1.4.13

Bila merancang kelahiran...

Bila rancang mengandung lama sangat kan, macam-macam yang terlintas di fikiran. Yelah gap yang dalam perut sekarang dengan Zara senang kata 5 tahun la..Kira jauh la kan jarak tu.

So bila dah masuk trimester 3 (sekarang 7 bulan) lagi la macam-macam yang aku fikir dan bayangkan. Especially keadaan kat labour room nanti. Kadang rasa cam tak sabar nak bersalin tapi mengenangkan  sakitnya contraction dan seterusnya tu buat diri rasa ngeri..

Adakah aku akan bersalin normal cam sebelum ni ataupun caeser?? Ohhh seram bila membayangkan semua tu.

Yelah yang penting sekarang aku cuma mengaji, berdoa dan fikir yang baik serta positif saja. Merancang tu bagus tapi bila dah lama sangat inilah jadinya. Kalau masa gap Zarif ngan Zara dulu takdelah cam ni. Hampir setiap malam boleh dikatakan aku mimpi tapi takdelah mimpi yang bukan-bukan. Semuanya ok-ok je.

Aku harap Tuhan permudahkan semuanya. Nengok kawan-kawan aku yang dah bersalin rasa happy untuk diaorang. In fact Zarif dan Zara memang dah tak sabar sangat lah nak dapat adik..Tak taulah ni yang last ke atau kedua last, hehe...Semua bergantung pada proses kelahiran nanti yea..:)


Hai si ikan pelaga

Hai..salam Isnin yang ceria (mood kena ok yea)..Aku je kot yang ceria pagi ni, yang lain-lain muka lemau semacam je, baik bapaknya sampailah ke anak-anaknya, hehe.

Tapi lemau-lemau pun bersemangat jugak nak ke sekolah..:)

Ok takdelah cerita yang menarik sangat last week sebab takde ke mana pun kecuali menghabiskan masa dok rumah mak dan rehat-rehat saja. Memang best kan dapat rehat, dapat habiskan masa dan berbual dengan family tersayang.

Takpelah takmo bebel banyak nengoklah gambar ni;


Bukan main syiok lagi dia dok menilik ikan pelaga yang atuk dia baru beli. Anak-anak aku memang jakun sikit, kesian kan..Nama je dok kampung tapi jakun hehe. Pantang kalau ada benda-benda baru kat umah mak aku memang itulah yang diaorang akan kejar.

Sebelum ni abah aku ada je bela ikan pelaga gak, ke ikan emas ke, tapi memang tak lama laa..Itupun malam kelmarin aku nengok Zara dah amik kacang lepas tu nak masukkan dan bagi ikan tu..Nasib aku sempat nampak, kalau takkk.....

Kita nengok jelah berapa lama hayat ikan ni eh..:)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...