15.2.17

Kenapa Buku Fattah Amin?

Salam,

Oklah di kala petang yang santai ni aku nak pilih topik yang lately ni hangat diperkatakan orang pasal buku Fattah Amin tu.

Sana sini sibuk memperkatakan tentang buku ini;

kredit : IG Fattah

Sejujurnya aku pedih baca setiap komen dari orang-orang kita yang kebanyakannya bangsa Melayu sendiri. 

NO..I am not big fans of him. Apatah lagi taksub bagai tu. No I am not.

TAPI aku respek dia dan pengurusan dia sebagai orang muda yang berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki pada zaman sekarang. So salah satunya buat buku.

Aku takkan sentuh pasal isi kandungan buku sebab aku tak beli pun dan tak tau pun. Yang aku nak tulis kat sini bila aku baca komen-komen [segelintir je pun] tak sanggup nak baca komen yang lain apatah lagi bila ada orang lain yang upload buku tu [siap edit muka orang lain], menyindir dan lain-lain.

SEDIH.

Tak ingat dosa ke? Mati?

Kita ni semua manusia. Punya pilihan kan? Kenapa nak susahkan diri kutuk dan hina dengan bahasa yang teruk?

Kalau suka beli, tak suka tak payah beli, that's it.

Kalau anak aku nak beli, kau ingat aku nak beli kan? Pilihan kat tangan kita kot. 

Bila dia jual means dia memang ada target person. Biar la pun kalau ada fans dia atau orang lain yang nak beli. Tak payah nak kutuk, harga mahal la apa la. Korang yang nak beli kamus ke, buku ilmiah ke, buku zikir ke or whatever beli je la. Takde orang marah pun.

Dalam hidup ni belajar hormat orang, belajar adab dan budi bahasa. 
Itu je.

Itu rezeki dia. Rezeki dia.
Esok lusa kita tak tau lagi kan. Masa tengah top dan popular la ni dia amik peluang nak cari duit dan beli aset.

Korang yang taknak beli tu diam-diam sudah. Kenapa nak sindir orang? Dulu dia ni berlakon kayu korang kutuk [aku tak tau drama dia before this kecuali Surihati Mr Pilot tu je]. Bila dah maju dan buat macam-macam termasuk buat buku korang kutuk jugak.

Sedih baca komen dan kutukan semua orang.
Ye, semua orang layak mengeluarkan pendapat tapi biarlah yang berbahasa dan ada cara. Ni komen yang ermmm.. Aku ni kalau ikut emosi nak je update status pasal hal ni tapi takpe..Bos aku ada dalam fb kot. Kena rileks dan cool-cool sudah. [sekali lagi aku bukan fans FA] 

Aku suka baca this kind of komen;




And another one;



Yea betul kata Adam Corrie tu, jaga tuturkata kita. Ingat yea, aku pun tak perfect.
Ada kekurangan tapi semakin meningkat dewasa kita juga semakin matang. Biarlah setiap tindak tanduk kita seiring dengan kematangan dan usia kita.

Ingat setiap kata-kata kita, apa saja ada yang mencatit dan akan dipersoalkan kelak.
Itu je.

Hidup ni kena saling mengingatkan supaya tak lupa diri.

PERCAYA PADA REZEKI.
Jangan persoalkan rezeki yang Allah dah aturkan untuk setiap orang.

Sekian.
Thanks sudi baca.

Bye.





7.2.17

Kisah hari lahir Zarif yang ke 12 tahun

Assalamualaikum,

Salam sejahtera untuk semua. 

Amboi istiqamah sangat ler aku kan nak update blog huhu. Gamaknya bulan Januari tu tiga entry tu jela, sabar je la kan..Tengah kuatkan semangat ni, hehe.

Ni memang penting untuk dimasukkan dalam entry meskipun dah terlewat beberapa hari, sabar dan pasrah la yea. Entry ini ditujukan khas untuk anak sulung aku Muhammad Zarif yang menyambut hari lahirnya ke 12 tahun pada 31 Januari lepas.

Kat blog je entry lambat tapi kat Instagram dan facebook memang on time [walaupun niat asal nak publish on time masa dia lahir pada jam 9.59 pagi tapi terlewat sejam lebih untuk publish].


Zarif bising bila aku upload gambar ni maklumlah dia pakai seluar pendek [sebab lepas sesi bergambar ni diaorang terus nak berenang dalam kolam], cerita pasal ni aku akan tulis dalam entry lain...Lupa la anak dah besar dah tau memilih. Kalau time kecik-kecik tu tak kisah kan, sekarang dia pun antara stalker ig aku huhu..


Hari Ahad 29hb tu kakak ipar aku buat majlis makan-makan sempena birthday anak dan menantu dia yang jatuh pada bulan Januari. So Zarif pun menumpang la sekali hehehe..Alhamdulillah makanan semua sedap-sedap belaka. Januari ni memang banyak makan la, so kalau nak buat baju baru nanti jangan komen gemuk dah ler, sila sedar diri..


Terima kasih pada kakak ipar yang sediakan tempat dan sponsor segala jenis makanan, aku bawak nugget je [ tu pun licin sekelip mata]. 

Untuk Zarif,

Percayalah Zarif membawa rezeki untuk ibu dan abah. Sebelum kelahiran Zarif ibu masih menganggur lagi tapi tak lama lepas Zarif lahir ibu dapat temuduga di tempat kerja sekarang dan tak lama lepas tu terus dapat kerja sebagai Setiausaha.

Tau tak saingan masa tu hebat sangat. Yang datang semua cantik-cantik belaka, tapi ibu pakai baju kurung biasa [tak silap pinjam baju mak dan kasut mak] konon nak nampak gah sekali sampai situ lagi ramai yang gah. Masa tu rasa macam dah tak yakin, dan confirm tak dapat.

Tapi Allah dah kata anak tu pembawa rezeki. Alhamdulillah ibu diterima bekerja sehingga sekarang.

Zarif, ibu abah nak Zarif membesar sebagai anak yang patuh pada perintah Allah, taat dan saling hormat mereka yang lebih berusia dari Zarif. Jadilah abang yang baik dan pelindung pada adik-adik. Semoga Zarif dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa.

Belajar rajin-rajin dan usaha lebih untuk UPSR 2017. Masih ada masa untuk Zarif untuk capai kejayaan. 

Ibu, abah, Zara dan Yaya sayang Zarif..

Sekian.
Thanks semua sudi baca.









 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...