29.9.15

Kisah Aidiladha 2015

Amboi pagi ni bukan main korang bangun lambat ek, tergolek-golek sedap tido huhu. Dengan aku pun bangun lambat pastu lambat slide huhu,pasrah la. Taska pun tutup dan mrhubby kenalah jaga anak-anak, tq sayang! Cuaca sangatlah tak menyenangkan, lemas aku tau. Zara dah memang batuk sejak minggu lepas dan Aisyah dah mula selsema.
 
Ikutkan sebenarnya takde la apa sangat perayaan Aidiladha kat Johor ni, macam biasa-biasa je. Kadang aku pun pakai baju biasa jer cuma kali ni aku baik sikit konon nak pakai baju sedondon tapi bukan baju kurung pun hehe..

Yang balik kali ni aku dan adik yang kedua jer (asalnya), tapi weekend boleh pulak adik aku yang ketiga dan yang bongsu balik, happy la jugak walaupun diaorang balik kejap. Yang confirm tak balik si lelaki tu sebab giliran balik ke Temerloh Pahang.

Gambar yang ada ni, ada dari kamera adik aku. Mana yang aku watermark tu dari hp aku ler, lain tu bukan dari aku.


Masakan pun biasa je macam hari raya ada ketupat, kuah lodeh, rendang ayam, kari daging dan sambal udang. Itu je, syukur alhamdulillah. Lepas dah makan mehla amik-amik gambar jap sebelum ke masjid buat kerja ibadah korban.

 Kurang satu cucu lagi di sini, yang Nuha tu dah kenapa?


Gambar family aku takyah la pasal aku kelihatan gemuk yang amat sangat macam perempuan mengandung, nyampahh..


Bukan main suka korang eh nak nengok lembu kena sembelih, aku baru separuh jalan terus patah balik, takut pun yea jugak, huhu. Tapi budak-budak ni semua memang berani la termasuklah si kecik aku Aisyah tu..


Wah sedondon dan keibuan dan kegemukan gitu huhu. Malas nak fikir pakai baju apa pakai sama je la semua senang yang penting bersih kan.

 Gaya cover segala sudut selagi boleh haha..
Memula dengan ibu.

 Lepas tu dengan abah pulak.

Petang tu kitaorang ada berjalan ke tasik bawak anak-anak dengan anak sedara aku. Kebetulan masa tu jerebu taklah teruk sangat. Nanti esok kita cerita la yea..











23.9.15

Berdoa di waktu wukuf

Korang dah cuti? Dah balik kampung?

Selamat berpuasa untuk yang berpuasa hari ni, in sha allah aku pun puasa hari ni. Aku tak cuti pun masih di ofis hari ni bekerja tapi ofis dah sunyi sepi hoho..Sabarlah hati, minggu lepas sakan aku dah cuti bersambung dengan cuti Hari Malaysia kan takkan minggu ni aku nak cuti lagi kan. So pasrah je la seadanya.

Jangan lupa berdoa waktu wukuf tu nanti yea. Kalau ikut waktu di Malaysia bermula dari jam 5.08 petang hingga 11.12 malam, manakala di Arab bermula dari 12.08 tengahari hingga 6.12 ptg (ni maklumat yang aku terima melalui whatsapp la). 

Salam Aidiladha untuk semua, selamat bercuti dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat. Biar lambat asalkan selamat. Aku pun akan balik ke rumah mak lepas solat buka puasa dan solat maghrib nanti.

Sekian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...