8.3.16

8 Mac pelbagai kisah

8 Mac 2016 -

Terima kasih Allah atas pinjaman nafas yang kau berikan sehingga tarikh ini. Syukur masih mampu bangun dengan sihat dan menatap wajah-wajah yang tersayang, terima ucapan dari mereka yang tersayang yang dekat di hati..Itu satu nikmat yang sukar digambarkan..Thanks Allah. Terima kasih mak yang lahirkan aku 37 tahun lepas, dan masih lagi ada sampai sekarang ni, masih tak jemu-jemu menasihatkan aku untuk selalu jadi insan yang terbaik, alhamdulillah, syukur sangat-sangat!

Harini aku puasa..Rasa dah berhari-hari sejak minggu lepas makan macam-macam so kita nak rest kan perut, baik la puasa, semalam tak puasa, tapi hari ni pulak puasa, ok la kan...Esok dengan lusa pun macam nak puasa jugak..Lagipun Ramadhan pun dah kurang dari 100 hari kan.


8 Mac 2016 -

Genap 2 tahun kehilangan MH370. Sampai sekarang takde khabar berita, entah kan hidup ataupun mati. Asyik keluar cerita terjumpa serpihan kat sana sini yang tak pasti kesahihannya. Aku pun tak tau apa yang nak diharapkan lagi, doakan yang baik-baik saja dan kehidupan tetap perlu diteruskan meskipun kehilangan orang tersayang tanpa khabar berita. Percaya la segala apa yang berlaku semuanya dengan kehendak Tuhan jua..Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala yang terjadi.


8 Mac 2016 -

Sambutan Hari Wanita setiap tahun. So Selamat Hari Wanita untuk semua wanita-wanita hebat di sana, semua pembaca blog aku, termasuk diri aku sendiri. Yea harus diakui aku memang wanita hebat meskipun ada kekurangan, hehe..Kita semua wanita hebat kan? 

Thanks kerana sudi baca!
Sekian, semoga hari ini menjadi lebih baik dari hari semalam teruslah positif dalam menempuhi hidup!

Love all....


2 comments:

  1. Kakak pun ingat tarikh hari ini birthday Huda sebab sama dgn tarikh MH370 yg menjadi misteri hingga kini.
    Happy birthday Huda:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ingatan akak pada saya...:)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...