6.1.12

Masih tak sedar diri

Mungkin akan dijadikan salah satu azam tahun baru ini;

PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR

Sungguh..aku adalah insan yang paling tak suka pakai tali pinggang keledar baik aku sebagai penumpang mahupun aku sendiri yang drive kereta..

Yang pasti kalau aku naik kereta dengan parents aku, mak akan jadi insan yang baik dan sentiasa pesan suruh pakai tali pinggang keledar tu..Tak sampai hati, aku akan pakai..Takkan nak suruh mak naik kereta dengan aku baru nak sedar diri?

Padahal dah tau keburukan kalau tak pakai tali pinggang keledar ni..haishhh...





Ni sekolah betul..

Indah dan tenangnya pagi jumaat ini. Belum pukul 7 aku dah sampai ofis ni, memang awal sangat. Seram pun ada gak tapi ok jer.

Bagusnya datang awal ni, udara pagi segar, kereta tak banyak, ada masa sarapan, ada masa untuk blogging dan blogwalking ke blog kawan-kawan, dan macam-macam lagi..:) Pagi ni bawak bekal roti je, simple..

Macamana zarif sekolah hari kedua semalam? So far ok je, bersemangat waja je aku nengok. Dan malam tadi dia ada kerja sekolah perlu disiapkan, itupun baru buat sikit kata dah ngantuk..Kesian dia, tak lama lepas tu dia tertido, aku la yang sambung buat, ala kerja mewarna jer..

Balik sekolah dah tengahari, lepas tu bersiap ke sekolah agama. Balik sekolah agama pukul 3.30 petang, terus sambung pergi kelas mengaji sampai pukul 4.30 atau pukul 5.00. Sampai rumah, salin baju, solat asar pergi main pulak. Budak laki kan, kang kalau tak main dengan kawan-kawan susah pulak. Biarlah dia main bagi keluar peluh..

Mungkin baru lagi ni dia nak adjust dengan keadaan baru, lama-lama nanti dia oklah. Cuma aku kerap ingatkan dia, "Ni sekolah rendah tau, sekolah betul, bukan sekolah tadika yang boleh main-main tu..Kalau ada kerja sekolah kena siapkan, bukan macam sekolah tadika.."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...