28.3.16

Makan di Restoran Kari Kambing 40 hari

Rabu lepas encik bos ajak ke Kluang nak uruskan perihal tiket dia dengan Air Asia nak ke Indonesia. Oklah memula ingat kena keluar dengan dia dua orang je, mujurlah encik bos ajak lagi dua orang member ikut..Kalau tak ngeri jugak keluar berdua je dengan bos..

Okla lepas settle semua kerja kat Kluang, perut pun dah mula berbunyi. Aku cakap dengan encik bos yang aku dah lapar haha. Yea aku dengan encik bos memang direct je pasal dia pun direct je dengan aku kan, so takde nak cover-cover ok. Hakikatnya memang dah lapar betul dan sebelum tu dia memang dah cakap nak belanja makan.

Otw nak balik dia kata jomlah kita makan kat Kari Kambing 40 hari..Seingatnya aku baru first time ke restoran ni, itupun tahun lepas mrhubby bawak untuk breakfast.

Kali ni nak lunch pulak kat sini weii..

Aku takdelah nak amik gambar beria, pasal datang waktu lunch, memang orang tengah ramai la kan, segan pulak nak amik gambar banyak-banyak. Ni pun aku gigih ler amik gambar makanan ni padahal kiri kanan ramai orang huhu..

Now you see...

Now you don't hehe...

Ok pakej dulang ni harganya RM45 siap sejug air sirap. Memang portion untuk 4 orang ok. Kalau 4 orang lelaki memang sekejap je habis kot, tapi yang makan ni sorang lelaki dan 3 perempuan, jenuh ok nak habiskan..Aku rasa kalau sedulang ni kena 6 orang perempuan makan kot..Kalau lelaki 3 orang pun boleh habiskan tauu..

Korang boleh pilih nak ayam dengan kambing ke, atau kambing semata ke atau ayam semata kan..Aduhh sedap la pulak nengok gambar ni huhu..

Kalau sepinggan harganya RM12. Rasa macam nasi arab kot, dan daging kambing tu diaorang masak ala akikah gitu so ada manis sikit la..Ikutkan aku kurang gemar makan kambing, tapi masa mrhubby first time bawak ke sini, aku boleh makan roti canai cicah kari kambing ni, memang sedapp. Itu ikut tekak aku la kan, lain orang kan lain citarasanya.

Haritu masa upload gambar ni kat fb, ada kawan aku tanya kenapa namanya kari kambing 40 hari?? Aku sebenarnya antara tau dan tak tau, tapi tak yakin nak jawab..Lepas tu mrhubby dah tolong jawabkan hehe. 


So pada korang yang nak pergi silalah google dan waze ya. Kedai ni takdelah jauh sangat kalau dari Air Hitam Johor tu, macam jalan nak ke Yong Peng. Kalau korang ikut highway nak ke Selatan memang boleh nampak la kedai ni dari highway (lepas tu exit ler Air Hitam). Lepas tu waze je la pasal tak jauh pun. Lain kali kalau aku pergi lagi, aku boleh detailkan info. 

Apa-apa boleh google je ye kawan-kawan semua. Ingat nanti nak bawak la parents dan adik beradik aku ke sini. Kedainya pun dah ditambahbaik, luas dan agak selesa berbanding sebelum ni.

Oklah sekian cerita untuk hari ni.
Thanks sudi baca!

 




6 comments:

  1. Pernah nampak restoran ini masa ke Johor tempohari tapi tak singgah... :)

    ReplyDelete
  2. Alahai Huda... buat kakak teringin pulak nak ke sana
    Memang sedap kakak tahu tapi lama dah kakak tak singgah
    Nantilah bila ikut abang pergi projek site dia kakak nak ikut dan singgah sini:)

    ReplyDelete
  3. Johor paling jauh akak sampai Muar je tapi kalau ada peluang nak jugak singgah sebab dok tengok ramai kawan2 dok kongsi cerita kedai ni.

    ReplyDelete
  4. lama tak pi kluang weiiii...tanah tumpahnya darah ku...huhu...

    nampak sedapnya la hai...tapi kalau aku, confirm amek ayam sebab tak makan kambing...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...