Indah dan tenangnya pagi jumaat ini. Belum pukul 7 aku dah sampai ofis ni, memang awal sangat. Seram pun ada gak tapi ok jer.
Bagusnya datang awal ni, udara pagi segar, kereta tak banyak, ada masa sarapan, ada masa untuk blogging dan blogwalking ke blog kawan-kawan, dan macam-macam lagi..:) Pagi ni bawak bekal roti je, simple..
Macamana zarif sekolah hari kedua semalam? So far ok je, bersemangat waja je aku nengok. Dan malam tadi dia ada kerja sekolah perlu disiapkan, itupun baru buat sikit kata dah ngantuk..Kesian dia, tak lama lepas tu dia tertido, aku la yang sambung buat, ala kerja mewarna jer..
Balik sekolah dah tengahari, lepas tu bersiap ke sekolah agama. Balik sekolah agama pukul 3.30 petang, terus sambung pergi kelas mengaji sampai pukul 4.30 atau pukul 5.00. Sampai rumah, salin baju, solat asar pergi main pulak. Budak laki kan, kang kalau tak main dengan kawan-kawan susah pulak. Biarlah dia main bagi keluar peluh..
Mungkin baru lagi ni dia nak adjust dengan keadaan baru, lama-lama nanti dia oklah. Cuma aku kerap ingatkan dia, "Ni sekolah rendah tau, sekolah betul, bukan sekolah tadika yang boleh main-main tu..Kalau ada kerja sekolah kena siapkan, bukan macam sekolah tadika.."
ada sekolah main-main ya huda...hihi.
ReplyDeleteTp kan sekolah yang main-main tu yurannya lagi mahal dari sekolah betul tu ha...hehe
@~ yus ~ memang pun kak yus, sekolah tadika memang lagi mahal kan..
ReplyDeleteBetul kata Yus tu Huda tadika bayaran lagi mahal tapi macam anak kakak yg sekolah menengah sebab sekolah bawah kelolaan MAIJ dan JAIJ bayaran pun cecah ribu juga...
ReplyDeleteZarif masih kecik perlu main juga betul tu...
Dulu ms sblm ade anak, sy selalu ikut hubby kua g keje awal2 pagi. Hubby masuk keje kul 6.30...mak aihh! Mmg awal gile kan? Sempat ley tdo g sbb sy start keje kul 9...
ReplyDeleteMelampau betul...