9.8.11

Melatih puasa tanpa ganjaran

Salam,

Alhamdulillah dah masuk 9 ramadan dah..Start minggu sekolah ni zarif takmo bawak bekal makan dan air. Dia kata nak puasa, suka aku dengar walaupun aku tak la harap dia nak puasa sehari terus. Bukan senang nak galakkan anak puasa lebih-lebih lagi aku tak de letak sebarang ganjaran untuk dia. Aku takmo ajar dia puasa sebab ganjaran. Mrhubby pun tak galakkan. 

Semalam zarif kata dia minum air pun dah lewat. Oklah tu, pastu dia sambung lagi puasa (biasalah puasa budak kecik)..Petang bila pergi pasar ramadan, dia cakap yang dia dah boleh puasa. Aku pun nak amik hati dia, aku cakaplah, "Ibu nengok zarif punya perut macam dah kecik kann.." Dia pun suka la kan..Sesambil jalan kat pasar ramadan tu aku berbual dengan dia dan bagi semangat..


Zarif cakap lagi,"Ibu..kita rasa kan, kita dah boleh kalahkan nafsu laa.." Sebenarnya kan berbual dengan anak-anak ni seronok, lagi la aku suka psiko dia kan..Sebelum ni zarif pernah tanya aku, "Ibu, kenapa Tuhan tak kurung nafsu macam Tuhan kurung syaitan? Nafsu tu apa ibu?"

Ha, amik ko..Nafsu tu apa? "Nafsu tu kehendak.." Tapi budak kecik tanya, jadik sila la menjawab dengan versi budak kecik jugak, bagi dia senang faham..Aku ada terangkan lagi la maksud nafsu tu tapi dengan cara aku la.

"Zarif kena puasa tau..Puasa tu wajib, salah satu dari rukun Islam..Kita kena puasa bagi mengingati orang-orang yang susah, ramai lagi orang yang susah takdapat makan.."

"Senang kata macam ni la..zarif kena puasa, kena kalahkan nafsu..Macam zarif main bola sepak dengan pasukan lain, zarif kena kalahkan pasukan tu sebab zarif nak menang..Kalau zarif berjaya tendang bola masuk gol, macam tulah zarif boleh kalahkan nafsu.."

Eh..tu cara aku la nak psiko anak aku tanpa sebarang ganjaran..Kena sentiasa cakap..Aku bukan orang yang perfect..Zaman kanak-kanak aku pun bukannya betul jugak, ada je aku skip puasa. Tapi aku nak yang terbaik untuk zarif dan zara..






4 comments:

  1. Kalau kita didik anak kita betul Insya-Allah akan betulalah jadinya. Montel Zarif ye...:)

    ReplyDelete
  2. ye kak..dia memang montel dan gebu..tu pasal payah sikit..tapi saya nak kena pandai cakap..iallah..

    ReplyDelete
  3. saya pun didik anak puasa tanpa ganjaran...
    alhamdulillah setakat ni ok..harap segalanya dipermudahkan..

    montel anak u...geram je tgk..rasa nak geget...

    salam kenal...

    ReplyDelete
  4. go zarif..insyaAllah zarif boleh..
    pandai ibu dia psiko :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...