Kena belanja RM200 > dalam satu resit dekat Carefour, barulah dapat voucher ni. Oklah kan, bolehlah beli susu Zara 2 pek, kalau kena tambah pun tak banyak, sikit jer..Tapi voucher ni valid sampai hujung minggu ni je, so kena cepat-cepat..
1.3.12
Rancangan 30 Minit Ustaz Don
Menyesal sebab dari awal tak buka rancangan ni. Entah kenapa malam tadi boleh tertekan chanel TV Al-Hijrah sebab bosan takde cerita yang menarik kat chanel lain.
Dan hati ini betul-betul dah jatuh cinta..Kata orang cinta pandang pertama. Mungkin aku ketinggalan dari korang semua tapi takpelah, sekurang-kurangnya Tuhan dah gerakkan hati aku untuk tonton rancangan ni dan insyaallah aku cuba takmo ketinggalan episod-episod akan datang.
Rancangan 30 Minit Ustaz Don ini memang satu rancangan ilmu yang sangat bermanfaat bagi setiap golongan, dan pastinya aku pun tak terkecuali. Lama dah tinggalkan sekolah agama, so bila nengok rancangan ni umpama kita recall balik segala apa yang pernah kita belajar dahulu.
Cara penyampaian Ustaz Don yang sangat bersahaja dan aku dapat rasakan begitu dekat dengan penonton. Malam tadi aku nengok rancangan ni dengan Zara dan mrhubby (Zarif dah tertido). Zara pun nampak excited sangat.
Aku baru google tadi ni dan baru tau rancangan ni setiap Isnin hingga Rabu jam 10.00 hingga 10.30 malam (tapi baca kebanyakan blog kata 10.30 ke 11.00 malam, ke masa dah berubah, diawalkan kot). Walaupun 30 minit tapi aku rasa ilmu yang disampaikan itu cukup dan padat. (Lepas ni kena salin nota la).
Pada yang belum pernah nengok lagi, mungkin korang patut nengok, percayalah korang akan jatuh cinta macam aku juga..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)

