkan jua.

Oklah ni aku update kisah pergi ke majlis perasmian dan pembukaan baking studio kek kawan aku petang Sabtu lalu. Mula-mula segan nak pergi tapi lepas tu ubah fikiran la, tak baik kan orang dah jemput cara baik meh la kita pergi, dapat makan kek sedap..

 Alahai comel betul baby ni..Bulat jer muka, Aiyah tu tak jeles tapi dia memang suka baby.

Amboi, penuh weh muka aku, dasar tak sedar diri, lagi abah dah kata aku ni dah berisi
lagi sedap aku melantak kek huhu..

 Besar jugak studio kek kawan aku ni, semoga terus berjaya dalam bisnes.
Oh yea, dia ni still kerja sebagai pegawai kerajaan tapi gigih buat part time, memang hebat!!

Alalala, handsome, comel dan cantiknya anak-anak ibu niii..
Besar dah semua kann..lagi-lagi si Zarif tu, lepas ni boleh la teman ibu g shopping..


Ok, meh kawan-kawan terutama yang duduk kat Parit Raja, Batu Pahat, Johor mahupun di Malaysia..Sesiapa nak order kek dari kawan saya ni, boleh la rajin-rajinkan diri nengok Instagram dia. Memang cantik-cantik keknya..Berseni betul dia buat kek yang sedap lagi cantik ni dengan harga yang sangat berbaloi...INSTAGRAM : TIMIE_CAKES
 




Ok..sekian, thanks sudi baca!

Nanti kita update lagi yea..

22.9.16

Baru nak update - Jomla follow Instagram

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama kan tak bersiaran dari blog ni. Betul..aku rindu sangat nak menulis sebab dah memang passion aku ni menulis so memang la suka menulis. Tapi kebelakangan ni terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku menyebabkan aku terencat nak menulis kat blog. Tapi aku agak aktif di Instagram.

So bagi yang ada akaun Instagram, boleh la follow aku (tapi aku private kan) so mana yang aku kenal, aku boleh terus approve. Kalau tak private, memang banyak je la yang follow, aku nengok jugak kalau dari insta business ni, tak semua follow..Sebelum ni banyak je yang masuk follow tapi penat dah aku unfollow balik. So tu yang terpaksa private tu..Harap korang memahami la yea. Ada jugak kawan-kawan blogger dalam list kawan aku..Jomla follow..




Tapi kadang tak jugak tiap hari aku update. Ikut mood jugak la. Sama la cam blog ni bila takde mood cam ni la dia...Lepas sebulan lebih baru nak tulis balik.

Tapi serius rindu nak menulis......Banyak perkara yang terjadi yang aku nak share sebab kepuasan aku adalah menulis dan boleh share dengan semua orang.

Next aku nak share kisah bila mak aku kena warded sebab sakit lung fibriosis dia haritu. Memang banyak aku nak share ni..Tunggu yeaa..Doakan kerajinan aku kekal ni hehe.

Thanks bagi siapa yang sudi jengah blog ni dan baca! Thanks..Thanks korang!

Love all...

Sekian ~

12.8.16

Cerita Panik - Bila Zara kena balik jalan kaki dari sekolah agama!

Kisahnya berlaku Rabu baru ni.

Dalam pukul 4 lebih gitu, mrhubby whatsapp aku yang waktu tu masih di ofis dan bagitau yang dia dan Zarif tertido sampai pukul 4 dan terlepas waktu untuk ambil Zara balik dari sekolah agama..

Dia terus bangun sebab teringatkan Zara..Dengan Zarif nya tak pergi sekolah agama sebab tertido. Yup selalunya mrhubby akan alert waktu Zara balik sekolah agama. Sebab waktu dia nak hantar Zarif pukul 3.30 tu adalah waktu dia kena ambil Zara sekali. 

TAPI, haritu nak jadik cerita kan. Maybe mrhubby penat sangat tu yang dia tertido dengan Zarif sekali, langsung tak sedar apa.

Dipendekkan cerita, mrhubby pun keluar la nak pergi ambil Zara ni kan, dia dah terperasan Zara yang kecik lemah gemalai tu dah sampai kedai dekat taman aku...Wehh, korang tau tak jarak dari sekolah agama tu kalau betul-betul ke rumah aku tu adalah nearly 1 km kot (anggaran je) tapi still jauh untuk budak baya Zara yang mana Zara kena jalan kaki dari sekolah agama tu keluar ke jalan raya besar lepas tu naik pulak jejantas besar, turun lagi ke tepi jalan raya nak masuk ke taman aku, grrrr....

Selama ni Zarif jalan kaki aku ok je sebab Zarif tu badan besar, ada taekwando..Memang aku yakin sangat kat dia plus dia ada kawan-kawan..Ni alahai Zara kot, dah la kecik cinonet je, lemah gemalai, takde taekwando..Perempuan kottt? Dahlah zaman ni macam-macam hal boleh berlaku kan..

Of course aku risau..Kalau apa-apa jadik kat dia kan susah. Lepas tu mrhubby kata bila jumpa dia, macam dia nangis sikit ke apa ke kan..Memang sejak dia sekolah rendah dan sekolah agama tak pernah la kitaorang lepaskan dia jalan kaki..Memang tak benarkan la. Zarif je kitaorang benarkan sebab macam aku cakap dia ada kelebihan sebab badan dia besar dan dia ada taekwando, huhu..

Haihh la, harap-harap la lepas ni takde la berlaku lagi kes camni. Alhamdulillah semuanya selamat kan. Tapi still aku risau. Aku dan mrhubby pun dah pesan kat Zara, kalau apa-apa jadik lepas ni kalau lambat ke apa ke kan, masuk balik sekolah agama jumpa cikgu mintak cikgu call kan kitaorang dan jangan jalan kaki lagi. Agaknya masa tu dia panik kot dah takde orang tu pasal dia jalan kaki sebab sepatutnya lepas balik sekolah agama tu dia ada kelas mengaji.

Dulu-dulu masa aku seusia Zara ni takde hal pun jalan kaki pergi balik sekolah agama, tapi tu duluu, takde kes-kes jenayah, rogol, culik dan lain-lain yang berlaku macam sekarang. Ni sekarang kita kena alert dengan keselamatan anak-anak. 

Semoga perkara ni jadi iktibar untuk aku dan mrhubby. Baru malam tadi aku bagitau mak aku sebab aku tau kalau aku bagitau awal confirm kena bebel dan mak akan risau. So malam tadi aku tido umah mak baru la aku bagitau, hehe..

Sekianlah kisah panik kitaorang. 
Yang penting alhamdulillah semua selamat.

Terima kasih kerana sudi baca.

3.8.16

Selamat Hari Lahir Mak!

Assalamualaikum..

Lemah betul nak update blog ni. Gigih hari ni disebabkan hari ni adalah hari istimewa untuk orang yang istimewa so aku kena update supaya tarikh ini ada kenangan.

It's mom's special day. 3/8/2016 adalah hari lahir untuk mak yang ke 64 tahun. Alhamdulillah, semoga mak diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dirahmati dan dilindungi Allah selalu dalam hidup. Tak ada apa yang aku nak melainkan mak kekal sihat dan masih ada bersama dengan keluarga.

Nothing much to say sebab terlalu banyak mak buat untuk keluarga, mak terlalu baik untuk segala-galanya. Semoga mak terus bahagia bersama keluarga tersayang hendaknya.

Happy Birthday to u again mak! Love u so much!!!

20.7.16

Kisah Raya Pertama 2016

Oklah meh la kisah raya pertama. Takmo simpan lama-lama nanti terus tak update. Nengok je lah gambar yea..

Sebenarnya konon nak tema kaler merah tahun ni, tapi hampeh. Tema entah ke mana-mana. Jumpa baju Zara dengan Aisyah kaler purple pink ni terus la semua ikut beli warna yang lebih kurang sama. Entah kenapa aku tak yakin dengan kaler merah huhu..Nengok orang lain pakai cam cantik je kan.

 Sorrylah agak tak senonoh di gambar, maklumlah dah mula makan, selalu aku akan amik gambar makanan dulu tapi tak sempat la haritu busy..

Budak berdua ni siap dulu.
Jubah tu beli kat bazar je. Sekarang kat tengah trend letak dokoh-dokoh ni, aku konon nak cabut takmo sama dengan orang lain tapi mrhubby kata jangan cabut sebab dia nampak cantik..Okla tu so pasrah je la kalau merata jumpa orang pakai jubah lebih kurang macam ni hehe..

Aku lebih suka Zara tu pakai tudung sarung dari shawl, tapi dia ada je la shawl tapi aku yang pemalas nak pakaikan. Kang tak lama dah senget benget..Dah la dia ni kaki tido, kang aku yang meroyan nengok shawl dia tak betul kat dalam kereta..

 Eh mengada nak interframe jugak, rasa macam melebar jer..


Lepas habis solat jomlah kita saling bersalaman meminta maaf.


Adik bongsu yang masih single lagi

Raya tahun ni macam suram la sikit sebab out of 5 siblings, yang balik adalah dua..Aku kalau tak balik memang nak kena hempuk la dengan mak aku kan haha..So aku memang dah jatuh kategori wajib ada ok.

Adik ketiga dan adik lelaki aku tak balik kali ni. Maklumlah kg mertua semua jauh so kenalah ada giliran, takpe kitaorang faham lagipun bulan puasa haritu diaorang dah balik jumpa parents aku dulu. Adik kedua memang time raya kedua baru dia balik. Tiap tahun memang camtu pun so memang kitaorang faham la kan sebab ada sistem giliran kan..Yang penting raya mesti ada orang kat rumah..

 Family aku dengan mak abah
Hamik kau, senada je semuanyaaa, kontra betul dengan kaler dedaun hijau kat belakang tu..

Anak-anak aku dengan mak abah..

Selesai semua sesi bergambar jomlah balik kg mak kat Rengit Batu Pahat. Ala dalam 40 ke 45 minit gitu perjalanannya.

 Pose wajib kat jambatan ni setiap tahun hehe..
Nyampah betul Zarif boleh tak pakai songkok la pulak..

Freestyle la pulak..

Pose lagi..Aiyaa

Mabuk la korang nengok pose kitaorang je ek..Tabah dan redha la..Time raya ni je la nak beria bergambar. Oh ye raya tahun ni je la mrhubby dengan Zarif pakai ala style Sultan Johor gitu, takmo sut lengkap, nak pakai baju melayu dengan slack hitam..Suka hati la kan, aku follow jer. 

Sesudah beraya kat dua rumah makcik aku kat Rengit meh la bertolak ke Pontian pulak..Ha nampak tu, apa daa, perjalanan jauh sangat kan so memang kena tido la, ngantuk kot. Si kecik memang aku mandikan weh sebab panas sangat kan..Zara tu pun baru lepas mandi jugak tapi aku suh sarung balik baju tu huhu..Pasrah la kan sebab aku nak dia pakai jubah tu sampai petang.

Lentok abis Zara ni..

 Nampak si Aisyah tu, habis dah jubah entah ke mana hehe..
Panas kan, so aku maafkan je la dia pakai baju lain.

 Ni kat rumah last di Benut Pontian, pose kat pondok ni pun wajib gitu tiap tahun
Tapi tahun ni ada kes tragik sikit...

Aisyah boleh jatuh dari tangga batu kat pondok tu, tapi anak tangga yang last la, kepala kena kat lantai..
Mendapatlah luka dan benjol tu..Tapi aku diam je tak bagitau parents aku, takut kott..Aku upload kat instagram, baru mak aku dapat tau, alhamdulillah takde apa-apa..Biasalah budak tengah hyper kan..


Oklah sekian cerita raya pertama 2016. Nanti aku nengok ada kisah raya kedua tak sebabnya raya kedua tu aku dok rumah je layan tetamu tapi ada kisah tragik jugak laa..Nanti aku tuliskan kisahnya yeaa..

Sekian, thanks sudi baca!










14.7.16

Cerita Pra Raya 2016

Oklah sebelum cerita pasal hari raya kita cerita dulu sebelum raya tu yea..

Aku dah mula amik cuti start dari Ahad 3 Julai..Amboi bukan main lagi tahun ni aku beria betul amik cuti, dah ler dapat cuti khas 10hb tu, lepas tu rasa tak cukup lagi aku sambung pulak hari Isnin 11 hb tu lagi hehe..Total aku amik cuti raya kali ni adalah 4 hari, bukan main lagi..Kalau tahun-tahun sebelum ni setakat dua hari je takpun tiga hari la paling lama...

Oklah jom layan gambar yang tak seadanya ni..

 Aku ada la amik order biskut walnut choc chip yang simple je. Ala biskut yang mudah je kot. Bukak order pun tak banyak pasal kemampuan aku terhad tapi alhamdulillah..Terima kasih yang order dan beli dengan aku..kalau ada kekurangan mohon maaf..Tapi kalau nak order bila-bila pun tak kisah..Buat cookies ni kat rumah aku rasa tak sempat tetamu datang dah abis, camana la niii..

 Terima kasih en bos..Moga dimurahkan rezeki sentiasa yea, Amin..
Syukur alhamdulillah.

 Kad raya dari adik lelaki aku. Memang dia lukis sendiri ni pasal dari kecik memang dia suka lukis.
Suka parents aku dapat kad dari satu-satunya anak laki dia. Pergi beraya pun bawak kad raya ni ok.
Maklumlah kali ni giliran sebelah mertua so dia tak balik Batu Pahat, so syahdu la sikit..

Oh ni adalah small token yang aku bagi pada orang-orang yang special utk raya.
DIY jer sebab bahan-bahan ni semua ada kat rumah, daripada terbiar je, biarlah kita hias kan..

 Sehari sebelum raya aku mintak anak-anak aku buat biskut cornflakes ni.
Yelah bagi diaorang rasa moment nak raya buat biskut semua kan..Biskut cornflakes je pun, mudah sangat..Tu pun diaorang asik bising je, "eh banyak lagi ke nak kena buat?" Padahal aku beli cornflakes kotak kecik je, belum lagi kotak besar...

Dapat hadiah basikal dari jiran depan rumah. Anak-anak dia dah besar remaja takmo naik basikal lagi tu pasal bagi kat anak-anak aku. Rezeki di akhir Ramadhan, terima kasih jiran. 

 Ko nengok, nak balik rumah parents aku yang jaraknya adalah dalam 17 ke 18 kilometer je..Tapi sesak jugak la nengok barang yang nak di bawak hehe..Mengalahkan kampung yang jauh je kan..Oklah tu at least ada feeling nak balik kampung ok..

 Sebelum balik rumah parents, kemas rumah dulu dan isi siap-siap segala kerepek dan kuih-kuih..Alahai aku rasa banyak orang dalam rumah ni yang makan berbanding tetamu luar huhu..

Terus lengang jalan kat area rumah aku ni. Kereta student langsung takde. Kebetulan diaorang terus cuti 3 bulan. Bulan 9 nanti baru  naik sem baru. Ni kalau hari biasa dan student ada, kiri kanan kereta penuh ok..

 Malam raya bermulalah tugas aku kat dapur tolong mak. Pisau pink aku - bagi semangat sikit nak mengupas bawang dan lain-lain, tajam ok pisau tu..Masa baru beli bulan puasa haritu, aku punya teruja nak guna, sampai jari sendiri pun luka - pisau makan tuan huhu..

Malam raya jugak abah busy kemas rumah dengan adik bongsu aku. Dan hias bunga. Yup abah aku yang hias bunga semua bukan kitaorang. Aku takde bakat la, abah aku ni jiwa seni kalau dia campak-campak bunga tu pun tetap jadi cantik, tak macam aku, takde bakat..


Oklah sekian dulu entry pra raya..Nanti-nanti esok lusa kita sambung cerita pasal raya pulak yea..

Thanks sudi baca entry ni.
Sekian..















10.7.16

Salam Aidilfitri 2016


Mohon maaf andai ada salah silap, terkasar bahasa dan terguris hati semasa memberi komen di blog-blog kalian. Moga kita semua dapat menikmati Syawal ini dengan saling menziarahi kaum keluarga, saudara mara dan merapatkan ukhuwah sesama kita. Pelihara hubungan yang baik sesama manusia semoga Allah merahmati semuanya. Semoga kita semua selamat dalam perjalanan ke mana-mana destinasi, in sya allah.

Sekian..
Salam sayang;

-Nurulhuda dan keluarga-

22.6.16

Ceritera 17 Ramadhan & Susu Kurma sedap

Assalamualaikum,

Harini ada kawan-kawan yang bercuti kan sempena Nuzul AlQuran? Selamat bercuti yea..Bolehla jalan-jalan cari baju raya hehe..

Ok.Kejap je dah 17 Ramadhan kan, kurang dua minggu lagi dah nak masuk Syawal. Lepas tu Ramadhan pun berlalu pergi, ehh sedihnya..Entah boleh sambut lagi ke tak puasa next year kan..So marilah sama-sama manfaatkan bulan Ramadhan yang mulia ni. 

Weekend ni dan minggu depan dah nak kena buat biskut raya - ala cookies choc chip je ok haha, biskut paling senang je, anak aku Zara pun boleh buat..Alhamdulillah ada orang order, ala biasa je pun. Aku takdelah open order besar-besar sebab tau kemampuan diri. Oven pun tak besar, nanti la tunggu kalau oven aku besar boleh la orang nak order. Ni setakat buat suka-suka je. Banyak kerepek je kat rumah ni dari biskut raya sebab orang sekarang ni datang lagi suka makan kerepek plus kita sebagai tuan rumah ni nanti sibuk-sibuk nak masak benda lain kan...

Oklah jom nengok apa ada untuk entry kali ini;

Weekend lepas tekak ni teringin nak makan marble cheese kek, tapi bahan yang ada tu terhad termasuklah gula kaster dan creamcheese tapi diri ni nak jugak buat, ha buatlah kau tapi terkurang bahan..So pasrah dan redha je la..Memang tak pernah buat ok, first time buat la..

 Yang buat corak ni mrhubby

Oklah jadik tapi kurang manis, tapi makan jugak hehe
Tapi aku nak cuba buat marble yang lain yang aku rasa lagi lembut dari yang aku buat ni

Nanti kalau dah buat aku tepek gambar kat sini lagi ok hehe

Kan kat fb banyak orang share pasal buat susu campur kurma untuk tenaga kan..Aku dah pernah buat sebelum ni memang sedappp..Tapi time puasa ni tak terbuat-buat lagi. Niat nak buat tu dah banyak kali tapi sampai ke sudah tak terbuat lagi. 

Satu hari mrhubby tunjuk gambar susu kurma ni;


Ada kawan dia jual kat sekolah, dia tanya aku nak beli tak? Mula-mula aku takmo beli sebab rasa macam boleh buat sendiri kan. Lagipun aku tak tau apa review orang yang dah minum susu ni. So aku biarkan kawan-kawan dia beli dulu susu ni dan minum dulu..Beberapa hari lepas tu, ramai kawan dia dok repeat order cakap sedap, so aku pun terpengaruh la nak beli..Ok memang sedap, boleh lalu di tekak hehe.

Dan anak-anak aku tetiba la pulak boleh minum dan cakap sedap. Padahal sebelum ni bila aku buat, semua takmo minum sebab diaorang kurang gemar makan kurma. Lagi best esoknya Zara boleh kata, "Adik rasa bertenaga ibu lepas minum susu kurma tu, kawan-kawan adik cerita pasal makanan pun adik sikit pun tak lapar tau.." --- nampak tak propa haha..

Setakat ni macam tak de jual kat pasaraya pun, lagi senang order dengan kawan mrhubby tu..Tau-tau dah sampai kat tangan. Harga RM8, tak taulah orang lain kalau beli dapat murah dari ni..Korang yang tak beli lagi boleh la beli, kalau rajin baik buat sendiri ok..


Ini pulak ada lauk buka puasa semalam - paprik ayam dan telur dadar je. Ni adalah lauk fav anak bujang aku si Zarif tu. Dia kalau makan ni berkali-kali boleh tambah. Personally paprik ni pun memang fav aku jugak. Time dating dulu memang banyak kali aku makan ni, sampai mrhubby tanya, tak jemu ke asik makan paprik je hehe..

Ikutkan semalam aku nak beli je makanan tapi aku macam tak yakin la nak beli makanan kat luar (kecuali dari penjual yang aku yakin je la), so dalam penat-penat semalam gigihkan diri la jugak masak..Ala paprik ni la senang sebab kau campak je sayur semua kat dalam tu..Yang penting habis makanan kan..

Oklah, selamat bercuti pada yang bercuti. Aku dah mula isi tarikh cuti, yeayy, tiga hari je..
Thanks pada yang sudi baca yea!

Sekian..




14.6.16

Cerita Ramadhan 1437H

Alhamdulillah hari ini dah 9 Ramadhan 1437. 
Sekejap je kan.

Minggu depan confirm dah berkumandang lagu raya. Pejam celik, pejam celik tau-tau esok dah raya, huhu..

Setakat ni puasa alhamdulillah masih lagi lancar, masih lagi boleh bangun sahur dan anak-anak pun cergas je time bangun sahur, tak memilih sangat makanan walaupun sahur kitaorang mostly makan roti je..Tapi memang diaorang ok je. Walau pun dah sekolah dan petang tu semua mulalah dah letih tapi alhamdulillah ok jer..Mudah-mudahan semua pun ok je la sampai ke akhir nanti, insya allah.

Setakat ni memang aku masak sendiri je tapi ada jugak ke bazar tapi jenguk-jenguk dan nengok-nengok la hehe. Takat beli kuih sejenis dua gitu, lepas tu bila aku dapat stok frozen karipap dah tak beli kuih kat bazar lagi terus goreng kuih sendiri je la. Lagi puas dapat makan kuih karipap panas-panas. Budak-budak kat rumah ni bila goreng karipap panas laju je semua abis makan. Cuba kalau beli, lambat betul nak habiskan..

Kadang memang buntu nak masak apa, tapi mrhubby dah bagitau dari awal, jangan bazir masak. Biar sikit tapi abis. Kadang lepas terawih lapar la jugak, tapi setakat ni ok je la. Makan je la cookies ke apa je yang ada untuk alas perut. Aku memang biasanya takde nak kunyah ke makan lagi kecuali kalau betul-betul lapar sangat, takpun kunyah je la kurma yang ada yea tak hehe..

Ni antara menu yang aku sempat amik gambar haritu, lain dari tu tak sempat la pulak nak amik gambar huhu;

Eh ni menu berbuka hari apa ek, bukan main semua mengejar sotong tu. Buat sotong masak kunyit berkuah, redha je la masa masak tu harapla rasanya ok..Alhamdulillah licin terus sotong ni..

Ni pulak menu buka puasa hari keempat - Ayam masak kicap - Brokoli goreng - Sambal goreng tempe dan bilis - karipap pusar daging (frozen goreng sendiri)


Senang kata semua yang aku masak ni majoritinya habis ler. Memang mrhubby tak bagi simpan sampai sahur sebab dia sendiri tak sahur makan nasi, tu pasal masak sikit-sikit jer, yang penting abis..


Haritu kat fb aku banyak la pulak orang dok share pasal buat popia ni..Sumpah aku memang tak reti sangat buat popia ni..Tapi bila dah berlegar kat fb aku, terus rasa teringin nak makan panas-panas. So mehla kita menggulung popia ni kan. Ala boleh la tu, gambar atas tu hasil kerja aku, mrhubby dengan Zarif.

Intinya aku ikut sama macam kat fb tu kubis dan carrot yang disagat/dihiris halus..Zarif dan Zara ni manalah suka makan sayur sangat tapi bila buat inti popia sayur ni habis dimakan la pulak, pun laju jer abis. 

Ha ginilah kejadiannya selepas digoreng, nampak molek gitu hehe..Masa ni bawak balik ke rumah mak, so time nak makan buka tu dah sejuk dan kurang molek sikit..Kalau makan time panas memang crunchy la..Kalau buka kat rumah kuih yang nak digoreng memang aku goreng dah nak hujung-hujung supaya panas gitu..Macam tu jugak dengan air panas, pun biar panas betul huhu..


Alhamdulillah setakat ni tu je yang ada gambar. Aku suka je nengok orang share menu buka puasa ni. Takde la aku rasa orang nak riak ke apa ke kan. Yelah, bila orang share ni dia memberikan inspirasi nak masak apa, itu je.

Untuk menu buka petang ni tak pasti apa, serasa-rasa macam nak makan sardin la pulak, pastu teringin nak sup ayam la pulak, hmmm nengok la camana kan..

Oklah thank sudi baca.
Sekian ~






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...