1.4.13

Bila merancang kelahiran...

Bila rancang mengandung lama sangat kan, macam-macam yang terlintas di fikiran. Yelah gap yang dalam perut sekarang dengan Zara senang kata 5 tahun la..Kira jauh la kan jarak tu.

So bila dah masuk trimester 3 (sekarang 7 bulan) lagi la macam-macam yang aku fikir dan bayangkan. Especially keadaan kat labour room nanti. Kadang rasa cam tak sabar nak bersalin tapi mengenangkan  sakitnya contraction dan seterusnya tu buat diri rasa ngeri..

Adakah aku akan bersalin normal cam sebelum ni ataupun caeser?? Ohhh seram bila membayangkan semua tu.

Yelah yang penting sekarang aku cuma mengaji, berdoa dan fikir yang baik serta positif saja. Merancang tu bagus tapi bila dah lama sangat inilah jadinya. Kalau masa gap Zarif ngan Zara dulu takdelah cam ni. Hampir setiap malam boleh dikatakan aku mimpi tapi takdelah mimpi yang bukan-bukan. Semuanya ok-ok je.

Aku harap Tuhan permudahkan semuanya. Nengok kawan-kawan aku yang dah bersalin rasa happy untuk diaorang. In fact Zarif dan Zara memang dah tak sabar sangat lah nak dapat adik..Tak taulah ni yang last ke atau kedua last, hehe...Semua bergantung pada proses kelahiran nanti yea..:)


3 comments:

  1. yang jarak tak jauh pun rasa ngeri bila sebut bab melahirkan hehe..sebab setiap anak tu tak sama kan dear..

    tak pe..doakan kamu dipermudahkan..orang yg 4 bulan lebih pun dah tak sabar rasanyer ekeke

    ReplyDelete
  2. Moga segalanya dipermudahkn. . Bika due huda?

    ReplyDelete
  3. akak yang baru gap 3 tahun ni pun ngeri huda, lain anak lain kan. Lagipun yang kali ni kurang aktif dalam perut berbanding yang lain dulu. Dia lebih kurang sama mcm Alia dululah dalam perut, tenang je, kalau Aqil, Abid, Arif, perut akak rasa kerap sangat terbonjol2 dia mereka tolak...hihi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...