Showing posts with label Kerja sekolah zarif. Show all posts
Showing posts with label Kerja sekolah zarif. Show all posts

29.3.11

Ingat satu sekolah ke?


Salam,

Borang daftar sekolah rendah zarif aku dah settlekan last week, sekarang nak uruskan borang sekolah agama pulak. Ada 2 set borang, ni borang yang kena tulis jawi ni..alahaii, terasa lemah badan..

Lama dah tak tulis jawi ni..Lagi pulak cara tulisan jawi sekarang ni dah lain dengan zaman aku dulu-dulu, tapi takperlah, aku kena buat yang terbaik..Chaiyok..Lagipun malu la kalau orang Johor tak reti tulis jawi kan?..

*Zarif punya confident ingat dia hanya sekolah kebangsaan je, dia terlupa yang dia ada sekolah agama..haii, kuruslah zarif tahun depan..*

Perkembangan dan berkembang


Salam,

Apa ni zarif? Bulan lepas kata dah kurus?? Bulan ni boleh pulak naik 1 kg. Apa la yang dia makan eh? Nak kata aku masak sedap-sedap tak jugak, lagi pemalas nak masuk dapur adalah..huhu.

Dah 2 hari aku tak bawakkan bekal, diet la konon2nya..hehe..Tapi tinggi zarif setiap bulan makin bertambah eh.. Amboi, jap lagi lebih tinggi ler dari aku..:)

23.3.11

Ibu jadik anak murid

Salam,

Hari ni adalah hari yang sangat bz melampau..macam tak menang tangan gitu..Balik rumah petang tadi pun tinggalkan kerja cam gitu je..esok kena settlekan kerja yang berlambak tu.

Ha, ni gambar malam tadi di saat aku menyiapkan kerja sekolah si zarif. Setakat buat nombor 6 je..Nampak macam tulisan budak-budak tak? :) Tak ke? Ala..kira halal la..Zarif boleh dah tertido sebelum sempat dia buat kerja sekolah..hmm, sabar jelah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...