Sebelum diteruskan dengan entry bercuti, aku mesti ucapkan rasa terima kasih pada satu-satunya insan yang aku sayang iaitu EMAK.
Kenapa emak? Ok, sebenarnya agak payah nak ajak mak bercuti ni. Lagilah pulak aku ajak dia ke Janda Baik (jalan taklah jauh sangat dari KL tapi agak berliku) lepas tu aku ajak dia naik ke Cameron Highland pulak (nak naik ke atas tu aku ikut Jalan Tapah ok..bayangkan)
Dahlah mak aku ni penakut dan seriau naik jalan yang berbukit lagi tinggi. Kena pulak mak aku kan ada penyakit paru-paru. So sekarang dah bergantung dengan mesin oksigen setiap waktu. So ke mana pun kitaorang pergi termasuklah berjalan memang terpaksa bawak mesin oksigen ni.
(Kisah mak dan oksigen) Kalau ikutkan sebenarnya dah tak jadik nak ke Cameron Highland memikirkan keadaan mak tapi lepas tu kitaorang ubah fikiran sebab tak tau bilakah lagi peluang yang ada untuk ke sana kalau bukan hari tu.
Kata abah aku, sepanjang nak naik Cameron ikut Jalan Tapah tu, kira mak boleh habis satu juzuk Al-Quran sebab dok baca ayat-ayat suci Al-Quran tanpa henti. Yelah Jalan Tapah kan bahaya dengan jalan yang sempit, berliku dan ada tanah runtuh lagi, uhhh seramm.
Ok back to topic, so terima kasih pada mak sebab menjadikan cuti yang singkat ni sangat berharga untuk aku sekeluarga. Aku rasa seronok sangat bila dapat berjalan dengan orang yang tersayang terutama dengan mak abah aku..:)