23.9.15

Berdoa di waktu wukuf

Korang dah cuti? Dah balik kampung?

Selamat berpuasa untuk yang berpuasa hari ni, in sha allah aku pun puasa hari ni. Aku tak cuti pun masih di ofis hari ni bekerja tapi ofis dah sunyi sepi hoho..Sabarlah hati, minggu lepas sakan aku dah cuti bersambung dengan cuti Hari Malaysia kan takkan minggu ni aku nak cuti lagi kan. So pasrah je la seadanya.

Jangan lupa berdoa waktu wukuf tu nanti yea. Kalau ikut waktu di Malaysia bermula dari jam 5.08 petang hingga 11.12 malam, manakala di Arab bermula dari 12.08 tengahari hingga 6.12 ptg (ni maklumat yang aku terima melalui whatsapp la). 

Salam Aidiladha untuk semua, selamat bercuti dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat. Biar lambat asalkan selamat. Aku pun akan balik ke rumah mak lepas solat buka puasa dan solat maghrib nanti.

Sekian..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...