5.12.12

Hero/Heroin di hati

Sebelum diteruskan dengan entry bercuti, aku mesti ucapkan rasa terima kasih pada satu-satunya insan yang aku sayang iaitu EMAK.


Kenapa emak? Ok, sebenarnya agak payah nak ajak mak bercuti ni. Lagilah pulak aku ajak dia ke Janda Baik (jalan taklah jauh sangat dari KL tapi agak berliku) lepas tu aku ajak dia naik ke Cameron Highland pulak (nak naik ke atas tu aku ikut Jalan Tapah ok..bayangkan)

Dahlah mak aku ni penakut dan seriau naik jalan yang berbukit lagi tinggi. Kena pulak mak aku kan ada penyakit paru-paru. So sekarang dah bergantung dengan mesin oksigen setiap waktu. So ke mana pun kitaorang pergi termasuklah berjalan memang terpaksa bawak mesin oksigen ni. (Kisah mak dan oksigen) Kalau ikutkan sebenarnya dah tak jadik nak ke Cameron Highland memikirkan keadaan mak tapi lepas tu kitaorang ubah fikiran sebab tak tau bilakah lagi peluang yang ada untuk ke sana kalau bukan hari tu.

Kata abah aku, sepanjang nak naik Cameron ikut Jalan Tapah tu, kira mak boleh habis satu juzuk Al-Quran sebab dok baca ayat-ayat suci Al-Quran tanpa henti. Yelah Jalan Tapah kan bahaya dengan jalan yang sempit, berliku dan ada tanah runtuh lagi, uhhh seramm.

Ok back to topic, so terima kasih pada mak sebab menjadikan cuti yang singkat ni sangat berharga untuk aku sekeluarga. Aku rasa seronok sangat bila dapat berjalan dengan orang yang tersayang terutama dengan mak abah aku..:)

 




10 comments:

  1. semoga mok su terus diberi kesihatan yg baik..ni sama le ngan uteh..klu berjalan naik knderaan mmg mcm2 jenis ayat dia baca hahahaha..zikir jgn cerita :)

    ReplyDelete
  2. kak, mcm mak sy gak..payah btl bila diajak bercuti.. semoga mak akak terus sht..

    ReplyDelete
  3. bestnye jalan2... mak berkorban utk akak tu.. walau dia takut dia tetap ikut juga sbb xnk hampakan anak dia kan?

    ReplyDelete
  4. Kakak dapat bayangkan kepuasan yg Huda rasakan. Betul kalau dapat ajak org tua kita lain rasa gembiranya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kak.. dpt bercuti bersama dgn yg org2 yg kita syg memang sgt seronok.. semoga mak akak segera sembuh.. amin..

    ReplyDelete
  6. mcm mak abah pun ssh juga bila diajak bercuti..taknak tinggal rumah katanya.hehe

    ReplyDelete
  7. mak adik muda layie !!!
    cantik org nyaaa
    semoga mak panjang usia .. ;)
    dah tua2 nie , kita anak2 lah yg bawa mereka berjalan ;)

    ReplyDelete
  8. mmg seronok bila bersama yg tersayang kannn

    ReplyDelete
  9. seronoknya percutian bersekali dgn mak n abah tersayang ye huda. moga2 mak huda terus sihat2 ye...

    ReplyDelete
  10. bertuah sbb msh ada mak kan?! kena hargai mak sentiasa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...