1.3.12

Rancangan 30 Minit Ustaz Don

Menyesal sebab dari awal tak buka rancangan ni. Entah kenapa malam tadi boleh tertekan chanel TV Al-Hijrah sebab bosan takde cerita yang menarik kat chanel lain. 


Dan hati ini betul-betul dah jatuh cinta..Kata orang cinta pandang pertama. Mungkin aku ketinggalan dari korang semua tapi takpelah, sekurang-kurangnya Tuhan dah gerakkan hati aku untuk tonton rancangan ni dan insyaallah aku cuba takmo ketinggalan episod-episod akan datang. 

Rancangan 30 Minit Ustaz Don ini memang satu rancangan ilmu yang sangat bermanfaat bagi setiap golongan, dan pastinya aku pun tak terkecuali. Lama dah tinggalkan sekolah agama, so bila nengok rancangan ni umpama kita recall balik segala apa yang pernah kita belajar dahulu.

Cara penyampaian Ustaz Don yang sangat bersahaja dan aku dapat rasakan begitu dekat dengan penonton. Malam tadi aku nengok rancangan ni dengan Zara dan mrhubby (Zarif dah tertido). Zara pun nampak excited sangat.

Aku baru google tadi ni dan baru tau rancangan ni setiap Isnin hingga Rabu jam 10.00 hingga 10.30 malam (tapi baca kebanyakan blog kata 10.30 ke 11.00 malam, ke masa dah berubah, diawalkan kot). Walaupun 30 minit tapi aku rasa ilmu yang disampaikan itu cukup dan padat. (Lepas ni kena salin nota la).

Pada yang belum pernah nengok lagi, mungkin korang patut nengok, percayalah korang akan jatuh cinta macam aku juga..:)



7 comments:

  1. Zakiah tak dapat tv al hijarah, tapi sebab ustaz don punya pasal zakiah dah donlod rancangan 30 minit tu di youtube..hihi..tapi sayang bukan semua ada..huhu

    kebanyakkan ceramah dia memang menyentuh hati..kadang-kadang boleh nangis..tambah2 bab anak...cuba akak cr ceramh dia utk prog. brainy bunch pasal anak aset ke syurga..

    apapunn rancangan 30 minit tu memang bagus...ustaz don amik perkara asas saja..tapi itulah yang dia tekankan betul2 sebab banyak kita buat silap...bila benda2 tu kita tak sedar buat silap, walaupun kecil tapi bayangkan impak dia besar sampai solat dan doa allah tak terima...alhamdulillah ada rancangan macam 30 minit ustaz don ni....

    ReplyDelete
  2. akak pun tgk smlm. Mmg bagus 30 min bersama ustaz don ni. Kadang2 termiss juga.

    ReplyDelete
  3. cara penyampaiannya memang best tapi tak de astro kat umah. tengok kat youtube je.

    ReplyDelete
  4. Alamak! Terlepas lagik! Tak pnh berpeluang g nak tgk die berceramahg kat TV. Hrp adelah t...

    ReplyDelete
  5. stat 5 mac, rancangan nie bermula kul 9.30 mlm...sebelum nie, memang rancangan ini brmula jam 10.30 mlm

    ReplyDelete
  6. ada tertgk jugak...mmg best...

    hubby pun suka tgk jugak..

    ReplyDelete
  7. izan pun suka tgk rancangan ni. cuma kadang2 termiss juga...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...