1.4.14

Aisyah warded - Breath Holding Spell (Part II)

Ok sambung lagi, tapi sebelum tu korang boleh baca pasal BREATH HOLDING SPELL .

Baca entry sebelum ni

Bila mrhubby dah balik rumah, terus la kitaorang gerak ke Hospital Sultanah Nora Ismail (Hospital Batu Pahat). Sampai hospital je dah 12 lebih tengah malam. Memang kesian la kat Zarif dan Zara.

Sampai kat sini dan sementara tunggu giliran nak jumpa doktor tu, mrhubby pun dok bercerita la apa yang berlaku kat umah tadi. Sementara aku call mak dan huru hara tu, dia pun mintak tolong kat luar rumah. Kebetulan ada sorang student tengah jumpa member dia so dia tengok kekalutan mrhubby dia pun offer kan diri nak bawak ke klinik..Tapi sebab klinik tutup mrhubby ajak ke rumah doktor tepat seperti jangkaan aku.

Dalam perjalanan tu dengan tak pakai helmet semua dalam kekalutan lagi, mrhubby kata masa tu memang Aisyah mukanya biru lebam dan dia dok tampar je muka Aisyah..Bayangkan la paniknya mrhubby masa tu..Yang dia tau nak Aisyah sedar jer.

Sampai kat area taman perumahan doktor tu, mrhubby tak tau yang mana rumah doktor tapi dia dah terjerit-jerit mintak tolong kat sana dan tanya jiran kat area situ..Korang bayangkan eh, kejadian ni dalam pukul 11 lebih malam tau, senang kata memang kecoh dan huru hara la sebab melibatkan baby kan, takut kalau perkara buruk terjadi.

Bila sampai rumah doktor tetiba Aisyah boleh tersedar dan boleh buat cam normal je, boleh gitu???? Doktor yang mula-mula cemas pun terus kata, "Eh, ni ok jer.." Tapi mrhubby dan student tu  kata yang anak aku pengsan tadi dan muka biru..

Doktor pun check yang jantung Aisyah ok dan minta bawa ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya..Maaflah ye doktor sebab mengejutkan doktor dan buat huru hara je malam tu, huhu..

So, bila sampai hospital doktor pun buat check up dan macam-macam la dia tanya. Ingatkan tak kena warded tapi kena la jugak, huhu..Berbekalkan baju yang sikit aku pun dok la wad dengan Aisyah tersayang...TAPI aku dah cakap kat mrhubby yang dia pun kena cuti gak, sebab anak dah pengsan tak sedar cam tu, so dia kena cuti untuk jaga dan pantau Aisyah sama-sama dengan aku kat hospital.

Check in kat wad dalam pukul 2 lebih pagi..Sedihnya nak berpisah dengan Zarif dan Zara masa tu, sedih je muka diaorang, tapi demi adik Aisyah kan...Esok paginya anak-anak aku tak sekolah la sebab dah balik rumah pukul 3 pagi dengan tido tak cukup lagi, mrhubby hantar je ke rumah mak abah aku.



 Eh, terpanjang pulak entry ni...Esok part akhir aku akan bagitau apa conclusion doktor tentang Aisyah..

Nak besarkan anak memang banyak cabarannya. Ini bahagian aku dan aku terima seadanya, setakat ni alhamdulillah dan masih dalam proses pemantauan seadanya.

Terima kasih sudi baca dan aku hargai semua komen yang diberikan..











Kisah Aisyah - Breath Holding Spell

Sekali lagi..

Kalau boleh memang taknak ianya berlaku tapi benda dah berlaku pun pada 18 Mac 2014 hari tu.
Sebelum pukul 11 malam haritu aku sibuk buat apam polkadot kononnya nak bawak ke opis bagi kawan-kawan makan.

Aisyah agak cranky sekejap so sambil aku buat polkadot kat apam tu sambil aku pegang dia. Sementara tunggu apam dikukus aku main dengan Aisyah, sampailah aku nak ke tandas dan aku cakap kat mrhubby yang tengah nengok tv (by this time Zarif dah lena tido n Zara masih lagi berjaga).

"Abang, tolong nengok n amik Aisyah ni, saya nak g toilet jap.."

Aisyah masa tu merengek nangis tapi biasa-biasa je la so aku pun nak berjalan ke toilet..Dalam masa yang sama aku nengok mrhubby tak amik Aisyah lagi so aku pun toleh ke Aisyah yang tetiba aku terkejut dia nangis dan muka dia bertukar biru!!!

Sekali lagi ok, sekali lagi sama dengan kisah ini -- klik.

Terus aku dan mrhubby panik yang teramat-amat sangat. Aku cuba buat keadaan macam hari tu (terbalikkan badan dia dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah) tapi masih takde tindakbalas. Memang keadaan masa tu agak kelam kabut dan huru hara dengan macam-macam kitaorang buat kat Aisyah tapi masih takde reaksi dan muka bertukar biru..Tak pasti masa tu ada oksigen atau tak sebab aku rasa dia memang tak bernafas...

Terus aku call mak sambil nangis-nangis sebab nak tau apa cara patut aku buat. Mak suggest pergi klinik yang terdekat (mak pun masa tu dah kelam kabut dan nak call kan ambulan untuk aku).. Dalam masa yang sama mrhubby keluar bawak Aisyah dan mintak tolong orang di tengah malam...Bila aku keluar nak carik mrhubby tengok dia dah takde. Bila aku tanya Zara, dia kata mrhubby dah keluar naik motor budak...

Aku dah cam blur sebab motor siapa pulak dia naik dan pakai helmet ke tak? Aku tau klinik yang depan rumah ni pun dah tutup sebab dah pukul 11 lebih malam. Tapi rumah doktor tu seberang jalan (kena lalu jalan besar). Aku memang berharap sangat kalau mrhubby keluar biarlah dia ke rumah doktor tu. Nak call mrhubby pun tak boleh sebab dia tak bawak hp, maklumlah keadaan kelam kabut kan..

Kat rumah tu memang aku dah nangis-nangis dengan Zara mengharapkan keadaan yang lebih baik sebab aku rasa macam aku kehilangan Aisyah jer. Nak bawak kereta pun hati aku tak tenteram sebab aku tak tau nak ke mana. Kebetulan pulak Zarif tido dan nak kejutkan dia memang tak mudah..Aku cuma berharap masa tu mrhubby buat keputusan dan tindakan yang betul sebab aku tau dia sayangkan Aisyah dan takmo perkara buruk yang terjadi. Hospital besar dengan rumah aku jaraknya lebih kurang 20 ke 30 km...Tapi apa pun keadaannya aku tau memang aku akan ke hospital cuma sekarang aku tak tau ke mana mrhubby pergi...

Dengan penuh kesabaran dan tak tentu arah aku tunggu kat rumah sampai mrhubby balik. Dalam pukul 11.45 gitu mrhubby balik dengan motor dan Aisyah yang dah sedar..Alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Aisyah dalam keadaan yang biasa saja macam takde apa yang berlaku pun. Siap boleh senyum lagi..

Walaupun Aisyah dah ok tapi tetap kitaorang nak ke hospital besar (atas nasihat mak abah) dan untuk buat pemeriksaan sepatutnya. Aku pulak bawak baju Aisyah pun cukup-cukup je dengan harapan tak kena warded la sebab Aisyah dah sedar..

Aku kejutkan Zarif yang dah lena tido untuk ke hospital. Kesian kat Zarif dan Zara sebab kena ikut ke hospital di tengah malam dengan esoknya nak sekolah lagi kan..

Siapa yang tolong mrhubby? Akan bersambung di entry selepas ini...

 Nengok macam takde apa kan tapi....

Sayang adik..

Kesian dua orang anak ibu ni tapi demi adik..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...