9.8.11

Melatih puasa tanpa ganjaran

Salam,

Alhamdulillah dah masuk 9 ramadan dah..Start minggu sekolah ni zarif takmo bawak bekal makan dan air. Dia kata nak puasa, suka aku dengar walaupun aku tak la harap dia nak puasa sehari terus. Bukan senang nak galakkan anak puasa lebih-lebih lagi aku tak de letak sebarang ganjaran untuk dia. Aku takmo ajar dia puasa sebab ganjaran. Mrhubby pun tak galakkan. 

Semalam zarif kata dia minum air pun dah lewat. Oklah tu, pastu dia sambung lagi puasa (biasalah puasa budak kecik)..Petang bila pergi pasar ramadan, dia cakap yang dia dah boleh puasa. Aku pun nak amik hati dia, aku cakaplah, "Ibu nengok zarif punya perut macam dah kecik kann.." Dia pun suka la kan..Sesambil jalan kat pasar ramadan tu aku berbual dengan dia dan bagi semangat..


Zarif cakap lagi,"Ibu..kita rasa kan, kita dah boleh kalahkan nafsu laa.." Sebenarnya kan berbual dengan anak-anak ni seronok, lagi la aku suka psiko dia kan..Sebelum ni zarif pernah tanya aku, "Ibu, kenapa Tuhan tak kurung nafsu macam Tuhan kurung syaitan? Nafsu tu apa ibu?"

Ha, amik ko..Nafsu tu apa? "Nafsu tu kehendak.." Tapi budak kecik tanya, jadik sila la menjawab dengan versi budak kecik jugak, bagi dia senang faham..Aku ada terangkan lagi la maksud nafsu tu tapi dengan cara aku la.

"Zarif kena puasa tau..Puasa tu wajib, salah satu dari rukun Islam..Kita kena puasa bagi mengingati orang-orang yang susah, ramai lagi orang yang susah takdapat makan.."

"Senang kata macam ni la..zarif kena puasa, kena kalahkan nafsu..Macam zarif main bola sepak dengan pasukan lain, zarif kena kalahkan pasukan tu sebab zarif nak menang..Kalau zarif berjaya tendang bola masuk gol, macam tulah zarif boleh kalahkan nafsu.."

Eh..tu cara aku la nak psiko anak aku tanpa sebarang ganjaran..Kena sentiasa cakap..Aku bukan orang yang perfect..Zaman kanak-kanak aku pun bukannya betul jugak, ada je aku skip puasa. Tapi aku nak yang terbaik untuk zarif dan zara..






8.8.11

Terima kasih, murah rezeki hari ni..


Salam,

Syukran..syukran..Hari ni memang hari yang bertuah untuk aku..:) Kat ofis tadi, bos bagi air zam zam dan segala kurma serta kekacang..Lepas tu member dari ofis lama bagi tasbih, diaorang ni semua baru balik umrah..Lepas tu ada student baru balik program mobiliti di china pun bagi cenderahati jugak, terima kasihlah banyak-banyak..

Dan bertambah tak sangka, bila petang tadi sesambil blogwalking terbaca pulak pasal pemberian bonus pada kakitangan kerajaan. Ingatkan tipu pasal memang tak mengharap pun. Sekali bila check kat berita harian online, betul laa..Setengah bulan gaji pulak tu. Alhamdulillah..terima kasih banyak-banyak...

Murah betul rezeki hari ni..:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...